Jika anda pernah menggunakan khidmat penerbangan udara, pasti anda sedar tentang beberapa perkara 'tak best' sering berlaku.
Paling kerap berlaku adalah penundaan masa berlepas atau 'delay'. Bagasi rosak juga adalah masalah biasa yang seringkali menjadi mimpi ngeri ketika menggunakan pesawat. Jika berlaku perkara sebegitu anda perlu tahu hak sepatutnya untuk dituntut oleh semua jenis syarikat penerbangan di dunia.
Selain itu, ambil tahu juga masalah lain yang anda mempunyai kuasa dan hak ke atasnya. Ini antara lapan hak penumpang yang anda perlu tahu sebelum menempah dan menaiki pesawat bagi syarikat penerbangan yang beroperasi sama ada di dalam atau luar negara.
Penundaan penerbangan
Penumpang perlu diberi pampasan jika penerbangan ditunda lebih dua jam. Jika melebihi dua jam, penumpang boleh menerima perkhidmatan minimum seperti makanan, panggilan telefon terhad dan akses Internet jika ada. Jika penangguhan berlarutan sehingga lima jam, penumpang seharusnya menerima penginapan hotel jika perlu dan pengangkutan pergi dan balik antara lapangan terbang ke hotel.
Ads
Perubahan status penerbangan
Penumpang perlu dimaklumkan status penerbangan mereka termasuk penundaan, pembatalan dan penukaran laluan secepat mungkin. Penumpang boleh diberitahu sama ada melalui mesej pesanan ringkas, panggilan telefon atau e-mel.
Pembatalan penerbangan
Bagi pembatalan penerbangan, penyedia penerbangan perlu menawarkan pampasan minimum seperti pilihan untuk pembayaran balik atau perubahan laluan.
Ads
Kehilangan, kerosakan atau kelewatan bagasi
Jika bagasi tidak sampai dalam penerbangan sama, sama ada disebabkan hilang atau rosak, penumpang boleh membuat tuntutan pampasan daripada syarikat penerbangan.
Tuntutan dan pampasan bagi Orang Kurang Upaya (OKU)
Kehilangan atau kerosakan peralatan pengangkutan atau kerusi roda penumpang warga OKU membolehkan tuntutan pampasan mengikut harga pasaran alatan berkenaan. Penafian untuk mendarat bagi warga OKU pula membolehkan mereka menerima pilihan sama ada menerima pembayaran balik, penerbangan pulang atau perubahan laluan.
Ads
Tambang penerbangan
Pelanggan mempunyai hak penuh untuk mengetahui kos keseluruhan tiket penerbangan termasuk tambang asas penerbangan, cukai, sebarang caj seperti bahan api dan lapangan terbang, bayaran tambahan dan yuran seperti bagasi dan keselamatan serta bayaran perkhidmatan penumpang. Pastikan segala maklumat pembayaran dicatat secara terperinci dan tiada caj tersembunyi.
Larangan menaikkan harga tiket selepas pembelian
Syarikat penerbangan dilarang menaikkan harga tiket selepas bayaran dibuat kecuali kenaikan itu berdasarkan dua perkara iaitu caj atau cukai kerajaan atau bayaran dikenakan Suruhanjaya. Kenaikan caj juga dibenarkan jika penumpang diberi notis kemungkinan kenaikan harga dan bersetuju secara bertulis sebelum menyempurnakan pembelian.
Tidak dibenarkan menaiki pesawat
Penumpang yang tidak dibenarkan menaiki pesawat perlu menerima penjagaan atau pampasan minimum seperti makanan, panggilan telefon terhad dan akses kepada Internet sekiranya ada. Penumpang juga boleh menerima penginapan jika perlu dan pengangkutan dari lapangan terbang ke lokasi penginapan. Paling penting, penumpang perlu diberi pilihan sama ada pembayaran balik atau perubahan laluan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Mersing pekan kecil yang memiliki beberapa pulau indah sekitar Johor.
Pulau-pulau di sekitar in mempunyai tarikan seperti memancing, menyelam skuba, snorkeling dan berehat di pantai. Antara pulau yang jarang didengar tetapi punya 1001 keistimewaan adalah Pulau Besar
Pulau Besar boleh diakses dengan menaiki bot selama 30 minit dari jeti Mersing. Walaupun pulau ini agak kecil berukuran 4km panjang dan lebar 1km terdapat beberapa pilihan resort untuk menginap. Meskipun bahagian tengah pulau ini berbukit dan curam, terdapat beberapa denai untuk didaki. Anda boleh menggunakan khidmat pemandu arah yang akan membawa anda ke bahagian lain pulau. Pantai di sini sangat bersih, cantik dan putih. Maka aktiviti bersantai di tepi pantai untuk melihat matahari terbenam jangan dilepaskan. Kalau sudah pantai pun cantik, dalam laut pastinya lebih menarik. Menyelam skuba dan snorkeling juga aktiviti yang kerap dilakukan disekitar pulau ini, selain itu anda juga boleh akses ke Pulau Harimau yang berdekatan.
Jika ada yang baru merancang ingin bercuti ke sini, ini panduan perkongsian percutiaan ‘saat akhir’ daripada Feesya Ab Rahim ke Pulau Besar baru-baru ini yang boleh dijadikan sedikit rujukan buat anda.
Sebenarnya plan nak pergi Cameron tapi memikirkan last minute ramai yang ambil peluang bercuti selepas pengumuman sekolah mula dibuka mulai 15 Julai 2020, so kami surrender la taknak terjebak dalam jem kat atas Cameron tu. Fikir punya fikir, terlalu pula pasal Pulau Besar Mersing di kat wall fb. Terus usha resort yang ada kat Pulau Besar di Agoda.
Surprisingly, ada promo bilik yang murah sangat kat D’coconut Island Resort. Dapat bilik yang berharga RM174 semalam. Gedebak gedebuk lepas tambah tax dapat la RM396 untuk 2 malam with breakfast. Bilik family masa tu tak appear so kami decide nanti dekat chalet request untuk tambah bed for the kids. Extra bed kosnya RM85 semalam. Kami tak ambil pakej sebab taknak buat aktiviti snorkeling dan island hopping. Just nak enjoy scenery dan aktiviti kat resort.
So pendek kata, esok nak pergi malam ni baru buat booking bilik dekat Agoda dan terus whatsapp resort untuk arrangement boat. Kalo last minute macam ni memang kena buat arrangement dulu ya kang korang dah book tak dapat pulak naik bot nanges la korang kat jeti.
Untuk boat transfer, harga untuk dewasa adalah RM110 pergi dan balik dan untuk budak 4 tahun ke atas RM95. Tapi boleh lah nak kowtim minta kurang atau exceptional utk yg umur 6-7 tahun badan kecik 😉 Bertolak dari jeti Mersing pukul 12.30 tenghari. Perjalanan dari Mersing lebih kurang 25-30 minit je.
Alhamdulillah pulau ni cantik sangat. Air pun jernih. Pulau Besar ni nama asalnya Pulau Babi Besar. Adalah cerita mitos asal usul nama pulau ni dulu korang tengok dalam gambar makbos ada bagi. Huh, tak in langsung kan nama dia dan dah ditukar pun kepada Pulau Besar. Komersial la sikit kan. Tak ada sekor pun babi kat situ (yang kami jumpa la).
Kat pulau ni tak silap ada 4 buah resort. Ada lagi satu Asenia tu sebelah je dengan resort kami tapi dia punya mahal ya rabbi tatau la pasal apa. Hahaha. Kami pilih D’coconut Island Resort sebab pertama harga yang sangat affordable (diskaun banyak kat Agoda). Tempat dia cantik sangat-sangat memang tak menyesal pilih. Bilik chalet yang selesa dan bersih. Staffnya pun baik sangat.
Memang best place untuk holiday, santaikan minda dengan view pantai, view pool dan view coconut yang sangat mengasyikkan. Kalau nak minum air kelapa, nanti staff dia terus kait fresh² dari pokok RM5 je sebiji. Besar dan manis sangat air kelapa. Sangat-sangat recommended la stay sini.
Petang-petang boleh tengok sunset jugak. Just doalah tak ada terlindung awan atau mendung nak hujan 😉 Alhamdulillah 3 hari kami di sini cuaca sangat best. Oh ya kami tak ambil pakej makan sebab mereka hanya offer the whole pakej. Tapi boleh la order ala carte untuk lunch dan dinner. Dinner kena order before pukul 3 petang. Kalau lapar lagi sebelah resort ada yang jual burger RM4 jer.
Aktiviti kami kat sini, mandi pantai, mandi kolam, main basikal sepanjang pantai, main pool, bergambar dan enjoy the beautiful moment je 😉 Ringan rasa kepala. Ok korang. Nanti sudi sudikan tengok gambar k. Tq kerana membaca sharing ni.
Tip: Bawa insect repellent ok sebab kat pantai dia ada agas(sandfly).
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sebelum ini, ramai pendaki keliru sama ada aktiviti mendaki dibenarkan atau tidak di bawah kategori rekreasi dan riadah.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan bahawa mendaki adalah antara aktiviti sukan dan rekreasi yang dibenarkan oleh kerajaan bermula 15 Jun 2020, dengan pendaki perlu mematuhi amalan jarakan sosial serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Namun kegiatan pendakian, perkhemahan dan 'jungle trekking' dalam hutan yang dibenarkan hanya untuk lawatan balik hari sahaja dan dilakukan dalam kumpulan tidak melebihi daripada 20 orang.
Pengarah Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Mohd Yussainy Md Yusop, berkata pihaknya perlu mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan virus COVID-19 masih ada. Individu yang memasuki hutan boleh membawa bersama virus itu dan jika jatuh sakit atau menunjukkan gejala seperti demam ketika dalam hutan, ia membahayakan pasukan penyelamat.
"Penyelamat mungkin terpaksa buat persiapan rapi termasuk menyediakan set lengkap pakaian pelindung diri (PPE) semata-mata mahu menyelamatkan orang dalam hutan yang kita tidak tahu apa simptom sebenar pesakit itu," katanya.
Pengunjung masih mempunyai pilihan lain untuk melakukan aktiviti berkenaan yang tidak memerlukan mereka untuk bermalam dengan membabitkan tempoh pendakian sehari dan jarak denai tidak jauh seperti Gunung Irau dan Mossy Forest, Cameron Highlands serta Gunung Ledang, Johor.
Aktiviti air seperti mandi di kolam awam, kolam takungan dan kolam air terjun juga tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula 10 Jun 2020.
Malah, aktiviti sukan lasak seperti motorcross, ATV, mountain bike, rock climbing serta aktiviti tali seperti abseiling' dan 'wall climbing juga dilarang sama sekali.
Penganjuran kem motivasi dan summer camp di mana penganjurnya adalah persatuan rekreasi atau syarikat motivasi yang menggunakan kemudahan dalam hutan simpanan kekal juga adalah dilarang sama sekali. Bagaimanapun, pihak berkuasa negeri boleh menimbangkan pertambahan senarai aktiviti yang dibenarkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.
Pilihlah keperluan pakaian asas, praktikal, bergaya serta ringkas untuk dibawa dalam bagasi anda. Namun begitu, sebelum mengemas pakaian, senaraikan terlebih dahulu aktiviti yang akan dilakukan sewaktu bercuti supaya ia bersesuaian dengan tempat dan acara yang dikunjungi.
Antara aspek penting yang perlu difikirkan sebelum anda buat pemilihan pakaian:
Saiz beg atau bagasi yang sesuai dan muat untuk keperluan yang perlu dibawa (termasuk ruang untuk kelengkapan dandanan diri)
Cuaca di tempat destinasi anda
Apa perkara utama yang akan dilakukan di sana
Durasi atau tempoh percutian
Anda perlu fokus tentang jenis pakaian dan aksesori yang diperlukan serta sesuai, praktikal tetapi masih menarik dan bergaya untuk aktiviti serta acara daripada mula menjejakkan kaki di tempat percutian hingga selamat pulang ke rumah.
Ingat, percutian adalah sesuatu yang ceria. Pastikan anda bawa pakaian dalam warna kegemaran. Kadangkala kita perlu berani mencuba pakaian reka corak atau motif dan tekstur yang baru atau warna terang sebagai salah satu cara untuk menyemarakkan lagi mood percutian.
Namun begitu, bagi mereka yang tidak berani bereksperimen, anda boleh memilih rona neutral seperti hitam, putih, kelabu, biru dan hijau zaitun (olive) yang juga sangat menarik digayakan dengan warna terang dan reka corak. Warna kasut yang paling mudah untuk disuai padan pula adalah hitam, putih ataupun perang (tan).
Tetapi semuanya adalah pilihan individu. Apa yang penting anda bijak serta berani bereksperimen. Pemilihan fabrik pakaian pula adalah untuk keselesaan. Pilih pakaian dalam fabrik yang mudah dijaga (low maintenance). Contohnya fabrik kapas (cotton), linen, denim dan khaki.
Perlindungan kulit dari matahari juga jangan diabaikan. Anda disarankan membawa topi, kaca mata hitam dan paling penting krim pelindung matahari. Kita semua tahu bahawa jika kulit terlalu lama di bawah panahan matahari, proses penuaan akan lebih mudah berlaku serta kesan-kesan sampingan yang lain.
Cadangan pakaian bagi percutian yang panjang
2 helai jean – biru, kelabu, hitam atau putih
Sehelai seluar pendek
Sehelai chinos
Sehelai seluar formal (dress pants)
2 kemeja polo
2 kemeja
Sepasang but atau kasut untuk beriadah
Sepasang loafers
Sehelai blazer
Sehelai sweater
Stoking dan pakaian dalam (underwear) untuk 7 hari
Sepasang stoking sukan
Pakaian untuk ke gym
Pakaian untuk berenang
Cadangan pakaian untuk cuti hujung minggu (3 hari)
Sehelai blazer
Sehelai kemeja jalur (striped shirt)
2 helai kemeja kasual – polo atau kemeja-t
Sehelai chinos
Sehelai jeans
But atau kasut untuk beriadah
3 pasang stoking – sekurangnya sepasang stoking sukan
2 helai pakaian dalam (underwear)
Pakaian renang
1 tali pinggang
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!