Travel

Kalau Bercuti Di Bali, Sanur Dan Ubud Tempat Best Nak Healing

Share

Buat anda yang nak bercuti di Bali, dua lokasi ini menjadi tumpuan bagi mereka yang suka berbelanja untuk healing.

Sekiranya membeli-belah bukanlah terapi anda, apa kata anda cuba menerokai pengalaman yang berbeza di Sanur dan Ubud.

Ini antara yang menarik bila berkunjung ke dua lokasi berkenaan:

1) 1o1 Bali Oasis, Sanur

Sekiranya merancang untuk ke Sanur, 1o1 Bali Oasis Sanur boleh dijadikan penginapan healing anda.

Bilik dekorasi minimal ala Bali dengan dua buah kolam renang untuk anda pilih untuk bersantai.

Dekorasi di lobi pula dihias dengan pelbagai replika menarik seperti kereta antik untuk sesi foto.

2) Villa Cella Bella, Ubud

Suasana villa yang romantik, sesuai bergambar di setiap sudut untuk media sosial anda.

Tiga buah kolam renang untuk dipilih. Ada kolam renang kaca, kolam renang inifniti dan kolam renang utama, yang mana ketiga-tiga kolam renang ini berhadapan dengan kehijauan rimba Ubud.

Villa pula dihias mewah dan setiap villa ditugaskan kakitangan khas untuk memastikan penginapan anda berjalan dengan lancar.

Lokasi Untuk Makan

1) Sanur

Sekiranya anda menginap di 1o1 Bali Oasis Sanur, anda tidak perlu pergi ke kafe atau restoran di luar kerana di hotel sudah terdapat pelbagai menu tempatan dan juga antarabangsa.

Sambil menikmati pilihan juadah yang enak, penginap juga dihiburkan dengan irama gamelan oleh pemain gamelan Bali.

Tapi sekiranya anda ingin meneroka makanan di Sanur, terdapat kedai makanan sihat di sepanjang jalan berdekatan dengan hotel tersebut.

2) Ubud

Terdapat dua restoran yang perlu anda kunjungi jika anda berada di sini.

Bagi mereka yang ingin mencuba makanan vegan, jangan lupa ke Wild Vegan yang terletak di pusat Ubud.

Pasta vegan dan sup labu adalah antara menu wajib cuba.

Jika anda penggemar daging itik, jangan lupa ke Bebek Bengil yang juga terletak di tengah pusat pelancongan Ubud.

Masakan yang berasaskan itik dicampur dengan ramuan rempah ratus asli Bali bagi memastikan keenakan cita rasa Bali kekal terpelihara kelazatannya.

Healing Layani Persembahan Kebudayaan

Sekiranya anda penggemar lagu-lagu moden, di sepanjang Pantai Sanur terdapat restoran-restoran yang menyediakan live band mengikut cita rasa anda.

Muzik yang disediakan terdiri daripada jazz hinggalah ke rock.

Bagi yang ingin menikmati persembahan tradisional Bali, Ubud adalah tempat yang sesuai untuk anda.

Sekiranya anda ingin mencari kelainan selain tarian kecak di Uluwatu, anda boleh melihat persembahan tradisional legenda Ramayana dan Sinuman di sebuah kuil berhadapan dengan Art Market Ubud.

Pastinya di Bali terdapat pelbagai aktiviti untuk agenda jalan-jalan dan healing anda.

Pastikan aktiviti ini tersenarai dalam agenda anda ke Bali nanti. Apa yang ditunggu lagi, jom healing di Bali!

Oleh
Nadia