Ketika kebanyakkan negara sedang bergelut dengan kes wabak COVID-19 yang semakin meningkat, Negara China terutamanya di Wuhan telah meraikan kegembiraan kerana wabak tersebut dikatakan telah berjaya ditangani sepenuhnya.
Walaupun keadaan dilihat semakin pulih, namun Wuhan masih mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan petugas kesihatan masih mengenakan pakaian perlindungan penuh selain sukarelawan dilihat menawarkan cecair pembasmi kuman di tempat awam.
Malah, mereka juga perlu mempunyai kod kesihatan di telefon pintar masing-masing sebelum menggunakan pengangkutan awam. Langkah ini diambil kerana pihak berkuasa masih bimbangkan pembawa tanpa gejala yang mungkin boleh menyebarkan virus berkenaan.
Namun disebalik kegembiraan mereka itu, minggu lalu tular di kebanyakkan portal dan berita antarabangsa bahawa pasar haiwan eksotik yang menjadi lokasi awal COVID-19 dikesan kembali dibuka kepada orang awam.
Tiga bulan masa yang diperlukan negara yang dikatakan menjadi punca penularan wabak COVID-19 untuk ‘bebas’ . Kini pasar daging di sekitar dua bandar terkemuka di Guilin dan Dongguan, China kembali menjual kelawar dan kala jengking serta pelbagai haiwan eksotik yang digunakan dalam perubatan tradisional.
Menurut Daily Star, penemuan mengejutkan itu mendapati haiwan liar dan eksotik berkenaan yang dikaitkan dengan punca tercetusnya wabak itu banyak dijual secara terbuka di bandar berkenaan. Banyak tempat di republik itu, meraikan ‘kemenangan’ memerangi COVID-19 dengan membuka perniagaan buat pertama kalinya semalam selepas beberapa bulan ditutup.
Difahamkan pasar basah yang menawarkan haiwan eksotik ini sudah mulai beroperasi seawal 28 Mac lalu dimana warga China berpendapat negara mereka sudah bebas sepenuhnya daripada COVID-19.
Apa yang membezakan pasar basah yang dibuka kali ini dengan sebelum penularan wabak Covid-19 iaitu kehadiran pegawai penjaga yang menghalang orang ramai untuk mengambil gambar bagi mengelakkan daripada perkara ini terus menular di internet.
Senario itu dilihat koresponden Daily Mail yang menggambarkannya sangat teruk dan mendatangkan masalah.
Sementara itu, di Dongguan pula, penjualan kelawar dipromosikan besar-besaran oleh penjual perubatan tradisional.
“Pasar ini kembali beroperasi sama macam mereka buat sebelum koronavirus,” lapor koresponden itu yang dihalang pengawal keselamatan bagi merakam gambar.
Jika benar apa yang didakwa, negara tersebut boleh dikatakan sebagai ‘pentingkan diri sendiri’ dan tidak belajar dari kesilapan. Apa salahnya tunggu setahun dua COVID-19 reda atau tidak perlu langsung untuk membuka kembali pasar tersebut.
Sumber: astroawani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI