Di negara matahari terbit terdapat sebuah hutan paling seram dan dikatakan paling berhantu di Jepun iaitu Hutan Aokigahara. Lebih dikenali sebagai ‘hutan bunuh diri’, Hutan Aokigahara muncul sebagai lokasi paling ‘panas’ dan popular di dunia sebagai tempat untuk menamatkan riwayat hidup.
Dalam persekitaran yang menyeramkan terletak di bawah berhampiran Gunung Fuji iaitu gunung tertinggi di Jepun, lokasi ini lebih dikenali sebagai kawasan membunuh diri yang popular di dunia. Sedangkan banyak tarikan lokasi menarik yang ada di Aokigahara seperti Gua Ais dan Gua Angin yang menjadi tarikan utama pelancong, namun kurang dikenali.
Ads
Sejarah hutan itu agak menyeramkan kerana dianggap sebagai tempat tinggal ‘yurei’ iaitu sejumlah hantu dalam mitologi Jepun. Banyak cerita dongeng lain yang diperkatakan iaitu berkaitan makhluk aneh, gergasi serta roh jahat di situ.
Ads
Hutan Aokigahara amat popular dalam kalangan rakyat Jepun yang putus asa dalam hidup dan membunuh diri di situ. Kebanyakan yang membunuh diri di situ adalah kaum lelaki. Dalam pada itu, wujud tradisi meninggalkan wanita tua di dalam hutan Aokigahara. Anak-anak akan mengendong ibu mereka yang telah tua masuk ke dalam hutan itu dan meninggalkan mereka tanpa dibekalkan makanan, selimut dan akhirnya dibiarkan mati begitu sahaja. Namun begitu, kisah itu dikatakan tidak benar dan sekadar cerita rakyat yang diwarisi anak cucu sehingga hari ini.
Ads
Bahkan ada yang mendokumentasikan dan memfilemkan kejadian yang berlaku di hutan itu. Jika pernah menonton di YouTube ada sesetengah kumpulan yang masuk ke hutan itu dan kemudian ketakutan dan lari keluar meninggalkan hutan.
Memandangkan kes membunuh diri semakin meningkat di hutan itu sejak kebelakangan ini, papan tanda melarang perbuatan membunuh diri telah dipacak di penghujung beberapa denai di hutan tersebut.
Rakyat Malaysia ada yang dah pernah sampai hutan ini untuk melawat dan ‘mencari’ apa ada di dalamnya. Bukan masuk siang hari sahaja, brother ni siap datang malam-malam. Korang boleh google pasal dia yang ke Hutan Aokigahara ini baru-baru ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Nak view yang cantik dengan cuaca yang sejuk dan nyaman, Yunkaii Campsite yang terletak di Bentong antara pilihan buat camper. Terletak 5 minit dari Genting Sempah, lokasi ini memang best untuk ‘pacak’ khemah korang.
Terdapat beberapa zon tapak untuk disewa dengan harga yang berlainan, setiap tapak khemah itu mempunyai keistimewaan tersendiri dengan pemandangan yang menarik.
Pemilik akaun Instagram @peoplebejalan berkongsi tentang campsite ini bersama follower. Memang nampak best dan mengujakan. Dapat tengok view cantik dengan layan cuaca sejuk. Kemudahan seperti toilet dan shower juga lengkap dan baik.
Nak tahu apa lagi best kat sini, ikuti perkongsian ini:
Yunkaii Campsite BentongLocation dia 5 minit dari genting sempah menuju genting highland dan 10 minit je dari hotel Sri Malaysia Genting Highland
Pakai je waze, nanti waze bawak masuk sampai parking, then 4×4 akan pickup korang sampai campsite, if ada 4×4 boleh terus naik campsite
Untuk yang sewa tapak, ada 3 zone, A,B & C. Zone B paling mantap, kami camp kat sini. Perhead RM50-RM65 ikut musim. Kalau yang kat atas ada yang sewa by zone, RM1k perzone
Weekdays kosong, wekend of course la ramai orang, haha! Toilet bersih, ada sinki basuh pinggan sekali. Takde hot shower ye 😂
Sini takde sungai, kat sini untuk camping chill-chill layan sejuk, hammock boleh kata ada 1-2 port je, tu pun kat lereng-lereng bukit
Supply electrical untuk lampu toilet je. Line phone 4G tak kisah apa telco. Campsite dia dah turap dengan batu kerikil, so kalau hujan pun takde lecak
View dia agak kenyang weh, sebab dia dah 850M tingggi, so lawa lah view 😍. Then hari-hari tokey akan datang bagi sayur free & fresh
Oh lupa, bila camping tempat tinggi, make sure pakai besi pancang panjang dan besar, 20-30cm punya tau! Baru tido tak terganggu
Kali lepak 3 malam haritu, siap ada 1 hari jalan-jalan ke genting bawak budak layan cable car & shopping kt GPO
Sini pet friendly, memang ada 3 ekor anjing dan 2 ekor kucing jaga campsite, nanti diorang datang singgah mintak makanan
So far aku suka tempat ni, bapak la tenang, segalanya mudah kat sini, kat atas sekali ada puncak dan trail, aku sempat redah half je, then patah balik sebab hujan dan pakai selipar je
So mostly yang penah datang,sama mcam aku, memang akan repeat lagi haha 😂
Yang penting baju sejuk dan sleeping bag. Kalau takde memang nanges tido malam 😝
Mengambil kesempatan bercuti di Selangor ketika PKPB ini dengan meninjau beberapa lokasi menarik yang terdapat di kawasan sekitar.
Antara yang boleh dicadangkan adalah Kampung Pelangi, Kuala Selangor.
Menyediakan cabin camp dengan hiasan dekorasi cukup menarik. Mula dibuka sejak 5 Mac lalu dan bayaran yang dikenakan juga tidak semahal di tempat lain.
Dengan hiasan dan pemandangan menarik serta warna-warni ini, sangat berbaloi untuk dikunjungi terutama bagi yang gemar bergambar.
Selain itu juga terdapat beberapa kemudahan lain disediakan buat pengunjung. Jadi bagi yang tidak tahu ke mana hujung minggu ini, boleh layan Kampung Pelangi Kuala Selangor/Kuala Selangor Cabin Camp bersama keluarga sambil menyaksikan pemandangan indah.
Juga turut disediakan penginapan bagi yang berminat untuk bermalam di sini dengan bayaran berpatutan.
KAMPUNG PELANGI KUALA SELANGOR, SELANGOR
– Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC) yang kini berwajah baharu. Lot 4021, Jalan Rizab Zazuli, Kampung Bukit Hijau, 45800 Jeram, Selangor. Tak terlalu jauh dari Klang dan Sungai Buloh.
– Buka jam 8 pagi-5pm Kampung Pelangi merupakan produk pelancongan Selangor terbaharu iaitu baru sahaja dibuka pada 5hb Mac 2021 pasca PKP 2.0
– Bayaran dikenakan RM15 (dewasa): Agak berbaloi sebab banyak kemudahan disediakan dan banyak spot2 untuk bergambar.
Antara kemudahan yang ada: – Petting Zoo – Kemudahan penginapan seperti Hobbit stay serendah RM70, Tubestay, Cabinstay, Arabianstay, Capsulestay, Container, dan lain-lain. Bayaran masuk adalah percuma bagi sesiapa yang menginap di sini. – Archery dan Yoyo Kart adalah percuma bagi semua pengunjung (ada bayaran untuk main ekstra). – Obstacle games
– Restoran – Indoor games – Mini Zoo (Rusa, kucing, kuda, arnab, ayam, burung, kambing, angsa, dan lain-lain) – Tandas – Surau – Lain- lain
Kepelbagaian budaya dan warisan Turki menjadikan negara itu sebagai salah sebuah destinasi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Ramai orang Malaysia yang memilih untuk bercuti di Turki, lebih-lebih lagi selepas ‘terpengaruh’ dengan melihat beberapa lokasi penggambaran filem tempatan yang berlatar belakangkan destinasi di negara yang terletak di sempadan benua Asia dan Eropah.
Tidak dinafikan, seperti apa yang anda lihat di dalam kaca televisyen, Turki sememangnya negara yang cantik dan menarik untuk diterokai. Pelancong boleh memilih untuk datang ke Turki sepanjang tahun, meliputi empat musim iaitu musim bunga, panas, luruh dan sejuk. Musim bunga berlangsung pada bulan Mac hingga pertengahan Jun, musim panas (pertengahan Jun hingga Ogos), musim luruh (pertengahan September hingga November) dan musim sejuk (Disember hingga Februari).
Antara lokasi menarik di Turki:
ISTANBUL
Istanbul merupakan pusat pelancongan yang menjadi tumpuan ramai pengunjung. Antara tempat-tempat lawatan ialah seperti Leather Outlet Centre, Blue Mosque, Topkapi Palace, Muzium Hagia Sophia, Masjid Sultan Sulaiman dan Spice Bazaar.
Aktiviti di Istanbul tidak lengkap jika tidak menaiki cruise menyusuri Selat Bosphorus yang menjadi sempadan Asia dan Eropah.
Jangan lepaskan peluang membeli-belah di Grand Bazaar yang merupakan sebuah pasar paling besar dan tertua di dunia yang menempatkan lebih 3,000 buah kedai pelbagai jenis kraf dan perhiasan serta tekstil menarik.
BURSA
Bursa merupakan antara destinasi pelancongan yang banyak menyimpan peninggalan sejarah Islam. Antara lokasi tumpuan pelancong termasuklah masjid tertua iaitu Ulu Cami (Great Mosque).
Great Mosque merupakan Tapak Warisan Dunia diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Uniknya masjid terbesar di Bursa ini mempunyai 20 kubah yang dibina pada 1396 oleh Sultan Beyazit 1 selepas kejayaannya menakluki Macedonia.
Bersebelahan bangunan masjid adalah Green Mausoleum iaitu makam Mehmet 1 yang memaparkan keunikan seni berwarna warni.
Silk Market pula terkenal sebagai pusat perdagangan kain sutera turut menjadi persinggahan pelancong untuk membeli-belah.
CAPPADOCIA
Cappadocia, antara tempat wajib dilawati di Turki. Pelancong bukan sahaja dapat merasai pengalaman menaiki belon udara panas, malah turut dapat menyaksikan keindahan dan keunikan batuan yang cantik dilihat dari atas. Kelebihan memiliki ruang kawasan yang luas menjadikan Cappadocia antara destinasi belon udara popular di dunia.
ANKARA
Antara tempat yang akan dilawati di Ankara ialah Ataturk Mausoleum yang merupakan muzium dan tempat persemadian Mustafa Kemal Ataturk iaitu pemerintah yang menukarkan Turki daripada sebuah negara Islam kepada sekular. Bangunan ini menempatkan barang-barang peninggalan Mustafa Kemal Ataturk di galeri pameran. Selain kenderaan beliau, pengunjung boleh menyaksikan sendiri senjata, surat, pakaian, dan jam tangan.
Tuz Golu yang terkenal sebagai tasik kedua terbesar di Turki dan merupakan tasik garam terbesar di dunia. Menariknya di sini, anda berpeluang melihat dan memijak permukaan pantai yang dipenuhi garam.
KUSADASI
Di Kusadasi terdapat kota kuno Ephesus yang menyimpan sejarah Yunani dan Rom purba. Pelancong boleh mengambil peluang untuk menyaksikan kesan runtuhan bandar purba tersebut. Ephesus turut tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO yang berprestij.
PAMUKKALE
Processed with VSCOcam with 7 preset
Bandar ini merupakan tempat popular yang turut tercatat sebagai salah satu daripada Tapak Warisan Dunia dibawah UNESCO. Antara tempat menarik untuk dilawati ialah Hierapolis Ancient City Ruins yang merupakan kota suci dalam kesusasteraan Arkeologi kerana terdapat banyak kuil dan bangunan keagamaan.
Cotton Castle turut menjadi tumpuan kerana bentuknya yang seakan-akan kapas dan terdapat kolam air panas yang kelihatan seperti sungai yang dilitupi salji.
KONYA
Konya begitu sinonim sebagai pusat Islam tertua yang menjadi pusat pembelajaran dan pengajaran sufi. Antara tempat menarik yang wajib dikunjungi adalah Melvana Museum yang merupakan tempat bersemayamnya sang pujangga Turki yang juga pencipta Tarian Sufi iaitu Jalaludin Rumi.
BOLU
Di Bolu, terdapat sebuah masjid tertua di Turki iaitu Masjid Sultan Eyub. Masjid ini juga merupakan masjid pertama yang dibangun setelah kerajaan Islam di bawah pimpinan Muhammad al-Fatih menawan kota Konstantinopel (Istanbul) pada 1453.
Trivia
Bawa mata wang USD atau Lira Turki (tukar di Malaysia). Tanya harga barang sama ada dalam USD, Euro atau Lira Turki.
Bawa sos cili atau sambal kering/ikan bilis untuk menambah selera makanan.
Tandas awam berbayar termasuk di luar masjid TL1.
Merokok adalah perkara biasa bagi wanita termasuk bertudung.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...