Berbaloi bercuti ke sini, ada banyak sangat lokasi untuk “OOTD” dan aktiviti yang paling best mestilah memancing bersama keluarga tersayang.
Sambil-sambil tenangkan emosi, boleh ambil peluang ‘laga hati’ dengan pasangan.
Kaki Pancing Wajib ‘Serang’ Rockbund Fishing Chalet, Tenang Layan Pemandangan
Jangan terkejut, ada tempat romantik yang anda boleh bergambar dan layan perasaan. Nah, tengok lah!
Malahan anda boleh menikmati pemandangan yang indah dengan nampak langit biru dan laut di depan chalet. Jadi cukup sesuai untuk anda luangkan masa berkualiti dengan keluarga dan anak-anak sambil memancing ikan. Eh, dapat ikan boleh terus bakar!
Ini pula pemandangan pada waktu malam, cantik bukan? Tentunya kaki pancing akan rasa teruja datang ke sini bersama keluarga tersayang.
Sedikit ruangan bilik untuk anda puas hati sebelum tempah bilik ke sini nanti. Nampak selesa, bukan?
Lokasinya:
Rockbund Fishing Chalet, Perak.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
8 Perkara Perlu Anda Fikir Sebelum Menempah Hotel Bajet!
Siapa yang tidak mahu tinggal di hotel yang mewah dan selesa semasa bercuti tetapi bukan semua yang mampu untuk berbuat demikian. Jadi pilihan yang sesuai adalah dengan menempah bilik di hotel bajet. Mencari hotel bajet yang baik di tempat yang asing bagi kita bukanlah perkara yang mudah dan ini boleh menjadikan kita sedikit tertekan dalam membuat keputusan.
Bagi membantu anda mengurangkan tekanan ini, Libur berikan beberapa tip yang berguna untuk anda cuba.
1. Cari melalui laman web untuk mendapatkan harga yang terbaik
Encik Google semestinya dapat membantu anda dalam hal ini. Taip sahaja ‘hotel bajet‘, ia akan memuntahkan ratusan ribu carian dalam masa beberapa saat sahaja. Jadi, untuk memudahkan usaha pencarian anda apa kata anda gunakan laman web yang spesifik untuk mencari hotel murah.
Laman web seperti OYO, Trivago, Agoda dan banyak lagi dapat meringankan otak anda dalam membuat pilihan. Laman-laman web ini bukan sahaja lengkap dengan semua ciri yang memudahkan anda mencari, malah anda boleh menempah terus dari laman web berkenaan.
Muat turun apps hotel di telefon pintar juga merupakan langkah bijak kerana selain menjimatkan masa, anda juga boleh menjadi antara yang terawal mengetahui tawaran istimewa. Muat turun app OYO di sini. OYO Rooms, platform yang membantu anda mencari penginapan yang bersih dan berpatutan.
2. Kos tersembunyi (hidden cost)
Walaupun sudah tertera harga di papan iklan (atau laman web) dengan terang, anda mungkin tidak perasan kos tersembunyi yang ditulis dengan kecil di hujung (bawah) iklan tersebut. Pastikan anda peka akan tanda-tanda seperti ini ‘*‘ atau ‘**‘ di hujung harga kerana ini menunjukkan harga tersebut akan ada peningkatan kelak.
Nama pun bajet jadi jangan jadikan kecuaian untuk melihat tanda-tanda seperti ini memaksa anda membayar lebih dari bajet yang anda peruntukkan.
3. Pakej percutian
Jika tarikh percutian anda fleksibel, ini merupakan peluang untuk anda mendapatkan pakej percutian dengan harga yang menarik. Kebanyakkan syarikat percutian akan membuat tawaran pakej percutian murah atau diskaun yang termasuk harga tiket, penginapan dan banyak lagi pada masa-masa tertentu.
Ini membolehkan anda untuk menikmati hotel penginapan yang lebih baik berbanding jika anda menempah sendiri hotel memandangkan ia datang sekali dengan pakej percutian tersebut.
4. Lokasi, lokasi, lokasi
Apabila hotel bajet ini selalunya ada kelengkapan asas sahaja, ini membolehkan anda bajet lebih untuk menerokai tempat yang anda kunjungi. Penting untuk anda menempah hotel yang dekat dengan kemudahan pengangkutan awam atau tinggal di tengah-tengah bandar untuk mengelakkan anda perlu berbelanja lebih untuk bergerak.
5. Review / Ulasan
Laman-laman web pasti akan menjamu mata anda dengan gambar terbaik hotel mereka (walaupun hakikatnya jauh dari itu). Jadi, anda bolehlah bergantung kepada ulasan mereka yang pernah tinggal di hotel tersebut.
Baca dengan teliti sebanyak ulasan yang mungkin untuk anda mendapat gambaran kasar akan keadaan sebenar apabila anda menempah hotel itu. Semestinya tidak semua orang bersependapat dalam soal keselesaan namun sebaiknya ambillah undian majoriti.
6. Apa yang penting untuk anda
Ulasan boleh memberitahu anda banyak benda – tahap kebersihan, tahap kebisingan, kualiti makanan, tahap servis, dan lain-lain. Berlainan orang, lain kesukaan mereka. Jadi, pastikan anda tanya pada diri anda apa yang perlu ada untuk anda selesa menginap di situ. Jika anda sukakan kebersihan tetapi tidak kisah sangat perihal kebisingan, buatlah pilihan yang sesuai.
7. Bilik air di dalam bilik hotel
Ada sesetengah hotel murah yang menyuruh anda berkongsi bilik air dengan penginap yang lain. Tidak! Tidak kiralah bagaimana berbezanya kesukaan seseorang, berkongsi bilik air mungkin akan menjadi pengalaman ngeri untuk percutian kita.
Pilihlah hotel bajet yang ada bilik air tersedia di dalam setiap bilik agar anda tidak perlu berkongsi dengan orang lain seperti ketika kita duduk di asrama masa kolej dahulu.
8. Berbaloi dengan harga
Jika anda bayar lebih, anda akan dapat lebih. Begitu juga dengan hotel bajet. Lebihkan sedikit bayaran anda untuk dapatkan keselesaan dan ciri yang lebih baik berbanding dengan memilih hotel paling murah dan anda tidak berpuas hati dengan semua perkara.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Direktori Lengkap Lokasi Percutian Menarik Sekitar Selangor, Boleh Bawa Keluarga Short Vacay
Memandangkan Selangor sudah memasuki fasa 2 pemulihan, jadi penjalanan rentas daerah sudah dibenarkan.
Inilah masanya untuk kita mengambil kesempatan bercuti di daerah di sekitar Selangor.
Banyak sebenarnya tempat menarik boleh dilawati, sambil menikmati tempat makan yang sedap.
Perkongsian Detektif Kembara menyenaraikan direktori beberapa lokasi percutian boleh dikunjungi. Senang sekali tempat menarik, port makan dan di mana boleh menginap.
Kuala Selangor
Hulu Selangor
Kuala Langat
Sabak Bernam
Sepang
Gombak
Klang
Petaling
Hulu Langat
Artikel Berkaitan:
Raikan Ulang Tahun Ke-25, IKEA Malaysia Tampilkan Sentuhan Budaya Tempatan & Tawaran Menarik!
Geng BBM Senaraikan Port Wajib Dikunjungi, Buat Kaki Shopping Barangan Murah & Jenama Di London
‘Sungai Merbok Oyster Farm”, Nikmati Isi Tiram Fresh Sambil Menyaksikan Flora & Fauna
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bajet Tak Sampai RM300. Wanita Puas Hati 2Hari 2Malam Explore Keindahan Dabong Naik Train Dari Mentakab!
Antara destinasi popular bagi yang menggunakan perkhidmatan awam seperti keretapi adalah Stesen Perhentian Dabong.
Perhentian ini menjadi viral dan popular di kalangan pelancong dek kerana pemandangan yang sangat cantik seakan berada di luar negara.
Menyaksikan pemandangan cukup menarik sepanjang perjalanan dengan menginap terus dalam keretapi sebelum sampai temat dituju menjadi momen percutian terbaik bagi mereka yang gemar aktiviti ala backpacker ini.
Perkongsian sahabat Backpackers Buddies Malaysia, Busa Syaffiqah Shawal yang memberitahu pengalaman dan juga itinerary sepanjang menaikan train ke Dabong.
Seronok 2 Hari 2 Malam Naik Train Ke Dabong
Halo korang! Lama dah kan Busa tak update since PKP? Kali ni Busa nak share pasal travelogue naik jungle train of Malaysia! Ni salah satu wishlist Busa tau. Teringin lama dah nak tidur dalam kereta api and layan view tepi katil kereta api cewahh.
And kebetulan baru discover Dabong as potential tourist destination yang boleh dipromosikan. Tempat ni sangat cantik and serious worth your money! Busa buat trip 2 hari 2 malam (satu malam bermalam di resort and satu malam lagi dalam kereta api).
E X P E N S E S – TRANSPORTATION
– Guide (untuk dua hari bermula dari sampai stesen ktm sampai nak balik) : RM 45 per pax
– Kereta Api (RM 37 lower berth + RM 31 upper berth): RM 68
Total: RM 113
ACCOMMODATION
– Jelawang Pipe Resort (boleh share dua orang tapi Busa duduk sorang je masa ni) : RM 60 per night
– Stong Hill Resort (kami stay dorm masa hari kedua sebab nak cari tempat rest sementara tunggu train jam 11:30pm) : RM 30 per pax
Total: RM 90
ACTIVITIES
– Lata Kertas + Sungai Kenerong + Signboard Gunung Stong ( dah termasuk dalam harga transportation grab guide tadi)
– Caving (book dengan Stong Hill Resort): RM 30 per pax
– ATV ride (book dengan Stong Hill Resort and boleh naik ATV tu dua orang): RM60 per hour
Total: RM 90
MEALS
-Ni ikut korang so Busa tak include dalam bajet tapi harga untuk makanan kat sana serious talk tak mahal. Below RM 10 je termasuk air. Busa makan nasi berlauk dengan air teh ais pun baru RM 5. Terkejut masa nak bayar sebab murah sangat. Mi udang tu memang standard RM 15 tapi udang dia memang besar berbaloi weh bayar harga macam tu, siap free air boleh refill lagi. Harap dapat kekalkan harga munasabah even Dabong dah naik jadi famous tourist attraction nanti.
TOTAL EXPENSES: RM 293
ITINERARY
DAY 1
•Stesen KTM Mentakab (naik train jam 4:00 pagi)
•Stesen KTM Dabong (tiba dalam jam 9:40 pagi)
•Sarapan dekat Kak Na Mi Udang Kg Stong
•Lata Kertas
•Sungai Kenerong
•Landmark Gunung Stong
•Jelawang Pipe Resort (Check In)
DAY 2
•Kompleks Gua Ikan (meeting point sebelum caving)
•Gua Gelap
•Gua Keris
•Gua Pagar
•Lunch dekat Kak Na Mi Udang Kg Stong
•Stong Hill Resort (Check In)
•ATV ride
•Air Terjun Stong Hill Resort
•Ikan Bekok Kak Ros Dabong
•Stesen KTM Dabong (naik train jam 11:30 pm)
•Stesen KTM Mentakab (tiba jam 5:10 am)
TIPS AND TRICK!
Busa kalau menulis, Busa suka share secara jujur. Mana yang baik kita share, mana yang boleh improve pun kita bagitahu. Busa tak kan bagitahu yang indah indah dan sorok realiti just untuk attract orang sebab kalau kita buat macam tu, risiko nak dapat bad review lagi tinggi sebab orang akan set high expectation based on apa yang kita review.
Tapi bila sampai tempat tu and tak mencapai expectation diorang, mesti satisfaction jadi kurang and tak seronok sebab tak sama macam apa digambarkan. Biasalah student tourism ni sambil berjalan dia kena buat analisis hahaha.
Jelawang Pipe Resort
– Resort ni fasiliti dia bagi Busa lengkap, ada tandas surau, kafe apa semua. Aktiviti pun banyak boleh buat dekat sini termasuklah flying fox and ATV ride. Sungai dia pun cantik and syok je lepak kat sungai sini. Jangan lupa bawak towel sebab dorang tak sediakan towel dalam pipe tu. Brekafast included sekali so jimat dah.
– Pipe resort yang macam Busa duduk tu boleh muat dua orang so kalau travel berdua boleh lah jimat bayar half half. Busa bayar full sebab tu kos tinggi sikit trip ni. Kalau Busa ada partner, rasanya kos sorang untuk trip ni tak sampai RM 250 sebab ATV tu pun boleh naik dua orang.
– Busa tak sempat nak main water tubing and flying fox sebab staff yang contact Busa thru ws tu bagitahu cuaca hujan so dorang stop semua aktiviti kecuali aktiviti ATV. And dorang kata kalau cuaca okay boleh proceed balik. But then masa sampai sana cuaca okay je. Try jugak luck tanya boleh on tak tapi dorang kata paras air bahaya. Busa ada tanya staff masa nak check in and dorang cakap staff dorang takde ramai haritu sebenarnya sebab pergi kursus. Ralat sikit lah tak dapat main,terpaksa jadikan alasan nak repeat Dabong lagi eh eh hahahaha.
– Overall, Jelawang Pipe Resort memang best and Busa paling suka sungai dia. Cuma, there is a room for improvement especially in term of customer services and hospitality. Kalau improve dari part tu InshaAllah dah perfect dah. Good luck and no worries, Busa akan repeat lagi sebab Busa fall in love dengan sungai dia.
– Btw, guide yang bawa Busa tu baik sangat. Abe Nasir siap offer cari pakej water tubing lain even last minute dengan harga murah. Cuma masa nak amik tubing tu, organizer tempat tu kata pelampung tak ada sebab orang yang guna sebelum tu tak pulangkan lagi. I guess management issue lah ni. Nampaknya takde rezeki kami nak main water tubing. Next trip, InshaAllah ada water tubing dalam itinerary.
Stong Hill Resort
– Kitaorang stay kejap untuk transit sementara tunggu train malam tu. Sampai sampai je, owner dia Bang Yazil tanya kat guide “Siapa Busa?” Hahaha dia tak caya nama Busa tu betul ke Busa. Kalau Busa lahir boleh cakap, Busa dah suruh ibu letak nama Busa je baru rare senang ingat hahaha. Owner Stong Hill Resort sangat ramah ye gais.
– Stong Hill Resort ni air terjun dia cantik, bilik dia pun okay je dengan harga cuma untuk kebersihan boleh improve lagi. Tapi customer service dari Bang Yazil ni bagus, datang sana rasa macam member member je even jumpa kejap je.
Caving 3 Gua
– Meeting point dekat Kompleks Gua Ikan and Abe Mat Yie yang guide kitaorang untuk masuk 3 gua which is Gua Gelap, Gua Keris and Gua Pagar. Busa amazed sebab banyak bentuk bentuk monumen dalam gua yang macam real tau. Contoh macam keris, anak gajah and monyet. Memang sama macam betul.
– Guide sangat arif tentang selok belok gua and the best part is Abe Yie ni ramah. Tak rasa penat pun caving dengan beliau. Semua info dia share tu memang benda baru yang menarik bagi Busa. Sape ada chance datang Dabong nanti, korang kena try caving.
ATV Ride
– Ni korang WAJIB ye try kalau datang Dabong! Serious best gila and enjoy sangat. Track dia best lagi lagi bila main dalam hujan memang mencabar habis. Brader yang bawak kitaorang tu kata ada version advance, RM 150 untuk dua jam. Later kita datang kita try yang tu pulak. Rate harga ATV kt Dabong ni murah and track dia best. Tapi paling best, orang yang amik gambar tu power betul cari angle. Thumbs up!
Guide
– Sini dorang panggil guide tu as “Pengasuh”. Pengasuh kitaorang nama Abe Nasir. Serious Abe Nasir ni best, dia macam pak long yang bawak anak sedara pusing pusing Dabong hahahaha. Abe Nasir ni senang nak deal, kalau datang Dabong korang boleh roger dia tau. Ni contact number beliau, boleh whatsapp. 013-9328327 (Encik Nasir).
Sleeper Train
– Busa suggest ambik katil bawah kalau nak naik Ekspress Rakyat Timuran (ERT) ni. Sebab katil bawah lagi besar and selesa. Makanan dalam kafe train sedikit mahal tapi untuk yang nak merasa makan dalam train sambil layan view, why not?
– Kalau nak book katil, sila book awal dalam apps KTMB sebab selalu katil ni laju je sold out. Harga katil bawah, katil atas and kerusi berbeza ya. Nak murah ambik kerusi lah. Paling mahal katil bawah.
– Ada bantal and selimut nipis dalam katil. Staff KTMB sangat ramah, masa nak balik tu sempat lah borak dalam train dengan staff dia. Terima kasih KTM Berhad, pengalaman Busa naik kereta api sangat best and priceless! Good hospitality!
– As for final conclusion, Dabong ni memang tourist attraction baru yang wajar diviralkan sebab cantik and worth every penny! Tempat dia best, orang dia ramah and baik baik pastu makanan semua murah murah. Confirm lah Busa repeat! Jom naik kereta api!
Artikel Berkaitan:
Trip 4H3M Ke Utara, Layan Perak & Kedah Guna Perkhidmatan Awam. Jimat, Berbaloi & Menyeronokkan!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI