Kajian Saintifik Kata Kesan Bawa Anak Bercuti Dapat Tingkatkan IQ Si Kecil

Share
Gambar: pixabay

Ada banyak kelebihan apabila mak ayah bawa anak-anak pergi bercuti yang boleh mempengaruhi perkembangan dan pembesaran mereka. Sebagai mak ayah yang dicintai anak-anak, sekurang-kurangnya peruntukkan sedikit masa dan asingkan sedikit bajet untuk bawa anak-anak keluar bercuti walaupun sekali seumur hidup.

Perkongsian daripada Zainurulazwa Zakaria menjelaskan membawa anak dan keluarga bercuti ini memerlukan komitmen lebih-lebih lagi ketika anak-anak masih kecil, renyah. Kalau bukan kaki berjalan, memang confirm tak bawa anak berjalan tetapi sebolehnya, sebagai mak ayah perlu juga usaha bawa anak-anak bercuti at least setahun sekali! Disamping erat hubungan keluarga, ada sebab saintifik mengapa mak ayah perlu bawa anak-anak anda bercuti.

Gambar: pixabay
Gambar: pixabay

6 sebab saintifik mengapa perlu bawa anak bercuti

1. Dapat mencipta memori indah zaman kanak-kanak

Ada kajian oleh Holiday Association di United Kingdom, majoriti respondent bersetuju memori terindah zaman kanak-kanak mereka adalah sewaktu pergi bercuti dengan ahli keluarga. Alaa anak sekejap je dah besar, kalau tak bawa anak bercuti sekarang, sikit lagi depa dah besar, masuk asrama, kerja & berkahwin. Alangkah rugi jika anak-anak tiada kenangan indah zaman kanak-kanak.

2. Mengasah kemahiran berfikir anak-anak

Tahu tak, aktiviti ketika bercuti boleh aktifkan beberapa bahagian penting dalam otak anak. Seperti contoh, aktiviti bina istana pasir, berenang di kolam, berlari-lari di pantai boleh rangsang pemikiran BERMAIN ‘ play system’. Ini sangat penting dalam memperkasakan kebolehan berfikir dan bermain secara bebas.

3. Melahirkan anak ber’IQ’ tinggi

Kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai persikataran mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding yang hanya terperuk di rumah. Kepelbagaian persekitaran ini akan memberi sumber interaksi dari segi fizikal, sosial & pemikiran pada anak-anak. Bercuti dikatakan dapat mengasah konsentrasi, menajamkan pemerhatian dan kemahiran untuk belajar.

Gambar: pixabay
Gambar: pixabay

4. Meningkatkan kesihatan fizikal anak-anak

Perasan tak apabila kita membawa orang yang sakit keluar berjalan atau bersiar, mood dan kesihatan nya bertambah baik. Ini juga yang terjadi pada anak kecil. Keluar dari rutin yang sama, persekitaran yang sama sekali sekali buatkan mood anak lebih ceria, menenangkan minda seterusnya fizikal turut lebih sihat

5. Bantu kurangkan hyper active

Kanak-kanak yang di diagnose ADHD seharusnya lebih kerap dibawa ke tempat semulajadi yang hijau. Kerana persekitaran hijau ni dapat bantu anak lebih fokus, buat anak lebih tenang dan dapat kurangkan tantrum. Jadi boleh selalu lah plan ke Cameron Highlands ke, janda baik ke atau mana-mana tempat yang serba hijau okey.

6. Buat anak lebih positif dan gembira

Selain buatkan family bonding lebih rapat dan akrab, anak-anak pasti lebih gembira. Emosi nya lebih terjaga buatkan anak jadi lebih positif kerana bila kita dalam mood gembira, pelbagai hormon gembira akan terembes. Bercuti juga salah satu cara paling baik untuk kurangkan ketagihan gajet.

Gambar: pixabay
Gambar: pixabay

Sebab terakhir adalah kerana kita SEMEMANGNYA BOLEH!

Berhenti beralasan tak cukup duit, tak cukup masa dan sebagai nya. Kerana travel tak semestinya perlukan semua ini. Banyak je percutian bajet dan tips travel sekarang semua di hujung jari. Setiap hari asyik hadap je kerja pejabat, kerja rumah, ia memang tak kan pernah habis.

Bak kata bijak pandai: “Waktu muda, kita banyak masa, banyak tenaga, tapi takde duit. Dah ade duit sikit, masa pulak takde. Dah tua, masa banyak dan duit pun banyak. Tapi tenaga pulak tiada”

Jadi jom kita hargai apa yang ada dan buat sebaiknya.

Kepada mak ayah diluar sana, bawalah anak-anak anda bercuti dan berikan mereka masa bersama dengan anda. Percayalah, peluang hanya datang sekali. Berikan mereka peluang untuk bermesra dengan anda sebelum segalanya terlambat.

Sumber:  Zainurulazwa Zakaria

Gambar: pixabay
Oleh
Husna