Kafe rumah kaca tersembunyi di hutan Johor, yang mana minat hiking atau mendaki gunung kena try singgah Hill & Heal di tengah-tengah hutan.
Memang unik, boleh jadi port lepak untuk anda yang suka hiking. Sambil lepak boleh layan kopi dan makanan lain yang ada di sini. Sedap!
Kafe Rumah Kaca, Singgah Di Hill & Heal
Orang Kluang mesti tahu Gunung Lambak dekat mana kan? Cafe ini dalam Gunung Lambak.
Laluan nak masuk tu sama jalan macam anda nak pergi hiking naik atas. Kalau nampak jambatan belah kanan, belok kanan kemudian nampaklah pintu nak masuk situ.
Di sini anda boleh order makanan dengan harga standard cafe. Nak kata overprice tu tak juga sebab sekarang mana-mana cafe harga standard.
Tempat ini juga kids-friendly, boleh bawa anak-anak dan blend with nature. Best berdamai dengan alam semula jadi.
Hanya mengambil masa 2 jam perjalanan daripada bandar Johor Bahru untuk sampai ke sini. Tiada transport awam untuk ke sini. Jadi anda boleh self drive atau naik grab ya.
Tetapi kalau sudah sampai sini nak masuk ikut mana ya? Haaa… anda boleh masuk ikut laluan pintu utama nak mendaki.
Hanya berjalan lebih kurang 300m sahaja akan jumpa cafe di tengah hutan.
Lokasi:
Hill & Heal, Gunung Lambak, 86000 Kluang, Johor
Jumaat- Ahad (Isnin hingga Khamis tutup)
8:00 PAM – 4:00 PM
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Jejak ‘Jurrasic World Sarawak’ Tak Boleh Terus Terjah. Kena Book ‘Tour Guide’ Dulu Tau!
Daerah Padawan di Kuching, Sarawak ada destinasi alam semula jadi yang sangat indah iaitu Air Terjun Bengoh.
Air Terjun Bengoh sering menjadi tumpuan mereka yang gemarkan ekspedisi serta pendakian di hutan belantara sambil menikmati keindahan flora dan fauna yang mengasyikkan.Ia boleh dianggap sebuah permata tersembunyi bagi Bumi Kenyalang. Lokasi ini juga dikenali sebagai Empangan Bengoh yang merupakan kawasan tadahan air. Pemandangan di lokasi ini begitu indah dan lebih menarik, terdapat air terjun yang cantik di hulu empangan
Semakin hari lokasi ini menjadi tumpuan ramai selepas tular beberapa bulan lalu. Ramai yang mula kongsikan gambar yang sangat cantik mengenai Bengoh Range yang berkesempatan ke sini. Ini satu lagi perkongsian yang tidak kurang menarik daripada saudara Nizar Latif yang telah berkunjung ke Jurrasic World Sarawak ini.
A trip to hidden gems of Padawan, Bengoh Dam.
Alhamdulillah berkesempatan hiking di Bengoh Dam, Padawan pada Sabtu lepas bersama-sama rakan kembara. Banyak tempat cantik di Sarawak ni, perlu banyak teroka lagi. Sejak minggu lepas, setiap hari kami pantau kes covid-19 di Kuching. Risau kalau banyak kes, tak berani juga nak ke sana. Setakat hari Khamis, kebanyakan kes dari Sabah dan telah dikuarantin. Namun, sebaik tiba di sana pada hari Jumaat, ada dua kes dan punca masih dalam siasatan. Haha terus gelabah. Jaga SOP, elakkan jalan-jalan di bandar dan tawakal. Setiap kali kembara pasti akan berlakunya kejadian-kejadian aneh:
1. Kami book tiket flight dan hotel via SNAP Air Asia. Dapat dua malam di Tune Hotel. Dijadikan cerita, Tune Hotel dijadikan pusat kuarantin. Dah sampai sana baru tau. Terpaksa jalan ke waterfront, cari hotel lain. AA mohon pulangkan semula duit hotel.
2. Sewa kereta Ertiga di kem tentera. Semasa ambil kereta, minyak hanya satu bar. Sepanjang perjalanan tak jumpa stesen minyak. Range di dashboard boleh pi sehingga 90 km. Anggaran ke Bengoh pergi balik 80 km. Haha. Berserah kepada Allah dan alhamdulillah dengan pemanduan berhemah dapat pergi dan balik. Dah sampai Kuching baru isi minyak.
3. Tak sempat bungkus makanan untuk sarapan dan tengah hari. Hanya berbekalkan biskut, coklat dan air mineral. Nasib baik tak pengsan masa hiking. Maka, makan malam tu cover dari sarapan la jawabnya. Beribu-ribu kalori.
4. Hiking di Bengoh tu senang ja. Tak letih sangat. Cumanya hari tu hujan jadi trail berlecak dan licin sedikit.
Highlight of this trip:
Bengoh Dam – Perjalanan dari Kuching mengambil masa 50 minit ke sejam. Kalau hujung minggu memang ramai orang, bersabarlah menunggu giliran masuk di pintu pagar.
Kampung Sting – Naik bot selama 20 minit dan hiking lebih kurang 15-20 minit juga. Tiba di sini, perkampungan atas bukit. Cantik, tenang dan nampak seluruh kawasan empangan dari sini. Turut ada homestay (RM 20 semalam) jika mahi bermalam di sini.
Klings/Curtain Waterfall -5 minit naik bot dari tempat mula pendakian Kampung Sting. Hiking dalam 30 minit. Kena lalu tiga jambatan buluh. Cantik sungguh air terjun ni.
Susung Waterfall – Hiking dalam 20 minit lagi dari Klings Waterfall. MashaAllah this is highlight of this trip. Rasa macam dalam fairy tales, dalam Jurassic Park, dalam cerita Maleficient (fairy godmother cc: kp. hahaha). Hilang ketaq kaki dapat tengok pemandangan indah ini.
Kos (dikira dari Bintulu):
Flight BTU – KCH – BTU : RM 167 (termasuk penginapan dua malam di Tune Hotel)
Hornbill’s Nest : RM 66
Tour guide Bengoh: RM 50
Kereta sewa: RM 90/3 + minyak RM 30/3
Lain-lain (makan minum grab): dalam +- RM 50.
Jumlah keseluruhan: RM 373.00
Trip ke Bengoh Dam perlu ditempah terlebih dahulu. Tak boleh terjah macam tu ja. Kami booked through Jacklin Simo dari Bayan Atuh Ecotourism Zone. Kebanyakan tour guide hanya terima lima orang ke atas. Nasib baik depa terima juga kami dan bergabung dengan kumpulan lain. Thank you Jacklin. Tour guide pun bijak percaturan. Selalunya mula hiking ke waterfall dulu kemudian baru ke Kg Sting. Disebabkan hari tu ramai orang, kami mula di Kg Sting dulu baru ke waterfall. Memang terbaik la. Senang ambil gambar, dah takda orang. Tak perlu tunggu giliran dan tak perlu bersesak-sesak. Alhamdulillah.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Yang First Time Travel Naik Cruise, Boleh Ikut Itenari Dikongsi Ini. Harga RM499 Seorang 3H2M
Antara pengangkutan popular ketika melancong ialah menggunakan kapal terbang. Ia bagi destinasi jauh dan biasanya kereta digunakan bagi perjalanan dalam negeri. Tidak kurang juga ada selesa menggunakan keretapi dan juga kapal terbang bagi destinasi dalam negeri. Pendek kata, ikut apa kita rasa selesa.
Bagi yang mungkin mahu merasai pengalaman berbeza iaitu menaiki kapal persiaran, bolehlah cuba Star Cruise Pisces ini iaitu dari Penang-Langkawi-Penang. Harganya bermula dari RM499 seorang. Yang nak cuba tu, boleh tengok itenari dikongsikan oleh Nurul Syafiqah Ahmad.
Star Cruise Pisces 3H2M
Penang – Langkawi – Penang
RM 499 per person bilik inside stateroom
RM 199 untuk orang ke 3,4 dalam bilik tu jugak
(Harga bergantung pada type of cabin)
Gratuity – sebelum turun kapal kena bayar
RM66 per person
Sy book dekat website https://www.starcruises.com/my/en
Nanti kena checkin awal sama macma nak naik flight je. Nanti dapat sea pass. Kami tak print pon. Dia scan dalam phone je.
Makan 3 kali sehari. Ada restoran halal.Inclusive meals (1 x lunch, 2 x dinner and 2 x breakfast at Marines Buffet) Hari-hari crew akan provide star navigator. Terpampang segala macam aktiviti dalam cruise.
Aktiviti kami free & easy di Langkawi
Day 1 : 11/1/2022
Parking kereta dekat parking awam depan Swettenham Pier. Nanti bagitahu nak naik cruise dia caj RM30 untuk 3h2m. Kalau nk yang ada bumbung tambah RM10.
Terus pergi beratur untuk masuk ke cruise. Dalam sail pass ada tulis pukul berapa kena datang utk cek saliva test. Macam saya pukol 1500H jadi smpai terus masuk cek. Lepas habis check Covid-19, semua tu dah boleh masuk kapal dalam pukul 4 macam tu.
5.30-9pm dinner di Marines Buffet. Ada satu lagi nama Genting Palace tapi yang ni tak halal. Masuk awal boleh jalan-jalan dalam kapal. Masa pusing-pusing kapal terus booking untuk mandi pool.
Day 2 : 12/1/2022
0630 start breakfast dekat marines. Mana yang mana nak tengok sunrise pun boleh naik deck 11, ambik gambar cantik-cantik.
0900H cruise sampai di Langkawi. Boleh turun ke deck 8 untuk ambik sticker dan terus turun d jetty Lost World di Langkawi. Kita orang dah book kereta siap-siap. Jadi sampai boleh terus jalan-jalan pusing Langkawi. Waktu diberi hanya dari 9 pagi hingga 8 malam saja untuk turun di Langkawi.
Kami sempat pergi HIG, makan tengah hari di Kak Yan nasi campur, pergi tengok Lang dekat Kuah, makan ice cream di Pantai Cenang. Kalau turun dari cruise, boleh naik berkali-kali asalkan ada stickter. Nak lunch pun boleh, kemudian turun semula.
Pukul 5.30 sampai depan cruise, akan ada kastam tunggu. Dia orang akan check barang yang kita beli. Macam kita orang beli mangkuk murah-murah dan coklat saja. Jadi tak perlu bayar tax. Simpan resit pembelian tu. Sebab dia berpandukan harga di resit yang kita beli tu.
Lepas dinner tu terus pergi reception bayar gratuity RM66 setiap seorang. Malam tu tengok show d Galaxy of Stars. Situ ada snooker dan football table.
Day 3 : 13/1/2022
Dengar pengumuman boleh pergi ambik IC di Galaxy Of Stars . Pergilah ambil awal-awal. Kemudian pergi sarapan pagi. Nanti pihak cruise akan umum deck berapa untuk standby. Tunggu dia ketuk pintu bilik baru boleh keluar. Smooth, kejap saja proses keluar tu. Pukul 9 dah boleh nak kereta balik rumah.
P/S : Ni kali ke 2 saya naik cruise. 1st haritu Royal Caribbean Voyager Of The Seas 5H4M.
Singapore-Port Klang-Phuket-Singapore.
Memang terasalah perbezaan dia amat ketara. Jadi untuk siapa-sipa yang kali pertama nak naik cruise, sangat digalakkan. Best sangat. Kalau yang dah berkali-kali tu tolong jangan expect lebih. Enjoy je baru puas hati. Lain cruise lain experience. Kena try baru tahu.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bangun Pagi Tengok Kuda Berkeliaran, Malam Layan Stargazing. Port Camping & Staycation Paling Best Di Kedah, Tempat Super Cantik!
Bila dapat bercuti ke tempat yang mempunyai pemandangan indah, udara yang segar dan dapat pula buat pelbagai aktiviti menarik, mesti menyeronokkan. Nak piknik, camping atau staycation di chalet yang disediakan, itu semua anda boleh dapatkan di D’Puncak Beris Resort yang terletak di Sik, Kedah.
Lokasi ini merupakan salah satu tapak perkhemahan yang sering menjadi tumpuan camper kerana tempatnya yang cantik selain mempunyai pelbagai aktiviti alam yang boleh dilakukan.
Bagi yang tiada kelengkapan untuk camping, anda boleh menyewa chalet untuk staycation bersama keluarga. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Kalau tak mahu menginap, nak datang piknik kat sini pun boleh. banyak tempat anda boleh OOTD sambil buat aktiviti-aktiviti menarik di sini.
Mempunyai kemudahan yang boleh dikatakan lengkap, tempat ini mempunyai dewan, tempat makan, BBQ area, gazebo dan banyak lagi. Jangan risau juga tentang keselamatan kerana tempat ini sentiasa dipantau terutamanya pada waktu malam.
Bukan sahaja lokasinya yang cantik dikelilingi tasik Beris, malah banyak juga aktiviti menarik yang boleh anda buat sepanjang berada di sini. Antaranya adalah:
- berkelah
- camping
- sewa chalet
- bercamping
- berkayak
- naik rakit
- BBQ
- berkuda
- Memancing,
- Mandi kolam
Nak lagi tenang, jangan lupa menikmati langit waktu malam yang cukup cantik dipenuhi bintang-bintang berkelipan. Spot stargazing buat yang sukakan suasana langit gelap yang hanya ditemani kerdipan bintang-bintang.
Pendek kata tenang ribut jiwa bila bercuti kat sini. bangun pagi boleh tengok kuda-kuda berkeliaran, anak-anak pula boleh ke mini zoo yang ada. Sesuai untuk bercuti seisi keluarga atau bersama teman-teman.
Alamat:Tasik Beris D Puncak Beris Lake Resort, 08210 Sik, Kedah
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI