Penurunan kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah daripada RM8.50 kepada RM7.00 dijangka dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi kawasan berkenaan.
Kadar tol di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Sha untuk kereta persendirian telah diseragamkan dengan Jambatan Pulau Pinang bagi menggalakkan lebih ramai pengguna menggunakan jambatan kedua itu.
Langkah untuk merasionalisasi kadar tol jambatan kedua supaya dapat seimbangkan aliran trafik ketika waktu puncak, hujung minggu dan cuti perayaan. Ini kerana biasanya kalau kadar tol untuk jambatan kedua lebih tinggi daripada jambatan pertama, maka lebih ramai akan cenderung untuk guna jambatan pertama.
Penurunan itu, akan turut membawa manfaat sampingan iaitu membawa pertumbuhan ekonomi di kawasan Batu Maung dan Batu Kawan yang kadar pembangunan di kedua-dua kawasan itu masih rendah.
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sepanjang 24 kilometer, yang mula beroperasi pada 1 Mac, 2014, merupakan antara jambatan terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan kawasan Batu Kawan di bahagian Seberang Prai dengan Batu Maung di bahagian pulau.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Individu Yang Langgar Perintah Kuarantin Boleh Dipenjara!’ – Peguam
Sejak penularan Covid-19, arahan kuarantin sama ada di hospital atau di rumah dikeluarkan kepada individu yang disyaki positif Covid-19 atau individu yang baru pulang daripada negara berisiko.
Ia bagi mengekang penularan penyakit berjangkit itu yang diisytiharkan sebagai pandemik.
Menurut seorang Peguam, Syazlin Mansor sumber Sinar Harian
- Individu yang melanggar perintah kuarantin di rumah berkaitan dengan wabak koronavirus (Covid-19) boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
- Hukuman itu adalah untuk kesalahan kali pertama dan bagi kesalahan kedua, hukuman lebih berat dikenakan kerana boleh berdepan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
- Bagi kesalahan yang dilakukan berterusan, individu yang disabitkan bersalah boleh didenda selanjutnya tidak lebih RM200 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.
- Mengikut undang-undang, perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 boleh diambil di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
- Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit memperuntukkan kuasa kepada mana-mana pegawai diberi kuasa untuk memerintahkan individu diasingkan di rumah.
Sepanjang tempoh diletakkan di bawah pengawasan dan pemerhatian, seseorang individu dikehendaki mematuhi segala perintah yang ditetapkan dan kegagalan mematuhi perintah itu boleh menyebabkan seseorang itu berdepan hukuman.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berhenti Di Semua Stesen Dari Lipis Ke Tumpat, Lelaki Kongsi Keseronokan Kembara Guna Keretapi Shuttle Pantai Timur
Malaysia sememangnya sangat unik. Bukan saja masyarakatnya berbilang kaum tapi banyak makanan enak ada di seluruh negara. Itu belum lagi adat budayanya, flora dan fauna yang memikat hati serta lain-lain khazanah alam yang masih kekal dipelihara hingga kini. Betapa beruntungnya kita di Malaysia nan indah ini.
Jika ramai memilih kembara menggunakan kereta sendiri, menaiki kapal terbang dan lain-lain pengangkutan tapi dari satu perkongsian oleh Mohd Radzi Jamaludin di fbnya mungkin membuka minda kita memilih menggunakan perkhidmatan keretapi untuk melancong. Bukan keretapi laju yang hanya berhenti di beberapa buah stesen tapi menaiki Keretapi Shuttle Pantai Timur yang akan berhenti di semua stesen. Perjalanan ini hanya dari stesen Kuala Lipis ke Tumpat, Kelantan.
Berikut adalah perkongsian darinya.
Saya pernah membawa 2 orang pelancong dari Eropah menaiki Keretapi Shuttle Pantai Timur ini. Perjalanan dipecahkan kepada 5 hari sebab hendak mereka bermalam di beberapa lokasi, nak bagi mereka rasa makanan dan bergaul dengan rakyat tempatan.
Mereka betul betul gembira dengan perjalanan tersebut. Walaupun keretapi terlewat, walaupun tidak mewah, tapi mereka suka sangat. Ada seorang tu bagitahu, "you know Radzi, this trip is an absolute gem, thank you for showing us your country this way."
Cumanya, mereka hairan kenapa produk ini tidak pernah langsung ada di dalam brosur atau bahan promosi pelancongan Malaysia.
Yang sedihnya, jangan kata pelancong luar negeri, ada rakyat kita sendiri pun yang tidak tahu kewujudan Keretapi Shuttle Pantai Timur ini. Apa yang kita tahu hanyalah Ekspress Timuran yang hanya berhenti di beberapa stesyen, sedangkan Keretapi Shuttle ini berhenti di semua pondok dan stesyen. Keretapi ini lebih mendekatkan kita dengan orang tempatan, boleh berborak macam kawan yang dah lama tak berjumpa.
Saya berharap, sesiapa yang bertanggungjawab di Kementerian Pelancongan, Perbadanan Aset Keretapi dan KTMB sendiri silalah ambil maklum. Sayang melihat produk sebegini tidak dimanafaatkan dengan sebaiknya. Dengan banyaknya kekangan untuk melancong di luar negara, inilah masanya untuk turut mempromosikan pelancongan keretapi tempatan. Faedah ekonomi pun banyak. SANGAT BANYAK!!
Semoga dengan perkongsian gambar gambar ini ia dapat membuka hati sahabat sahabat untuk meneroka, menjelajah dan melancong ke Pantai Timur melalui Keretapi Shuttle. Warga emas dan anak anak pun boleh ikut sekali.
Keretapi Shuttle ini bergerak ulang alik di antara Kuala Lipis dan Tumpat. Saya nasihatkan jangan ambil satu trip. Pecahkan kepada dua atau tiga hari. Bermalamlah di kampung atau pekan kecil di sepanjang laluan.
InsyaAllah, bila sudah boleh merentas negeri nanti, Keretapi Keliling Semenanjung adalah di antara perjalanan yang akan saya buat secepat mungkin.Sumber : Fb Mohd Radzi Jamaludin
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kg Turtuk Pedalaman Terpinggir Jadi Rebutan India Dan Pakistan, Majoriti 300 Penduduknya Beragama Islam
Dikatakan sebuah perkampungan di sebuah kawasan pendalaman, iaitu Kampung Turtuk yang terletak di sempadan India dan Pakistan dan penduduknya adalah Muslim Balti.
Rupanya ada cerita menarik mengenai perkampungan ini seperti dikongsi oleh salah seorang sahabat Backpacker Buddies Malaysia, Syu Azis
Ayuh, ikuti perkongsiannya
Turtuk Village (Antara sempadan India & Pakistan)
Turtuk adalah perkampungan utara India yang terakhir yang terletak di lembah Nubra di Ladakh, berhampiran Line-of-Control (LoC). Kampung cantik ini menjadi hakmilik India namun etnik, tradisi memang Pakistan yang punya. Ada ceritanya.
Suatu ketika dahulu, Turtuk adalah sebahagian dari Pakistan yang menguasainya pada tahun 1947. Sebilangan orang di kampung ini mempunyai saudara-mara mereka di Pakistan, jauh dari akar umbi mereka.
Tapi, India kembali menakluk perkampungan Turtuk setelah menang dalam perang Indo, pada tahun 1971. Kampung ini terletak seberang sahaja dengan Gilgit Baltistan yang menjadi hak milik Pakistan namun masih direbut oleh India sehingga ke hari ini.
Siapa sangka? Disebalik sungai tenang, Sungai Shyok dan pergunungan Karokaram, ada lebih 4000 penduduk di dalam kampung itu. Tak ramai yang tahu kerana kawasan ini tertutup sehinggalah pada tahun 2010.
Selepas 2010, baharulah kerajaan India buka bagi pelancong luar melihat dan merasai keunikkan kampung dan penduduknya yang lari dari kebiasaan penduduk Ladakh.
Kenapa?
Penduduk Ladakh memiliki pengaruh kuat agama Buddha dan pengaruh Tibet, namun Kampung Turtuk memiliki budaya Islam Balti. Ada kira kira 300 buah keluarga menetap di sana yang hanya sejauh 10 km daripada Kampung Thang (penganut agama Buddha).
Apa itu etnik Islam Balti?
Orang-orang Balti atau orang-orang Baltis adalah kumpulan etnik keturunan Tibet dan Indo Aryan yang berasal dari wilayah Gilgit Baltistan yang ditadbir oleh Pakistan. Sama rupa macam orang di Ladakh.
Cuma beza negara dan fahaman agama. Orang etnik Balti kebanyakannya tinggal di wilayah Skardu di Baltistan yang merupakan wilayah Pakistan dengan majoriti etnik beragama Islam.
Tapi ada hal yang menarik hati saya kerana desa ini berada pada ketinggian 2900 meter dari aras laut. Makna kata, Turtuk berada pada ketinggian yang lebih rendah dibandingkan dengan daerah lain di Ladakh. Even Lahaul pun lebih kurang 4800 meter dari aras laut.
Kawasan berbatu batu buatkan mereka ini kreatif. Bina gudang makanan diperbuat sepenuhnya dengan batu bagi menyimpan makanan. Makanan bagi musim sejuk perlu disimpan rapi kerana cuaca sangat ekstrem. Salah simpan, rosak semuanya.
Seperti kawasan lain yang sama dengan Turtuk (Ladakh, Lahaul, Spiti), musim panas adalah musim bagi agriculture. Turtuk sangat famous dengan tanaman barli yang penduduk Lahaul gelarkan, “geyhu”. Selain dari geyhu, tanaman utama adalah walnut dan aprikot menjadi sumber eksport utama Turtuk ke wilayah lain di India.
Saya pasti akan ke sini suatu hari nanti. Tak jauh sangat dengan Lahaul. Beza jauh hanya 548 km dari rumah mentua saya. Menariknya! Saya memang suka terjah tempat yang rare dan asing. Semoga tercapai niat di hati ini.
InsyaAllah.
Syu Azis
Disclaimer : Menulis tentang Kampung Turtuk. Tempat cantik, info kampung yang berkait rapat, informasi. Tiada conflict of interest coz both country saya respect. Kena tulis disclaimer sebab follower saya ada dari India, ada dari Pakistan, Afghanistan, ada dari Kashmir, ada muslim, ada pelbagai jenis agama dan you all suka translate dan buat andaian saya ni pro India, pro sana pro sini.
Walhal, sis ni residing di India mestilah ku tulis hal negara India. Takkan nak ku tulis negara Africa pula ya tak? Bakinya, sis respect semuanya. Ngerti?
Susah nak menulis tentang India, isu semasa yang berkait rapat dan kita ini pula Muslim dari Malaysia. Akan ada isu berbangkit but tenang is good, dear my followers and friends. Hah panjang engkau disclaimer kali ni
Credit to : Muhammad Fahim : pakistaninfo.com
Picture credit to : Timesofindia, Ariel Sophia Bardi, google images
Artikel Berkaitan:
“Frost flowers” Tarikan Indah Muncul Di Permukaan Tasik Suhu Musim Sejuk Ekstrem Di Hokkaido
Rasai Pengalaman Unik Makan Di Dasar Laut, Tarikan Terbaru Sea Life Legoland Malaysia
Boleh Gelongsor Terus Sampai Sungai, Tarikan Best Camping Di Sojuk Riverside Batang Kali Selangor
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI