JPJ Akan Bantu PDRM & ATM Di Sekatan Jalan Raya. Korang Jangan Cari Pasal Ya..

Share

Boleh dikatakan ini gabungan yang mantap, lebih-lebih lagi untuk memburu pesalah degil ketika Perintah Kawalan Pergerakan.

Bukan setakat ingin tahu tujuan anda keluar dari rumah dan berada di atas jalan raya, silap hari bulan kereta dengan ‘cermin gelap terlebih had’ anda itu turut dikenakan saman.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di semua sekatan jalan raya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Foto: Sinar Harian

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Shaharuddin Khalid, JPJ akan berhubung dengan pihak PDRM bagi tujuan penyelarasan tugasan dan pengaturan anggota supaya operasi yang dirancang mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

JPJ sentiasa komited dalam memberikan khidmat bakti kepada masyarakat khususnya dalam situasi pandemik COVID-19 ini.

Sumber: Astroawani

Oleh
Husna