Malaysia sememangnya kaya dengan tempat-tempat menarik untuk diteroka. Banyak pulau-pulau yang sangat indah hingga diiktiraf sebagai 10 pulau tercantik di dunia. Bukan saja pulau, tapi banyak lagi tempat untuk diteroka.
Bagi yang sukakan cabaran meneroka gunung, bolehlah mencuba meneroka Gua Pasir Dagag di Langkawi. Kaya dengan formasi stalagmite yang pelik, bagi individu yang sukakan cabaran, bolehlah ke sini.
Gua ini terletak di kawasan perairan selatan pulau utama Langkawi. Anda perlu menaiki bot (lebih baik dari Jeti Teluk Baru Awana di Pantai Tengah) dan sampai ke Pantai Pasir Dagang yg terletak di Pulau Dayang Bunting.
Gua sepanjang 100 meter ini akan membuat anda terpukau dengan formasi stalagmit yang pelik. Gua ini mempunyai dinding batu kapur yang besar dan aliran air mengalir melaluinya.
Untuk memasuki gua, anda perlu melalui air separas pinggang sekiranya air laut pasang.
Rasa udara yang nyaman didalam gua disebabkan oleh angin sejuk yang terus menerus mengalir melalui terowong.
p/s: Dinasihatkan untuk menggunakan jurupandu yang berpengalaman dan menjaga semua Formasi yang terdapat di dalam gua.
Trip 2 hari 1 malam sukses dengan jayanya dimana semua peserta bermalam di Pulau Singa Besar yang mempunyai kemudahan air tawar dan tapak perkemahan. Sesuai juga untuk menggantung hammock dan aktiviti hiking ke waterfall yang tidak jauh dari tapak perkemahan.
Kredit : Azim Lgk via Jom Ronda Malaysia