Putrajaya adalah tuan rumah bagi acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2019 ini. Tema Hari Kebangsaan tahun ini adalah Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih. Orang ramai dijemput untuk menghadirkan diri dan memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini.
Sebanyak 4,000 tempat duduk bertingkat atau kemudahan ‘Human Terrace’ disediakan Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk orang awam yang hadir bagi menyaksikan acara perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019 pada 31 Ogos ini. Ini adalah kemudahan baharu yang kita sediakan pada tahun ini untuk para pengunjung selain ruang tontonan lain yang disediakan sepanjang laluan perbarisan dan persembahan pada sambutan hari bersejarah itu.
Bagi menyemarakkan semangat sambutan bulan kemerdekaan, PPj mengedarkan sebanyak 11,750 bendera kepada semua Majlis Perwakilan Penduduk di Putrajaya untuk dipasang di semua kawasan perumahan.
Sumber: Bernama