Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Kementerian Wilayah Persekutuan serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menganjurkan Program Ambang 2020 @ Kuala Lumpur pada 31 Disember ini.
Program Ambang 2020 @ Kuala Lumpur ini dijadualkan bermula pada jam 10 pagi hingga 12.30 tengah malam di Dataran Merdeka. Program ini akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
'Pertunjukan Cahaya di Langit' akan menjadi pertunjukan istimewa, kemuncak untuk Kempen Melawat Malaysia 2020 dalam tempoh 10 minit dengan 11 formasi istimewa menggambarkan keunikan dan keistimewaan Malaysia di ambang 2020 kelak.
Program Ambang 2020 @ Kuala Lumpur merupakan acara khusus sambutan besar-besaran menjelang 2020 dengan gabungan beberapa komponen acara dimulai dengan perasmian Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2019 dan Majlis Pelancaran Video Kempen Nilai-Nilai Murni oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi, diikuti persembahan 'Extravaganza Malaysia Time Capsule' oleh Istana Budaya.
Konsert tersebut akan disertai oleh Datuk Jefrydin (Pop Yeh Yeh), Elvira Mentor (Oldies), Asmidar (Irama Malaysia), Siti Nordiana (Pop Balada) dan Han Byul (Korea).
Persembahan aksi rasa kilas (flashmob) akan diadakan di Avenue K, Jalan Ampang, dan di perkarangan Pavilion, Bukit Bintang pada 27 dan 28 Dis ini bagi memeriahkan lagi promosi program tersebut.
Sementara program awalan khalayak pada 31 Disember ini dengan program interaktif seperti pameran, demonstrasi, permainan kembara budaya (cultural hunt), interaktif masakan warisan dan persembahan sisipan kesenian dan kebudayaan dengan penglibatan pengunjung tempatan serta luar akan diadakan mulai 10 pagi.
Ia merupakan inisiatif kerajaan dalam memupuk perpaduan dan persefahaman masyarakat pelbagai kaum, menyemarakkan pelancongan negara serta mengetengahkan tradisi menyambut perayaan seperti Krismas.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI