Alang-alang datang Perak, boleh lah singgah di Sarang Art Hub untuk melihat keunikan hasil seni yang ada di sini.
Nikmati Hasil Seni di Sarang Art Hub
Terletak di Tanjung Malim, Pusat Seni atau Sarang Art Hub ini diusahakan oleh pengarah terkenal, Allahyarham Mamat Khalid.
Mendapat kerjasama dari Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, rumah rehat ini terus berubah namun ciri binaan lama serta struktur bangunan masih dikekalkan.
Ads
Mempunyai Galeri Seni
Selain berfungsi sebagai hub seni, Sarang Art Hub ini mendapat sentuhan Allahyarham dengan hiasan yang menarik serta mempunyai galeri seni, kafe, dan bengkel seni.
Ads
Menarik, bukan? Nak ootd pun selesa dengan dekorasi vintage seperti yang ada di dalam gambar.
Ads
Jadi kalau datang Perak, jangan lepaskan peluang untuk melawati pelbagai tempat menarik di Perak. Moh Le Kite!
Lokasi: Jalan Rumah Rehat, Taman Bandar, 35900 Tanjong Malim, Perak
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Thailand, jiran berdekatan negara kita mempunyai cuaca dan suhu yang tidak banyak bezanya daripada Malaysia. Disebabkan itu rakyat Malaysia tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di Thailand jika berkunjung atau melancong ke negara tersebut.
Namun ada sedikit perubahan jika anda bercadang melancong ke Thailand pada bulan Disember dan Januari tahun hadapan. Anda perlu membawa beberapa pakaian sejuk kerana negara Thailand dijangka akan mengalami cuaca sejuk daripada biasa. Suhu diramal menurun antara 14 sehingga 16 darjah Celsius pada bulan Disember dan Januari di daerah utara dan timur laut Thailand.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Meteorologi Thailand berkata musim sejuk di negara mereka dijangka bermula pada pertengahan Oktober dan berakhir pertengahan Februari tahun depan.
Suhu minimum di sekitar utara Thailand dijangka antara 20 hingga 21 darjah Celsius dan lebih sejuk berbanding tahun lepas.
Suhu minimum yang melampau adalah di antara 7 hingga 8 darjah Celsius yang berada di sekitar bahagian utara dan timur laut manakala di Bangkok, suhu boleh mencecah sehingga 15 dan 17 darjah Celsius.
Cuaca yang lebih sejuk dijangka bermula pada separuh kedua bulan Disember hingga akhir Januari.
Bagi kawasan pergunungan dan puncaknya, cuaca akan menjadi terlalu sejuk sehingga membentuk fros.
Di selatan Thailand, cuaca sejuk boleh berlaku di beberapa kawasan pada hari-hari tertentu, kebanyakannya di bahagian bahagian utara.
Lebih banyak hujan dijangka di pantai timur dari wilayah Chumphon terutamanya pada bulan November dan Disember.
Muzium Brooke menambah satu lagi artifak bersejarah iaitu sebatang dayung kayu hiasan sepanjang 1.5 meter berusia 120 tahun.
Dayung tersebut dipamerkan di Galeri Brooke (The Brooke Gallery), Fort Margherita, sebuah kubu tentera yang dibina pada zaman pemerintahan Charles Brooke, Rajah Sarawak pada abad ke-19. Dayung isitmewa itu adalah hadiah kepada Rajah Muda Anthony Brooke, berkemungkinan daripada pemimpin suku tempatan semasa lawatannya ke hulu di sepanjang Sungai Sarawak.
Pengenalan artifak ini adalah bersempena dengan ulang tahun ke-140 tahun Fort Margherita yang merupakan mercu tanda ikonik di bandar Kuching, dan pembukaan semula Galeri Brooke setelah ditutup hampir empat bulan kerana Perintah Kawalan Pergerakan.
Kubu bersejarah ini yang diubah menjadi muzium, dibuka kepada orang ramai pada 2016 dan menjadi satu daripada tarikan pelancongan di negeri Sarawak. Beberapa aktiviti menarik menanti pelancong bersempena dengan pembukaan semula muzium itu, dengan banyak artifak dan imej sejarah Sarawak khususnya semasa zaman Brooke, dipamerkan.
Anda pasti terpesona dengan bangunan warisan bersejarah yang masih kukuh dipulihara dengan baik. Binaan di Kubu Margherita ini dibina pada 1879 dan kini dikenali sebagai The Brooke Gallery yang menempatkan banyak dokumen dan artifak bersejarah negeri Sarawak. Di sini terdapat sebuah bilik yang menempatkan tengkorak musuh yang telah dipenggal pada suatu ketika dahulu.
Ramai yang mengambil peluang ketika ini untuk bersantai dan berkelah bersama keluar di banyak lokasi tumpuan ramai setelah dibenarkan berbuat demikian.
Keseronokkan jelas terpancar di wajah orang ramai, mana tidaknya sudah hampir tiga bulan tidak dibenarkan untuk melakukan aktiviti sedemikian. Namun begitu, anda dinasihatkan untuk bercuti didestinasi yang dibenarkan dan tidak meragut keselamatan nyawa anda.
Jika anda bercadang ke kawasan air terjun di Kuala Berang, Terengganu ini ada arahan khas daripada pihak berkuasa! Orang ramai diingatkan jangan berkelah atau bermandi-manda di kawasan Air Terjun Belukar Bukit kerana lokasi berkenaan memang tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti riadah.
Kawasan rekreasi berkenaan sebenarnya sudah hampir dua tahun ditutup kepada orang awam, bagaimanapun pihaknya menerima aduan ada pengunjung yang masih ‘mencuri’ masuk ke kawasan tersebut. Kedegilan orang ramai mematuhi arahan penutupan ini terutamanya orang luar dari negeri atau kawasan ini menjadi punca berlaku kejadian malang sehingga mengorbankan nyawa.
Lokasi Air Terjun Belukar Bukit memang tidak dibenarkan dikunjungi orang ramai dan sebelum ini pihak berkuasa sudah mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga, antaranya memasang kain rentang dan papan tanda di sekitar kawasan. Air terjun di sini dikatakan sangat berbahaya kerana air sungainya kelihatan seperti sangat cetek tetapi sebenarnya di bawah itu ada pusaran air. Lebih-lebih lagi ketika cuaca hujan.
Untuk rekod, kawasan air terjun ini sudah catat empat tragedi yang meragut lima nyawa untuk tahun 2019 sahaja. Malah untuk tahun ini sudah dua tragedi berlaku iaitu pada 16 Mac 2020 dan terbaharu kegembiraan 18 sekeluarga bermandi-manda di tempat perkelahan Air Terjun Belukar Bukit meragut nyawa seorang remaja lelaki berusia 14 tahun pada 18 Jun 2020.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...