Negeri Kelantan menjadikan tema berunsurkan dialek negeri ‘Jom Maghi Dderak Di Kelate’ sebagai tarikan baharu kepada pelancong domestik untuk berkunjung ke negeri tersebut.
Tema itu juga melambangkan budaya dan bahasa dialek Kelantan yang menunjukkan kata-kata bagi mengalu-alukan kedatangan pelancong. Dialek Kelantan digunakan memandangkan perkataan 'deghak' telah sinonim dalam masyarakat negeri ini yang membawa erti 'pergi berjalan'. Menerusi penggunaan tema ini, ia menjadi lambang perpaduan kaum yang sudah sinonim dengan negeri ini selain untuk mempopularkan Kelantan di hati pelancong agar sentiasa rindu untuk datang lagi ke negeri itu.
Sebanyak 17 destinasi pelancongan di sekitar Kelantan bakal dibanjiri pengunjung dalam usaha mempergiatkan industri pelancongan domestik. Destinasi pelancongan di Kota Bharu, Tumpat dan Bachok itu akan didedahkan pelbagai aktiviti antaranya menyepat daun rokok daripada pucuk nipah, melukis batik dan menyaksikan aksi beruk memetik kelapa.
Semua lokasi dan aktiviti itu disediakan dalam pakej 'Sightseeing Tour' anjuran Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan dengan kerjasama Tourism Malaysia Wilayah Timur, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), syarikat penerbangan Firefly dan Jasa Teratai Holiday serta Asia Travel & Tours. Antara destinasi disenaraikan dan disifatkan mampu menjadi tarikan pengunjung terutama luar Kelantan ialah:
image via google | Sumber: Bernama