Semua kenderaan Kelas Satu yang menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) diberikan diskaun 10 peratus ke atas bayaran tol sempena perayaan hari Krismas 25 Disember 2019 ini, bermula pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam Rabu.
Diskaun 10 peratus itu adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat syarikat, bagi menghargai pengguna dan memudahkan urusan balik kampung pengguna JSAHMS.
Untuk sebarang maklumat berkaitan, pengguna boleh melayari laman sesawang JSAHMS di www.jambatankedua.com.my atau media sosial Twitter @jsahmsofficial dan Facebook www.facebook.com/jsahmsofficial bagi mendapatkan informasi terkini sepanjang sambutan Krismas ini
Selamat menyambut perayaan Hari Krismas, kepada semua penganut agama Kristian, dan pastikan kenderaan di pandu dengan berhemah serta berhati-hati, di jalan raya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Panduan Mudah Uruskan Kucing Yang Tinggal Di Rumah Semasa Anda Keluar Bercuti
Siapa yang ada bela haiwan kesayangan macam kucing di rumah mesti, risaukan nak keluar bercuti lama-lama? Risau takut nanti kucing tu nak makan apa, kucing tu boring ke tak, selamat ke kucing tu dan macam-macam lagi.
Kalau anda nak tahu, itu semua adalah separation anxiety dissorder (SAD) – anda tak boleh nak berpisah dengan sesuatu yang anda sayang dan dalam konteks cerita ini, haiwan kesayangan. Kalau berpisah, lagi-lagi untuk jarak waktu yang lama, anda akan mula resah, gelisah.
Bila dah resah, gelisah dan bermacam-macam lagi hal yang timbul dalam kepala otak tu, macam mana nak enjoy percutian kan? Anda bercuti nak enjoy, bukan nak fikir masalah dekat rumah. Tinggalkan semua benda dekat rumah, fokus dengan trip anda dan have fun.
Jadi, Libur nak share kepada pembaca especially yang bela haiwan kesayangan di rumah seperti kucing, macam mana nak tinggalkan haiwan kesayangan anda dengan selamat dan anda boleh menikmati saat-saat indah matahari terbenam di ufuk pantai dengan tenang.
Tinggalkan haiwan kesayangan anda kepada pet hotel
Hubungi mana-mana pet hotel yang available untuk jaga haiwan kesayangan anda sepanjang masa ketiadaan anda di rumah. Pet hotel ni profesional dalam hal-hal menjaga haiwan kesayangan ni. Makan minum dia terjaga, mandi dia ada orang uruskan dan anda pun tak pening kepala nak memikirkan pasal haiwan kesayangan anda tu. Dalam pet hotel ada ruang tempat untuk haiwan anda bermain dan sebagainya. Tapi kekurangan bila anda hantar haiwan kesayangan ke pet hotel adalah kosnya. Siap sediakan wang secukupnya untuk bayar bil pet hotel bila anda dah balik daripada bercuti nanti.
Tinggalkan haiwan kesayangan anda pada keluarga atau kawan-kawan
Anda juga boleh tinggalkan haiwan kesayangan anda tu pada family members atau kawan-kawan anda untuk sementara sehingga anda balik daripada bercuti. Tinggalkan pada family members atau kawan-kawan ni mudah tapi mereka ni bukan profesional dalam bab-bab menjaga haiwan ni dan of course mereka pun ada hal lain yang perlu diuruskan seharian. So mungkin haiwan kesayangan anda tidak mendapat perhatian sepenuhnya compared to pet hotel. Kelebihannya, anda tak adalah perlu keluarkan belanja yang besar, cukup bawa bekal makanan haiwan kesayangan anda itu dari rumah dan tinggalkan di rumah family members atau kawan-kawan anda tadi.
Kalau nak tinggal dekat rumah juga, pakai food dispenser
Itu antara dua pilihan yang ada tapi Libur terfikir satu cara lagi kalau anda tak nak tinggalkan haiwan kesayangan anda di pet hotel atau di rumah family members atau kawan-kawan. Ideanya adalah pakai food dispenser dan set kan timing makan haiwan kesayangan anda siap-siap mengikut kesesuaian.
Jadi bila tiba waktu makan, haiwan kesayangan anda boleh makan tepat pada waktunya. Cuma.. Standby bekas najis siap-siap untuk haiwan kesayangan anda membuang. Ada banyak petua daripada geng-geng pencinta kucing tapi yang terbaik kalau kita dapat train haiwan kesayangan kita cara-cara untuk membuang najis supaya taklah bersepah-sepah bila kita balik nanti. Haha.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tren Shuttle Khas Padang Besar Ke Hatyai Kembali Beroperasi 15 Julai. Jom Jalan-jalan Hatyai!
Setelah dua tahun tidak beroperasi kerana penutupan sempadan akibat pandemik, Perkhidmatan Tren Shuttle Khas SRT (Thailand) kembali memasuki stesen Padang Besar pada 15 Julai ini dan beroperasi bagi laluan Padang Besar-Hatyai.
Kalau sebelum ini ada yang ke sana menggunakan perkhidmatan van atau kereta yang di tempah, kali ini korang boleh gunakan perkhidmatan tren shuttle ini hanya dengan harga 50 Baht sahaja untuk perjalanan sehala.
Untuk kemudahan pengguna, KTMB melalui akaun instagramnya turut berkongsi jadual tren untuk rujukan. Yang nak bercuti ke Thailand dan yang rindu nak jalan-jalan cari makan kat sana dah boleh pack baju dan tempah tiket keretapi di laman web KTMB.
Berikut jadual tren untuk rujukan anda. Nak masuk Siam sekarang dah senang. Yang dah rindu pulut mangga kat sana, moh le ramai-ramai ke sana.
Bagi yang berada di Lembah Klang, kalau tak nak drive dan mahukan perjalanan yang lebih menyenangkan? Gunakan sahaja perkhidmatan (Kelas Bisnes) dan mulai perjalanan yang selesa dari KL Sentral, Penang, Ipoh dan bandar-bandar lain hingga ke Hatyai.
Sumber: Instagram ktmbofficial
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jom Tengok Burung Pemangsa Berhijrah Di Port Dickson. Setahun Sekali Je Burung Ini Lalu
Persatuan Pencinta Alam Malaysia akan menganjurkan program Raptor Watch kali ke-21 di Tanjung Tuan, Alor Gajah dekat sini, selama dua hari bermula 14 Mac dan 15 Mac 2020 ini.
Penganjuran program itu bagi meraikan penghijrahan burung pemangsa melintasi Selat Melaka dari Indonesia ke Tanjung Tuan sejauh 38 kilometer untuk pulang ke tempat pembiakan mereka di Hemisfera Utara.
Setiap tahun, puluhan ribu burung pemangsa atau ‘raptor’ merentasi Selat Melaka untuk pulang ke Hemisfera Utara sejauh lebih 10,000 km seperti Jepun, Korea, Siberia dan India serta pergerakannya dibantu angin dari arah barat atau barat daya.
Burung pemangsa mempunyai badan yang berat, mereka meluncur di udara sekali gus menjimatkan tenaga melintasi Selat Melaka dan ia hanya berlaku sekali dalam setahun dengan kemuncaknya melintasi Selat Melaka pada Mac.
Program yang akan diadakan di Rumah Api Tanjung Tuan dan PNB Ilham Resort serta di sekitar Hutan Simpan Tanjung Tuan itu bukan sahaja untuk pendidikan dan penghayatan dalam kalangan pelajar, tetapi juga untuk kepentingan sektor pelancongan.
Orang ramai dijemput hadir dengan mengambil peluang keemasan ini untuk melihat sendiri pemandangan yang amat mempesonakan dan bersama-sama merasakan kemeriahan program ini.
Raptor ialah burung jenis maging bercirikan pemburu dan pemangsa seperti sayap ringan, mata tajam, paruh bercangkuk, kuku besar dan tajam. Pada musim sejuk di Hemisfera Utara, ketika sumber makanan dalam kawasan pembiakan menurun, ia akan berhijrah ke selatan yang panas kerana makanan lebih mudah didapati.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI