Ada berita baik buat anda yang bakal bercuti atau akan menginap di hotel sekitar Pulau Pinang sehingga 30 Jun tahun 2021.
Kerajaan Pulau Pinang telah melanjutkan lagi tempoh untuk mengetepikan caj hotel selama enam bulan lagi. Lanjutan itu dibuat berikutan pengumuman Fi Hotel sebelum ini yang berkuat kuasa 1 Julai hingga 31 Dis 2020 sahaja.
Fi Hotel (dahulunya dikenali sebagai Fi Kerajaan Tempatan) dikenakan ke atas hotel empat dan lima bintang pada kadar RM3 sebilik untuk satu malam, manakala bagi hotel tiga bintang ke bawah termasuk asrama (dormitory), hotel bajet, hostel dan rumah tumpangan pula adalah sebanyak RM2 sebilik untuk satu malam.
- Selain pengecualian caj pelancongan di peringkat Persekutuan, sokongan ini akan dapat memacu minat ke arah mengaktifkan semula pelancongan dan menyokong usaha pemulihan pelancongan untuk bulan-bulan mendatang.
- Pengecualian enam bulan itu adalah sebahagian daripada pelan pemulihan pelancongan untuk secara berterusan menarik kedatangan pelancong domestik sepanjang bulan akan datang sehingga tahun hadapan. Pelan pemulihan itu turut disertakan dengan pelbagai usaha promosi dan program insentif pelancongan, yang akan diperkenalkan secara berperingkat.
- Ini adalah salah satu usaha kerajaan negeri untuk menyokong proses pemulihan industri pelancongan seiring dengan usaha yang dibuat untuk mengekalkan pelbagai sektor dan kumpulan yang terkesan dalam industri.
Keputusan itu diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang pada 11 November 2020 lepas. Semua pihak diharap dapat menyokong penggiat industri untuk menghadapi cabaran norma baharu dalam usaha mereka membangunkan semula sektor pelancongan Pulau Pinang.
image via google | Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
14 Hari Bermusafir Bersama 16 Ahli Keluarga, Trip DIY Ke Mekah & Eropah Terlaksana. Wanita Ini Kongsi Tip & Kos!
Memang seronok kalau dapat bercuti bersama ahli keluarga yang ramai. Apa lagi pergi ke banyak tempat termasuklah kota suci Mekah untuk menunaikan ibadat Umrah.
Tak dinafikan bukan mudah nak merancang perjalanan yang melibatkan ramai orang namun itu bukan halangan buat keluarga Siti Hanis Khairul’Zaman yang kesemuanya 16 orang termasuk ibu dan ayah yang sudah berusia dan juga seorang bayi berumur satu tahun.
Merancang itinerari yang tidak terlalu padat kerana ada ibu dan ayah serta anak-anak yang masih kecil, mereka mula membuat tempahan seawal bulan Julai tahun lalu.
Memilih transit selama satu malam di Lapangan Terbang Jeddah untuk keluar ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan Ibadat Umrah, syukur semua yang dirancang dipermudahkan.
Pernah menunaikan umrah dan juga pernah berkelana ke beberapa negara Eropah sebelum ini memberi sedikit kelebihan untuk keluarga ini memastikan apa yang dirancang mengikut apa yang dijadualkan.
Siti Hanis berkongsi banyak tip dan maklumat termasuk kos yang diperlukan untuk percutian mereka selama dua minggu itu.
Bagi yang ada perancangan untuk membuat trip DIY seperti keluarga ini, jom Ikuti perkongsian daripada Siti Hanis.
Trip DIY Keluarga Ke Mekah & Eropah
Makkah & Europe Trip
2 weeks journey, Feb & March 2023
ROUTE
KL – Jeddah – Makkah – Amsterdam – Brussels – Cologne – Munich – Basel- Interlaken- Lauterbrunnen- Luzern- Zurich- Amsterdam – Jeddah – KL
POI
- Umrah
- Giethoorn
- Zaandam
- Zaanse Schans
- Amsterdam Central
- Brouwersgracht Canal
- Primark Zaandam
- Grand Place
- Manneken Pis
- Maison Dandoy Belgian Waffle
- Mont des Arts
- Brussels Old Town
- Cologne Cathedral
- Alter Markt
- Hohenzollern Bridge
- Cologne Mosque
- Marienplatz
- Odeonsplatz
- Viktualienmarkt
- Hofgarten
- Englischer Garten
- Lauterbrunnen valley
- Wengen village
- Murren village
- Grindelwald village
- Zermatt village
- Gornergrat & Matterhorn
- Blausee, Kandersteg
- Brienz Lake, Iseltwald
- Titlis, Engelberg
- Chapel Bridge, Luzern
- Old city of Zurich
COST
Flight Tickets
Saudia Airlines
Return flight : KL – Jeddah – Amsterdam
*booked via Skyscanner
Transit semalam di Jeddah semasa flight pergi, keluar ke Makkah for umrah
RM12749 for 5 pax
*2 adults & 3 kids (16, 15 & 9yo)
Accommodation
– Pullman Zam Zam Makkah
– Jungfrau Residence Interlaken
– Meininger Amsterdam City Center
– Meininger Brussels
*booked via Agoda
RM4346 for 5 pax
Swiss Travel Pass (4 days STP)
RM1812 for 2 adults & free for kids below
16yo
*booked via Klook website during
30% off promo on Dec 2022
Saudi Tourist Visa
RM3076 for 5 pax (payment made via
Wise Card)
Flixbus & DB Night Train (land border
crossing)
*booked a month before fly
RM2215 for 5 pax
Swiss Mountain Excursions& Local
transport (for )
RM4413 for 5 pax
Airport Transfer to (Coaster)
*booked a month before fly
RM305 for 5 pax
Grand Total for 5 pax = RM28917
TOTAL per pax (exclude shopping)
RM5783
RANDOM TIPS & NOTES :
Family trip kami kali ini, diy ke Makkah & Europe, terdiri daripada 4 keluarga, 16 pax all together
Paling muda berumur satu tahun & yang paling berusia berumur 60++ tahun (mak & ayah)
Itinerary tak terlalu pack dan tak juga terlalu santai. Mak dan ayah dah biasa brisk walk setiap hari so tiada masalah berjalan kaki semasa travel
Kami book flight ticket dari July 2022 semasa promo Saudia, kos flight 2.3k – 2.5k untuk return ticket per pax.
Kami pilih lay over semalam di Jeddah airport untuk keluar sekejap ke Makkah buat umrah sebelum meneruskan perjalanan ke Schiphol Airport, Asmterdam
Booking untuk semua accomodation dibuat seawal October 2022 lagi, free cancellation via Agoda kecuali Pullman Zam Zam Makkah je,
Untuk Pullman, kami terus buat payment semasa tempahan untuk secure booking
Travel kali ni, kami ambil package roaming Digi, data 30GB for 30 days (RM95)
Perlu beli sim card Digi dulu RM10 coz kami bukan pengguna telco Digi. Package roaming Digi 30GB sangat berbaloi coz dah cover middle east country & europe!
Selepas selesai 2 weeks travel, masih ada baki lagi 15GB, so boleh guna utk iPad anak2
Ada juga family member yang lain guna sim card Hello1010.my, beli di KL sebelum fly, usable in 72 Europe countries, 25GB data
Travel insurance, kami masih setia dgn Etiqa 360 dari dulu
Saudi Tourist Visa ~ kami apply visa 2 weeks before travel & buat bayaran menggunakan Wise & Bigpay card
Conversion rate sangat berbaloi! Visa siap within 5 minit, sent via email.
Nusuk ~ kami apply slot umrah melalui Nusuk apps selepas dah ada visa
Majority kami pernah mengerjakan umrah & haji dan ini bukan perjalanan pertama umrah diy, jadi umrah semasa penerbangan transit ini tak terlalu sukar kerana masing2 sudah familiar dgn kawasan Al Haram
Walaubagaimanapun kami tetap meluangkan masa ke kursus umrah percuma anjuran TH Travel di Surau Tabung Haji sebelum fly ke Jeddah
Airport transfer, Jeddah – Makkah – Jeddah kami book dengan saudara Fayyez Alharbi (boleh berbahasa melayu) via whatsapp +966598730858
Driver punctual & mesra, kos pun sangat berpatutan, SAR800 sahaja untuk kami 16 pax
Kalau travel berdua sahaja, kami prefer perkhidmatan e-hailing (bolt, uber or careem) utk airport transfer or travel by Haramain High Speed Railway
Kami menggunakan FlixBus & DB Night Train untuk perjalanan land border crossing, sangat berbaloi!
Booked sebulan sebelum fly & download siap2 FlixBus dan DB Train apps
Public transpot di Amsterdam, Brussels, Cologne & Munich sangat efficient.
Guna google maps je untuk panduan perjalanan & info berkaitan platform
Souvenir ~ fridge magnet & keychains lebih murah di Brussels & Amsterdam berbanding Cologne & Munich
Souvenir di Switzerland of course yang terpaling mahal
Kami bawa bekalan makanan, masakan sendiri yang telah diretort kan seperti kari ayam, rendang, masak lemak cili api, kam heong udang, sambal, pes carbonara, kuah kacang, nasi goreng, nasi putih dll.. ready to eat sepanjang travel & sgt berbaloi
Kami dapatkan perkhidmatan retort makanan dengan Ummu Habibah di Puncak Alam, highly recommended!
Muslim restaurant & halal food di Amsterdam, Brussels, Cologne & Munich kebanyakannya makanan Turki & Mediterranean Foods. Antara yang kami singgah untuk lunch
– Cappadocia Kebab, Brussels
– Halal Fried Chicken, Amsterdam
– Istanbul Restaurant, Cologne
– Garam Masala Restaurant, Munich
Muslim restaurant or halal food di Switzerlandjuga sangat banyak (boleh search di Zabiha apps), tapi agak mahal, eg : donor kebab di Lauterbrunnen, 13 swiss franc (RM60)
1 set meal di Zurich Fried Chicken around 15 ke 20 swiss franc
So kalau nak jimat di, better bawa bekal makanan, shopping groceries di Migros or Coop & masak sendiri
Antara restaurant yang kami singgah untuk lunch di
– Donor Kebab, Lauterbrunnen
– Donor Kebab, Zermatt
– Zurich Fried Chicken, Zurich
– Restaurant di puncak Titlis, Engelberg
Dari Munich sebelum ke Basel, kami beli siap2 groceries especially telur
Telur 6 biji di Munich baru 2 euro vs 6.50 swiss franc di Interlaken
Harga semua kayangan bila masuk Switzerland!
Chocolate Lindtyg packaging 1kg tu kami beli di Migros dengan harga 21 swiss franc je, jimat banyak compared to Coop, chf34.50!
Migros di Interlaken West selalu buat promo, kena rajin survey
Public transport disangat2 efficient, menghubungkan kawasan perkampungan dan bandar, menelusuri pergunungan alps & merentasi beberapa negara
Sebab itu kunjungan ke Swiss kali ni kami pilih untuk menggunakan public transport sepenuhnya
Untuk penjimatan yg sangat berbaloi bagi yang pilih mode public transport di Swiss& discount utk certain mountain excursions, boleh beli Swiss Travel Pass or Swiss Half Fare Pass
Kami download SBB Mobile apps utk memudahkan perancangan perjalanan di Switz
Semua jadual utk train, bus, cable car & masa perjalanan boleh diakses via apps termasuk info details seperti harga or maklumat platform
Video & gambar kami shoot n snap guna iPhone & go pro je
Pemandangan sebenar especially di Switzerland lagi cantik berbanding gambar, semua tempat dini view nya Subhanallah, superb!! kena datang & nikmati sendiri face to face
Switzerland merupakan antara negara termahal di europe selain daripada negara2 Scandinavian, kos travel keboleh jimat banyak if bawa bekalan makanan or masak sendiri
Tak perlu beli minuman pun dicoz tap water di sini sangat bersih, Switzerland is recognized as a country with the best quality of tap water in the world!
Ada beberapa Premium Panoramic Train yang view pemandangannya sangat cantik sepanjang perjalanan di Switzerland, antaranya :
The Golden Pass Line
Bernina Express
Glacier Express
Gotthard Panorama Express
Memandangkan kami dah pernah enjoy Bernina Express, 4 hours journey from Chur to Tirano sebelum ni, jadi trip kali ni kami skip Panoramic Train ride
Btw, pemandangan sepanjang train ride ke Tasch & Zermatt pun sangat cantik! train ride naik ke Wengen Village pun superb view nya, dah macam ala2 view Panoramic Train
Pakaian ~ kami bawa heattech inner, fleece jacket, trench coat & down jacket secukupnya. Vacuum storage bags sgt membantu untuk jimat ruang luggage
Walaupun bulan Feb & March, winter di europe masih rendah suhunya especially bila ada angin
Masih ada heavy snow fall di Munich & Switzerland
Mudah sgt travel sendiri ke Hollands, Belgium, Germany & Switzerland hanya menggunakan public transport sahaja!
4 negara ni antara yg selamat utk dilawati In Syaa Allah, risiko pick pocket sangat rendah, pemandangan pun cantik & of course Switzerlandyang paling cantik dan paling bersih
Negara dah lama lifted all covid restrictions for international travelers
Tak wajib lagi pakai mask dalam flight and public transport & of course takde lagi vaccine requirement
“A family that travels together stays together”
Kredit: Siti Hanis Khairul’Zaman
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dah Boleh Lepas Gian Mendaki, Tapi Ada Syarat Tak Boleh Bermalam & Mandi Kolam Air Terjun!
Sebelum ini, ramai pendaki keliru sama ada aktiviti mendaki dibenarkan atau tidak di bawah kategori rekreasi dan riadah.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan bahawa mendaki adalah antara aktiviti sukan dan rekreasi yang dibenarkan oleh kerajaan bermula 15 Jun 2020, dengan pendaki perlu mematuhi amalan jarakan sosial serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Namun kegiatan pendakian, perkhemahan dan 'jungle trekking' dalam hutan yang dibenarkan hanya untuk lawatan balik hari sahaja dan dilakukan dalam kumpulan tidak melebihi daripada 20 orang.
Pengarah Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Mohd Yussainy Md Yusop, berkata pihaknya perlu mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan virus COVID-19 masih ada. Individu yang memasuki hutan boleh membawa bersama virus itu dan jika jatuh sakit atau menunjukkan gejala seperti demam ketika dalam hutan, ia membahayakan pasukan penyelamat.
"Penyelamat mungkin terpaksa buat persiapan rapi termasuk menyediakan set lengkap pakaian pelindung diri (PPE) semata-mata mahu menyelamatkan orang dalam hutan yang kita tidak tahu apa simptom sebenar pesakit itu," katanya.
- Pengunjung masih mempunyai pilihan lain untuk melakukan aktiviti berkenaan yang tidak memerlukan mereka untuk bermalam dengan membabitkan tempoh pendakian sehari dan jarak denai tidak jauh seperti Gunung Irau dan Mossy Forest, Cameron Highlands serta Gunung Ledang, Johor.
- Aktiviti air seperti mandi di kolam awam, kolam takungan dan kolam air terjun juga tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula 10 Jun 2020.
- Malah, aktiviti sukan lasak seperti motorcross, ATV, mountain bike, rock climbing serta aktiviti tali seperti abseiling' dan 'wall climbing juga dilarang sama sekali.
- Penganjuran kem motivasi dan summer camp di mana penganjurnya adalah persatuan rekreasi atau syarikat motivasi yang menggunakan kemudahan dalam hutan simpanan kekal juga adalah dilarang sama sekali. Bagaimanapun, pihak berkuasa negeri boleh menimbangkan pertambahan senarai aktiviti yang dibenarkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Island Hoping Pusing 5 Pulau Cantik Di Kepulauan Mersing. ‘Day Trip’ Je Pun Dah Seronok!
Mersing merupakan tempat mendarat pelancong dari pulau-pulau di Johor.
Kepulauan di sekitar Mersing mempunyai tarikan seperti memancing, menyelam skuba, snorkeling dan berehat di pantai. Pulau-pulau tersebut sangat indah dan hanya boleh diakses menggunakan bot. Jeti Mersing terkenal sebagai pusat pelepasan bot bagi beberapa pulau cantik yang terkenal.
Jika anda tidak bercadang untuk tinggal lama di pulau-pulau sekitar Mersing, anda boleh memilih untuk pakej pusing pulau seharian melalui beberapa operator yang ada di sekitar bandar Mersing.
Ini cadangan daripada Faa Jelajah Alam jika anda memilih untuk melakukan ‘Island Hoping’ sahaja untuk trip balik hari.
Hi guys, nak share sikit percutian pusing pulau bersama family baru ni di kepulauan mersing sebab ramai sangat tanya dekat mana so saya terasa nak share. View yg tersangat cantik dan takk rugi kalau pergi.
Untuk makluman pakej penginapan dan private day trip island hoping kami diuruskan oleh Resang indah chalet. Untuk penempatan boleh tinggal di chalet/homestay di Tanjung Resang betul-betul berhadapan dengan pantai.
Untuk private tour island kami naik boat utk pakej satu family dalam 10 orang departured from Pantai Telok Gorek. Ambil masa lebih kurang dalam 30-45minit untuk sampai ke Pulau yg pertama dan kira-kira jam 4petang selamat mendarat ke Pantai telok gorek semula.
5 Pulau island hoping:
- Pulau Sri Buat ( Hiking,cliff jumping, fish feeding & paya bakau sightseeing)
- Pulau Raja (sand bank snorkeling)
- Pulau sembilang
- Pulau mertang barat,timur (island hoping)
- Pulau Tasu (island hoping)
**Pakej island hoping & snorkeling termasuk dengan lunch pack dn pencuci mulut tau..
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI