Jom Camping! Takah Pengkoi, Lokasi Air Terjun ‘Cun’ Di Perkampungan Orang Asli Bekok Segamat

Share

Aktiviti perkhemahan selain bersantai bersama keluarga atau teman-teman dalam suasan alam sekitar yang damai mendapat tempat hari ini. Lokasi ‘pacak khemah’ di tepi pantai atau lokasi air terjun selalunya menjadi kegemaran dan pilihan.

Di Johor, terdapat sebuah kawasan air terjun yang tular dek lokasinya yang tampak begitu menarik dan berbeza dengan tapak perkhemahan yang lain. Tak perlu risau akan aspek keselamatan, semuanya sangat terjaga dan pasti berpuas hati.

Ini trip perkhemahan perkongsian daripada saudari Nurul Nabilla

di Takah Pengkoi, merupakan destinasi percutian reakreasi menarik berkonsepkan rumah dan pokok di kawasan perkampungan orang asli yang terletak di Kg Kudong, Bekok, Segamat, Johor. Di sini terdapat beberapa jenis penginapan seperti chalet pokok, chalet khas untuk yang berkeluarga, dorm, dan tapak perkhemahan. Terdapat juga binaan rumah atas pokok. Memang betul-betul terletak tinggi atas pokok. Tingkat kedua jumpa tandas. Tingkat ketiga baru jumpa bilik. Kena panjat tangga. Tiada lif mahupun escalator. Yang jenis ni cuma ada sebuah je kat sini.

Ada rumah pokok bergerak juga tau. Haa yang ni unik. Rumah berkepala lori. Kalau tak silap ada 3 buah. Boleh pilih untuk diparkir di kawasan yang kita suka. Untuk mereka yang berhasrat atau yang ingin beristirahat serta merasa pengalaman bercuti di kawasan perkampungan Orang Asli sambil menikmati keindahan hutan hujan tropika, boleh hubungi En. Asoi / Pn. Rosijah – 0196599316

  • Bayaran:Rm15/seorg, Rm40/seorg kalau berkhemah(bawak sdri) Rm70/seorg kalau stay kat chalet.
  • Kene call owner suruh tunggu kat depan padang atau klinik kesihatan sebab kalau tak nanti terlepas sampai ke Taman Negara Selai macam kitaorangg. Jalan masuk ke Takah Pengkoi ni dalam kebun sawit tau. So paham sendiri la jalannya tak berapa nak elok. Tempat memang bersih. Carpark pon luas. Senang cakap selesa la.
  • Trip kitaorang santai-santai je. Nak rase tempat baru. Selama ni kalau join camping follow yg kolej punya. Ni rase sediri dgn kekwn. Nasib tempat parking dengan port kami pacak khemah dalam 10 minit je. Kalau tak memikul barang-barang.

So akhir pesanan lepas berkhemah kemas la tempat tu dan sampah buang kat tempat yang disediakan agar orang yang akan datang rase selasa macam mana kita rasa.

Oleh
Admin