Aplikasi Dulux Visualizer dan teknologi pemilih warna baharunya membolehkan anda meraikan Hari Merdeka dengan penuh warna-warni. Aplikasi yang mudah digunakan ini membolehkan anda untuk mendapatkan gambaran warna dinding sebelum ia dicat. Melalui Aplikasi Dulux Visualizer, semua orang boleh meraikan dan memilih warna cat dengan yakin kerana ia akan menunjukkan warna pilihan anda pada mana-mana ruang kediaman. Jadi,jika anda mahu menukar warna di kediaman, kedai, atau jalan raya sekali pun, apa kata anda perluaskan pilihan warna yang ingin dicuba dan jadikan warna-warna bendera Malaysia sebagai sumber ilham baharu. Bendera Malaysia mempunyai empat warna utama dengan setiap satunya membawa makna simbolik yang tersendiri.
Warna kuning pada bendera Malaysia mewakili warna pemerintah diraja. Jika anda mahu mencetuskan elemen glamor dan ketenangan dalam kediaman anda, warna itu perlu menjadi antara pilihan utama. Ia juga menggambarkan keseronokan seperti pancaran sinar matahari dan menzahirkan keceriaan. Bukan mudah untuk menentukan tona warna kuning yang paling sesuai untuk dinding anda memandangkan pelbagai pilihan yang ada, ditambah pula dengan jenis pencahayaan yang diperlukan.
Ini sudah tentu bakal menimbulkan masalah dan kerunsingan kepada anda. Namun, anda tidak perlu bimbang sama sekali. Aplikasi Dulux Visualizer membolehkan anda berkongsi gambaran warna yang diingini untuk kediamanan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan bagi mendapatkan maklum balas mereka.
Ads
Aplikasi menggunakan teknologi realiti berperantara ini membolehkan anda memilih dan menggambarkan warna yang diingini bagi melihat kesesuaiannya dengan suasana kediaman anda sekarang. Semuanya hanya dengan sentuhan pada skrin peranti anda.
Warna putih pada bendera Malaysia pula dikaitkan dengan keamanan dan kejujuran. Putih bukanlah warna yang asing untuk digunakan pada dinding,namun ramai orang lebih suka memilih warna lain kerana menganggap warna putih sebagai ketinggalan zaman. Walau bagaimanapun, aplikasi Visualizer membuktikan bahawa warna putih bukanlah warna yang membosankan kerana terdapat begitu banyak tona warna putih berbeza yang ditawarkan oleh aplikasi tersebut untuk anda mencubanya. Tidak hairanlah jika warna putih akan sentiasa menjadi pilihan kerana ia menyatukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira umur.
Ads
Warna merah pada bendera Malaysia membawa maksud yang begitu sentimental, ‘Tanah Tumpahnya Darahku’-ia menggambarkan keberanian, kehebatan dan cinta sejati kepada negara. Selama ini, merah kurang menjadi pilihan sebagai warna dinding kediaman. Namun dengan pilihan lebih 2,000 warna Dulux, anda boleh mencuba pelbagai tona merah yang berbeza menggunakan aplikasi Visualizer dan mencari padanan yang paling sempurna untuk dinding anda. Melalui aplikasi Visualizer, anda boleh melakukan apa sahaja dan bermain dengan imaginasi untuk mencuba semua warna yang ditawarkan.
Akhir sekali, biru menandakan kejujuran, kesetiaan, keadilan dan perpaduan antara rakyat Malaysia yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat serta latar belakang etnik berbeza. Ia merupakan warna yang mengagumkan untuk kediaman dan sudah pasti akan menjadikan dinding anda lebih menarik. Takluki warna biru dengan memilih Warna Tahunan 2017 Dulux, Denim Drift (90BG 30/073 juga dikenali sebagai Smoked Grey). Ia benar-benar merupakan warna serba guna serta boleh disesuaikan dengan semua jenis gaya hidup dan hiasan dalaman.
Ads
Warna Tahunan itu juga dilengkapi dengan pilihan warna yang merangkumi spektrum warna biru daripada tona berbeza – satu pendekatan baharu untuk membantu anda menggabungkan warna. Jika anda sering berdepan kesukaran untuk memilih warna cat, anda boleh mencuba warna-warna ini pada dinding anda melalui aplikasi Visualizer yang mudah digunakan dan menyimpan hasilnya dalam bentuk gambar atau video untuk dikongsi bersama rakan atau orang tersayang.
Jadi,manfaatkan kelebihan yang ditawarkan oleh aplikasi Dulux Visualizer dan jadikan keindahan bendera Malaysia sebagai panduan serta inspirasi anda. Dengan pelbagai warna dan tona untuk dipilih, anda pasti akan membuat pilihan yang tepat menggunakan warna-warna Jalur Gemilang sempena Merdeka ini.
Bila sebut jambatan kaca kita pasti tidak dapat melupakan video-video lucu gelagat pengunjung yang kali pertama menaiki jambatan kaca. Mampu tembus pandang ke bawah berlatar belakangkan gaung, ia pasti menggerunkan bagi yang gayat.
Namun semalam dilaporkan, sebuah jambatan kaca di China rosak teruk apabila dilanda angin kuat yang membawa bersama hujan batu.
Insiden telah menyebabkan seorang pelancong terkandas di atas jambatan tersebut yang terletak di sebuah resort di wilayah Jilin di timur laut China.
Dalam kejadian di Gunung Piyan di kota Longjing itu, beberapa kepingan kaca dari jambatan setinggi 100 meter tersebut ditiup angin kencang dengan kekuatan sehingga 150 kilometer sejam, lapor The Straits Times.
Pelancong itu bagaimanapun berjaya diselamatkan setelah dia merangkak ke tebing jambatan dengan bantuan anggota bomba, polis, perhutanan dan pekerja pelancongan. Dia kemudiannya dibawa ke hospital dan menerima kaunseling psikologi.
Insiden itu telah menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai tahap keselamatan jambatan kaca yang jumlahnya semakin meningkat di negara itu.
"Inilah sebabnya mengapa saya tidak berani menginjak kaki ke atas jambatan seperti itu," tulis seorang netizen yang menggelarkan dirinya Wadetian.
"Berapa kerapkah jambatan itu dibuat penyelenggaraan?" tanya netizen lain.
Jambatan kaca merupakan tarikan yang semakin popular di resort pergunungan di China.
Menurut majalah Earth yang diterbitkan oleh Geological Museum of China, sekurang-kurangnya 60 jambatan jenis itu telah atau sedang dibina di seluruh negara pada tahun 2016. Sumber : Astro Awani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Petang semalam Sebuah feri yang membawa seramai 547 penumpang dan kru kapal dari Kuala Kedah ke Langkawi tersangkut akibat air laut surut. Namun kesemua penumpang dan anak kapal yang berada dalam Feri tersebut telah selamat dan feri telah pun berjaya ditunda ke Terminal Feri Kuala Kedah pada Ahad Malam.
Pegawai operasi sektor Ferrylines Ventures Sdn Bhd, Ahmad Azizan Ahmad, berkata feri Express Bahagia 98 ditunda oleh bot tunda milik salah sebuah syarikat kargo dan selamat merapati jeti pada jam 9.25 malam.
Menurut Ahmad Azizan, seramai 272 orang penumpang berjaya dibawa keluar secara berperingkat oleh bot PERKASA 1224 Maritim Malaysia, bot ronda PSC 19 Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta bantuan daripada beberapa bot nelayan tempatan sekitar Kuala Kedah dan Yan.
Fot: JBPM
Manakala baki penumpang selebihnya selamat tiba dengan feri yang ditunda.
“Feri itu terkandas disebabkan air surut, jadi agensi penguatkuasa tidak dapat merapati feri… jadi, kena tunggu air pasang dahulu baru boleh rapat,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, operasi memindahkan penumpang turut berdepan kesukaran kerana beberapa kali enjin bot PERKASA 1124 tersekat disebabkan air cetek dan permukaan lantai laut yang berselut.
Katanya, turut sama dalam operasi adalah Jabatan Laut Malaysia (JLM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), dan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.
Dalam kejadian jam 4.15 petang Ahad feri penumpang yang membawa 547 penumpang dan kru terkandas di posisi 1.2 batu nautika dari muara Kuala Kedah.
Sumber: Astro Awani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Di Malaysia, antara gunung yang popular untuk eko pelancongan termasuklah Gunung Tahan, Gunung Ledang, Gunung Jerai dan banyak lagi. Di negara seberang iaitu Indonesia, Situ Gunung antara kawasan yang menjadi daya tarikan pelancongan selain Gunung Bromo dan lain lagi.
Lebih unik,di Situ Gunung terdapatnya sebuah jambatan gantung yang diiktiraf sebagai jambatan gantung terpanjang di Asia Tenggara. Terletak di Kadudampit, Sukabumi, Jawa Barat pembinaan jambatan gantung terpanjang ini telah mempopularkan lagi ia sebagai kawasan tumpuan pelancong.
Terletak di Taman Nasional Gede Pangrango (TNGGP), ia menawarkan panorama hutan yang asli dan udara yang sejuk. Dibuka 10 Julai tahun lalu, ia mula menjadi tumpuan warga sekitarnya untuk menikmati keindahan alam semulajadi.
Kalau ke sini, antara aktiviti menarik boleh dilakukan ialah menaiki Jambatan Gantung Situ Gunung ( Situ Gunung Suspension Bridge). Ia sepanjang 243 meter dengan lebar 1.2 meter dan ketinggian 107 meter dari paras tanah. Bila menyusuri jambatan terpanjang ini, pelancong dapat melihat keindahan asli hutan hujan yang dipelihara dengan baik dan tidak diusik. Tidak perlu rasa risau ketika berjalan ke penghujungnya kerana setiap peserta akan dipakaikan tali keselamatan dipinggang yang cukup selesa.
Harga tiket menaiki jambatan ini hanyalah Rp50,000 atau lebih kurang RM15 dan pengunjung dapat melihat air terjun indah iaitu Curug Sawer dari Sungai Cigunung di mana ia hanya memerlukan masa lebih kurang tiga puluh minit perjalanan.
Jadi kalau ada peluang merentas negara, masukkan lokasi ini dalam list perjalanan korang ya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...