Semua individu yang pulang dari Sabah akan menjalani saringan kesihatan Covid-19 di Pintu Masuk Antarabangsa bermula 27 September sehingga 10 Oktober.
Terdapat keperluan untuk melaksanakan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan COVID-19 ke atas individu dengan sejarah perjalanan dari Sabah bagi memantau risiko penularan jangkitan dalam kalangan individu berkenaan.
Tempoh pelaksanaan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan Covid-19 ke atas individu yang baru pulang dari Sabah akan disemak dari semasa ke semasa, berdasarkan penilaian risiko penularan jangkitan pada masa berkenaan dan maklumat mengenai sebarang perubahan berkaitannya akan dimaklumkan kepada umum.
Ejen Pelancongan Antara Yang Positif COVID-19 Selepas Pulang Dari Semporna, Sabah
Sebelum itu, seorang lelaki yang baru pulang dari Semporna, Sabah disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di wad Isolasi Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang. Pesakit berusia 46 tahun itu ialah ejen hartanah dan pelancongan di Semporna, Sabah. Pesakit dilaporkan berada di Semporna pada 18 September 2020 lalu sebelum melakukan perjalanan menaiki bas ke Tawau dan menaiki kapal terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada hari yang sama. Dia tiba di Kuantan pada 19 September 2020 dan sempat menziarahi keluarga di Seremban serta ke Nilai, Negeri Sembilan selain melakukan urusan penghantaran anak di dua sekolah menengah di Pahang. Dia turut membawa anak untuk mendapatkan rawatan batuk dan menjalani ujian Covid-19, manakala seramai 31 individu lain turut diambil sampel termasuk isteri dan anak-anak pesakit.
image via google | Sumber: Bernama