
Jika ke Melaka, jangan lupa untuk memilih aktiviti menyelusuri Sungai Melaka menggunakan perkhidmatan Melaka River Cruise tidak kira pada siang atau malam hari. Umpama tidak lengkap kunjungan anda jika tidak menaiki kemudahan ini.
Anda berpeluang menikmati pemandangan bangunan dan rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia dengan aktiviti pelayaran ini.
Tidak cukup dengan itu, pelbagai tarikan baru turut diwujudkan di sepanjang sungai antaranya kincir air dan air pancut muzikal untuk mempopularkan lagi Sungai Melaka di pentas antarabangsa.
Paling menarik, penumpang pasti teruja dapat melihat beberapa ekor biawak sebesar depa berkeliran dicelahan pokok payau bakau dan berpeluang melihat kakitangan Melaka River Cruise memberi haiwan ini makan sekitar waktu pagi dan petang.
Sepanjang perjalanan selama 45 minit itu, cruise ini akan melalui tujuh jambatan iaitu jambatan Kampong Morten, jambatan stesyen bas espress lama, jambatan Hang Tuah, jambatan Pasar, jambatan Kampong Jawa, jambatan Chan Koon Cheng dan jambatan Tan Kim Seng.Setiap jambatan yang dibina terdapat beberapa kisah menarik yang pasti akan dikongsi oleh pemandu Melaka River Cruise kepada pengunjung.
Jika pelayaran bermula dari Taman Rempah ke Muara Sungai dan ia akan berakhir di Taman Rempah semula. Begitu juga sebaliknya, jika naik di Muara Sugai tengah bandar Melaka akan ke Taman Rempah dah pusing semula ke lokasi asal.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nusakuya Resort Di Semporna Sabah, Penginapan Atas Air Beri Momen Best Sempena Cuti Hujung Tahun

Sabah menjadi destinasi popular bagi yang mahu menghabiskan cuti tahunan setelah dibenarkan rentas negeri tempohari.
Selain Kundasang yang sering dikunjungi, ada lagi beberapa destinasi menarik boleh dilawati. Antaranya Nusakuya Resort yang terletak di Semporna Sabah.
Perkongsian Nur Manarina memberitahu pengalamannya bercuti di sana yang dirancang pergi sendiri tanpa mengambil mana-mana pakej.
Momen Best Cuti Hujung Tahun Di Nusakuya Resort
Short review from me
Ramai yang tanya ambik package mana dengan siapa, sorry saya tak pandai pakai package semuanya book/redah sendiri kecuali snorkeling trip ke pulau-pulau, wajib ambik package sebab masuk pulau sana agent kena register permit. So nusakuya ni uolls boleh book direct dengan resort, number katt fb or ig ok
Resort ni iolls rasa paling sesuai kalau bawak anak-anak, sebab setahu saya ni je resort yg ada tangga dari bilik turun ke laut kat Semporna ini (Tula sampai 3 kali turun naik mandi budak-budak ni)
Banyak jugak resort atas air kt sini, dari murah ke mahal pilih jek ikut bajet kekayangan uolls
Rasanya boleh book untuk march 2022 & ke atas je ye sebab resort ini dah fully book sampai jan-feb 2022. Rezeki anak-anak laa masa tanya ada 1 je bilik kosong, Queen room & kitaorang kena add extra bed untuk 5 beranak
-Ada 2 jenis bilik, QUEEN & TRIPLE room
-Harga dia RM8xx per night untuk Queen Room include Boat Transfer, Breakfast, Lunch & Dinner.
-Extra Bed RM75 + Boat Transfer RM75
– (Bwak maggi cup banyak-banyak ya standby untuk malam sebab sini takde mini mart etc)
-Sewa transparent boat RM25/30mins
-Lunch (buffet)
-Dinner (Siap hidang atas meja)
-Breakfast (buffet)
-Electricity 24 hours, aircond je 6pm-6am
Recommended duduk la 2 malam baru puas & boleh relax lama sikit lagi-lagi time malam feeling dia tu release stress betul
Check in 11am, boat akan pickup di jetty Semporna. Sampai-sampai je terus orang reception tanya nama terus bawak ke bilik, smooth bukan
Nak tengok turtle, boleh lepak kt area reception. Kalau tapak sulaiman, merata ye depan bilik bersepah
Masuk bilik, chill-chill dekat balcony dia pekena angin laut sambil tunggu waktu lunch. Lepas lunch masuk bilik terus terjun depan bilik, anak naik tido kejap, bangun eh terjun balik. Begitulahh routinenya smpai kepetang!
Bila anak-anak dah penat berendam 1 hari, malamnya lepas dinner diorang akan tidur awal so mak-mak boleh rilex coffee2 dengan husband sambil layan angin laut
2nd day boleh cari trip island hopping ke pulau-pulau kst Semporna, ada 8 pulau boleh pilih paling best ofcourse Mabul
Ok next post la kita share amik package island hopping dengan siapa
Info masuk Sabah
*Tak perlu swab test & Fully Vaccinated. (kami fly 28 nov, 1 dec umum takpayah swab. Badmood betul
*Sila book flight sehari awal daripada tarikh check in resort-resort atas laut ini (utk elakkkan rushing kalau flight delay/reschedule since boat untuk masuk ke resort-resort ini ikut jadual diorang). Bawak maggi cup banyak-banyak kt sini susah betul cari
Ok tujelaa review doplosen, InsyaAllah must repeat!
#semporna2021 #mysmallfamily
Artikel Berkaitan:
5 Lokasi Cantik & Menarik Untuk Diterokai Di Sabah & Sarawak, Cantik Bak Lukisan!
5 Pulau Privasi Terbaik Tersembunyi Di Sabah, Selama Ini Kita Tak Tahu
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Macam Mimpi Dapat Pegang Pelangi Di Sungai Lembing

Sungai Lembing, Pahang cukup terkenal kerana merupakan lokasi lombong bijih timah paling dalam di dunia. Namun, disebalik kesan tinggalan sejarah itu, terdapat rahsia alam yang mampu menarik perhatian ramai pecinta alam iaitu Air Terjun Pelangi terletak 16 kilometer dari Bandar tersebut.
Air Terjun Pelangi bukan sahaja menjadi destinasi utama penduduk tempatan bersantai malah sangat terkenal dalam kalangan pengunjung luar lebih-lebih lagi setelah menjadi viral di sosial media.
Bagi tujuan berlibur dan berekreasi pada hujung minggu, para pencinta alam semulajadi dan yang berjiwa adventure pasti memilih lokasi air terjun ini.Keindahan Air Terjun Pelangi sangat mengasyikkan umpama berada di satu dunia yang lain, atau pun boleh diandaikan seperti pemandangan dalam filem fantasi.
Para pencinta alam semulajadi akan terpesona dengan percikan aliran air terjun setinggi 250 meter dan kejernihan kolam air yang dihiasi dengan biasan sang pelangi yang indah.
Air Terjun Pelangi mempunyai beberapa pilihan perjalanan, sama ada untuk mendaki atau menggunakan perkhidmatan jentera 4×4 untuk ke tapak perkhemahan Lubuk Beruk. Jika tidak mempunyai jentera pacuan empat roda sendiri, bolehlah memilih pengangkutan yang biasanya ada disediakan oleh penduduk sekitar untuk masuk ke sana.
Cabaran Bermula
Perjalanan masuk ke tapak perkhemahan bakal membawa pengunjung merentasi kawasan hutan belantara selama hampir satu jam dan setibanya ke kawasan perkhemahan Lubuk Beruk, pengunjung bebas memilih lokasi yang sesuai untuk mendirikan khemah.
Menjadi pilihan buat pengunjung sama ada untuk bermalam di tapak perkhemahan (alatan perkhemahan perlu disediakan sendiri) atau meneruskan perjalanan balik hari ke kawasan Air Terjun Pelangi.
Jentera yang dinaiki pengunjung akan berakhir di tapak perkhemahan ini sahaja, maka penggembaraan untuk menggapai pelangi perlu diteruskan sendiri dengan aktiviti trekking. Anda juga boleh mengupah penunjuk arah untuk ke Air Terjun Pelangi tersebut untuk melancarkan perjalanan anda.
Boleh dikatakan Air Terjun Pelangi ini sesuai buat mereka yang sukakan cabaran. Jika ada yang ingin membawa keluarga, anda perlu pastikan keselamatan mereka sentiasa terjaga terutamanya kanak-kanak. Gunakan pakaian dan kasut yang sesuai untuk aktiviti menggapai pelangi ini.
Terlebih dahulu pengunjung perlu berjalan kaki kira-kira 45 minit untuk ke air terjun dengan merentasi arus sungai yang agak deras tetapi cetek. Laluan yang disediakan yang agak cerun dan kadang kala sedikit licin mengikut pada cuaca.
Menurut pemandu arah, jika sedikit lambat tiba mungkin pelangi tersebut tidak dapat dilihat. Ini kerana jika matahari sudah berada hampir betul-betul di atas kepala situasi ini menyukarkan proses pembiasan berlaku kerana untuk pelangi terjadi di air terjun, matahari harus berada di hadapan air terjun.
Mereka yang pertama kali sampai pasti terkesima dapat melihat salah satu air terjun yang tercantik di Malaysia walaupun perlu merentas hutan belantara. Suasana sekeliling yang damai memang menjanjikan kepuasan setelah berhempas pulas mendaki.
Untuk info, pengunjung boleh melihat pelangi sekitar pukul 8 pagi hingga 10 pagi pada ketinggian 50 meter daripada ait terjun itu.
Tip Best!
Selepas bermandi manda di Air Terjun Pelangi, apa kata sebelum pulang anda melawat sekitar pekan Sungai Lembing terdahulu. Terdapat pelbagai destinasi menarik untuk diterokai di sini. Antaranya:
- Pekan Sungai Lembing Pekan Sungai Lembing dikenali sebagai ‘Kota El Dorado Timur’ pada suatu ketika dahulu di Tanah Melayu. Ini kerana kegiatan perlombongan telah menjadikan pekan ini terkenal. Malah merupakan antara kawasan lombong bijih timah bawah tanah terbesar di dunia.
- Dianggarkan panjang terowong lombong bijih timah bawah tanah yang dibina melebihi jarak dari Kuala Lumpur ke Kuantan dengan kedalaman 396 meter. Kini, bekas lombong serta sebahagian bangunan lama Inggeris masih wujud dalam bentuk asal dan sekali imbas seperti pekan ala koboi dalam filem. Jangan lupa untuk merakam gambar kenang-kenangan di sekitar kawasan ini.
- Mee Bandung Sungai Lembing. Tidak sah jika pengunjung datang ke Sungai Lembing tidak menjamu selera di kedai makan yang terkenal dengan keenakan mi bandung dan mi jawa.
- Banyak kedai makan menu mi bandung yang terdapat disekitar ini. Pilih sahaja mana yang berkenan di hati. Lokasi-lokasi kedainya agak strategik iaitu berhampiran pintu gerbang pekan Sungai Lembing, memudahkan pengunjung untuk singgah di premis berkenaan. Kedudukannya juga amat sesuai untuk bersantai kerana terletak di pertembungan Sungai Kenau dan Sungai Kuantan.
- Lebih menarik apabila terdapat sebuah jambatan gantung yang merentangi Sungai Kenau bagi kemudahan penduduk dan pengunjung menikmati keindahan alam semula jadi di sekitar kawasan itu yang menghijau.
- Muzium Sungai Lembing Muzium Sungai Lembing menjadi salah satu daya tarikan disini. Siapa sangka, pekan kecil ini menyimpan sejarah yang mungkin tidak diketahui kebanyakan orang.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
9 Pulau Tercantik Di Johor, Tempat Hilangkan Lelah Bersama Keluarga

Isi Kandungan
ToggleNak merasa pulau tercantik di Johor, anda boleh lah pilih salah satu daripada sembilan dalam senarai ini. Semua nampak indah dan menarik!
Asyik hadap kota raya yang sibuk saja, sesekali elok bawa diri tenangkan fikiran melihat air laut biru. Jom tengok antara pulau best di Johor.
Pulau Tercantik Di Johor
1. Pulau Tinggi
Pulau Tinggi merupakan tempat penyu menetas dan ini membuatkan ia lebih menarik. Disarankan datang ke sini pada bulan Mei hingga September.
Selain melakukan aktiviti seperti snorkeling, berkelah dan aktiviti pantai, anda juga boleh mendaki dan melawati pulau-pulau di kawasan sekitar.
Lebih menarik lagi, pulau ini menyediakan tapak perkhemahan untuk untuk anda gunakan. Memang puas hati dan berbaloi-baloi!
2. Pulau Tengah
Pulau Tengah mempunyai kira-kira 10 pantai yang indah, tenang dan terpencil. Pelancong perlu sampai ke pelabuhan Mersing untuk ke pulau Tengah.
Ia terletak kira-kira 9 batu nautika atau 16 km dari pelabuhan ini. Merentasi perairan biru yang luas selama kira-kira 20 minit, pulau ini sudah tentunya destinasi terbaik untuk bercuti.
3. Pulau Besar
Pulau Besar atau dahulunya dikenali sebagai Pulau Babi Besar, merupakan antara tempat popular yang selamat untuk dikunjungi.
Keindahan pulau yang kaya dengan terumbu karang dapat dilihat dari pemukaan air kerana jernih dan bersih. Pelbagai aktiviti berasaskan air boleh dilakukan di sini untuk memenuhi masa anda.
4. Pulau Dayang
Pulau Dayang merupakan antara pulau di Johor yang popular dan menjadi tarikan pelancong. Sekiranya anda inginkan ketenangan semasa bercuti, pulau ini adalah pilihan terbaik.
Pulau ini menjadi tarikan dalam kalangan penyelam kerana merupakan lokasi ikan yu, ikan paus dan pari. Pulau Dayang juga menyediakan kursus sekiranya anda ingin belajar menyelam tetapi disediakan pada bulan Februari hingga November.
Aktiviti air seperti snorkeling dan lain-lain juga tersedia dengan keindahan yang sangat menakjubkan.
5. Pulau Rawa
Seterusnya, pulau di Johor sering dikunjungi adalah Pulau Rawa. Keindahan pasir berwarna putih dan air kebiruan sudah pastinya menjadi tarikan orang ramai.
Sekiranya ingin melihat kehidupan di dasar laut, pulau ini adalah pilihan tepat. Anda juga boleh melakukan aktiviti seperti trekking dan perlu mendaki 270 anak tangga sehinhgga ke puncak.
6. Pulau Harimau
Walaupun nama pulau sedikit menakutkan namun keindahan di sini sangat memukai. Airnya yang jernih menjadikan pulau ini menjadi tempat persinggahan para penyelam.
Antara tarikan di Pulau Harimau ini adalah kolam semula jadi dikelilingi oleh ukiran batu cantik. Layan view sambil tengok sunset memang puas hati.
7. Pulau Sibu
Pulau Sibu merupakan gabungan beberapa pulau lain iaitu Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung.
Air di pulau ini berwarna biru kehijauan dan hidupan laut juga menarik perhatian pencinta laut. Pelbagai aktiviti seperti snorkeling, paya bakau, selam skuba dan mendaki hutan.
8. Pulau Aur
Pulau Aur antara pulau di Johor yang menarik minat pelancong. Hal ini kerana keindahan warna air, kolam semula jadi dan lain-lain.
Pelbagai hidupan laut boleh dijumpai di sini dan dinasihatkan agar tidak datang pada bulan November sehingga Mac kerana cuaca tidak sesuai untuk melakukan aktiviti berasaskan air.
9. Pulau Mensirip
Pulau Mensirip terletak di Mersing, Johor dan merupakan pulau persendirian. Pulau ini telah dianugerahkan dengan status Taman Laut.
Haaa… indah pemandangannya, bukan? Anda yang duduk luar dari negeri ini pun patut datang untuk healing bersama keluarga.
Sumber: Ammboi
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI