Baru pergi beberapa tempat, orang dah panggil anda sebagai ‘kaki travel’ atau ‘traveller tegar’. Bagaimana agaknya untuk dilabelkan diri sebagai traveller sebenar?
Untuk menjadi atau dilabel sebagai seorang kaki traveller yang sebenar bukanlah pada berapa banyak negara yang dilawati, berapa kerap ke luar negara dan seumpama dengannya.
Ini dia 12 ciri yang sebenar bagi seorang kaki melancong. Jika anda memiliki ciri-ciri ini, maka anda layak di gelar ‘kaki travel’! Jom kita usha apa ciri sebenarnya.
1. Berjimat setiap kali berkunjung di suatu tempat.
2. Ketika melancong, anda memilih pengalaman berbanding barang yang dicari (cenderamata).
3. Jika tempat itu pertama kali anda kunjungi, anda akan memilih untuk menikmati permandangan dan suasana berbanding mengambil gambar.
4. Anda mudah bosan berada di tempat yang sama. Anda mencari sesuatu yang menarik dan lain daripada lain yang pernah anda kunjungi.
5. Anda tidak berasa malu untuk berkenalan dengan orang baru di tempat baru.
6. Anda tidak menunggu rakan lain untuk pergi ke suatu tempat.
7. Anda tidak kisah jika perjalanan itu terlalu jauh ataupun membuatkan anda penat. Yang penting anda sanggup untuk sampai ke destinasi yang ditujui.
8. Tidak banyak barang yang di bawa setiap kali melancong.
9. Menguruskan kewangan dengan baik apabila berada di negara orang. Anda tidak boros untuk perkara yang tidak berfaedah.
10. Anda suka mengumpul benda yang membawa kepada memori seperti tiket perjalanan, tanda nama, setem dan seumpamanya.
11. Apabila sesat, anda tidak panik dan cari jalan penyelesaian dengan tenang.
12. Anda tidak memilih untuk tinggal di mana walaupun terpaksa bermalam di lapangan terbang mahupun khemah!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Dan Panduan Berguna Untuk Anda Travel Dengan Ibu Bapa Atau Orang Yang Berumur
Setiap anak mesti bercita-cita nak membalas semula jasa kedua orang tua apabila besar satu hari nanti dan sekiranya ada rezeki, tidak salah sekiranya kita meluangkan sedikit masa dengan berjalan, mengerjakan haji atau umrah, belanja makan dan sebagainya.
Jika anda ada perancangan sedemikian untuk membawa mereka berjalan-jalan, tak kisah dalam atau luar negara, di sini ada beberapa tips yang boleh anda ikut. Sedikit sebanyak boleh memberikan keselesaan kepada kedua orang tua dan juga kepada anda.
Pastikan jadual perjalanan tidak terlalu padat
Orang tua seperti ibu bapa kita kebanyakkannya sudah berumur dan tenaga mereka juga tidak lagi seperti waktu muda. Tidak seperti kita, ibu bapa yang sudah berumur itu mudah letih dan penat. Oleh demikian, elakkan membuat jadual perjalanan yang terlalu padat dalam sehari untuk mereka.
Sekiranya anda merancang untuk ke 3-4 tempat, pastikan anda tidak terkejar-kejar bagi membolehkan ibu bapa dapat berjalan dengan santai dan selesa serta dapat rehat yang secukupnya.
Sentiasa perhatikan tahap kesihatan
Sentiasa periksa tahap kesihatan ibu bapa anda. Kalau mereka nampak letih dan lesu, sebaiknya anda ambil masa untuk mereka berehat. Sekiranya ibu bapa anda mempunyai penyakit, ambil tahu mengenai sakitnya itu dan perhatikan simptom yang ada pada mereka.
Jika anda membawa mereka melancong ke luar negara, pastikan anda tahu status cuaca di sana sama ada musim sejuk, panas, luruh atau musim bunga dan pastikan ibu bapa anda mempunyai pakaian yang bersesuaian untuk dipakai di sana.
Ambil gambar kenangan bersama mereka
Bukan selalu anda dapat bawa ibu bapa anda keluar melancong dan semestinya mengambil gambar adalah satu perkara yang penting untuk merakam momen-momen indah anda bersama mereka. Sekarang tidak lagi susah seperti zaman dahulu kerana semua telefon pintar sekarang dilengkapi dengan kamera pinhole.
Jadi, ambillah gambar kenang-kenangan bersama ibu bapa anda dan abadikan momen-momen bahagia itu sementara masa masih ada. Bila mereka tiada satu hari nanti, gambar-gambar inilah yang akan menjadi pelepas rindu anda pada mereka.
Elakkan kawasan yang terlalu padat dan ramai orang
Apabila sudah berumur, selalunya kita lebih gemar akan suasana yang tenang dan jauh daripada hiruk-pikuk manusia. Ibu bapa anda kemungkinan tidak selesa dan stress apabila perlu bersesak-sesak dengan ribuan manusia.
Pastikan mereka sentiasa gembira dan tidak stress. Jika tidak pasti, bertanyalah pada mereka.
Jaga makan dan minum mereka
Bagi anda yang sudah biasa travel, anda mesti tak berapa kisah dalam soal makan. Tapi berbeza sekiranya anda bawa orang yang berumur kerana soal makanan adalah perkara yang sangat penting. Soal makan juga antara penyumbang utama kepada keselesaan mereka sepanjang percutian, terutamanya mereka yang mempunyai penyakit.
Anda faham-faham sahajalah, kalau dah berpuluh tahun makan makanan Malaysia, tiba-tiba ke Jepun, takkan sekelip mata mereka boleh makan sushi, kan? Jadi pastikan anda peka dengan permakanan mereka sepanjang percutian.
Diharapkan tips yang dikongsikan ini sedikit sebanyak membantu kepada anda yang ingin membawa ibu bapa anda travel. Ingat, tujuan kita membawa ibu bapa adalah untuk menggembirakan hati ibu bapa, maka rancanglah dengan sebaiknya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Itinerari Percutian Keluarga Ini Ke Kashmir Menginap Di Rumah Bot Memang ‘Awesome’
Kashmir terletak di utara India dan lebih dikenali sebagai Heaven of Earth. Destinasi ini mempunyai keindahan yang begitu menakjubkan. Malah seringkali pemandangan indah kawasan pergunungan yang memiliki empat musim itu difilemkan dalam cerita Hindustan.
Berpeluang travel ke Kahsmir, keluarga kecil ini memilih untuk menginap Rumah Bot sepanjang percutian mereka di sana iaitu di tengah-tengah perkampungan air di Tasik Dal, Srinagar. Menarik betul! Jom baca perkongsian dan pengalaman mereka sekeluarga ke Kashmir baru-baru ini.
Macam banyak idea nak tulis trip ke Kashmir, simpan untuk dikenang masa akan datang. “Beautiful Kashmir with beautiful Kashmiri”..hihi.
Jom terbang ke Kashmir sambil layan gambar -gambar yang ada
Day 1: 10 Mac 2019
- Perjalanan Malaysia- India
- Alor Setar -KLIA2 (1 jam)
- KLIA2- Indira Ghandi Airport Delhi Terminal 3 (5jam++) dari KL pukul 7 malam, selamat? di Delhi jam 10 malam (12.30 waktu Malaysia)
- Sampai di Delhi tourist guide kami, Husna Shuib melambai-lambai, leganya rasa hanya tuhan yang tahu? Rasa asing di bumi orang,tiba-tiba jumpa orang yang kita cari..Alhamdulillah.
- Delhi – Srinagar (1 jam 30 minit) flight jam 7.50 pgi keesokannya ( transit paling lama untuk kami,first experience tidur di airport dan prayer room airport)
- Airport Delhi ada sediakan prayer room yang selesa dan tempat ambil wudhuk tetapi terbuka,jadi kena pandang kiri kanan juga.
- Masa nak balik ke Malaysia kami rushing untuk solat asar, jadi solat ja tepi2 kawasan yg x sesak
Day 2: 11 Mac 2019
- Sampai di airport Srinagar ada driver Hameed dan tourist guide Ahmad Jailani @AJ sambut dan bawa kami ke houseboat.
- Perjalanan airport-houseboat dalam 20 minit.
- Naik ‘Shikara’ (sampan) menelusuri Dal Lake ke New Gulistan Houseboat. Mr Basheer ‘jaga’ kami sepanjang di houseboat.
- Lepas solat, AJ bawa untuk lunch (masih trringat kesedapan Nasi Briyani dan Nasi Goreng Kambing?dan pi garden yang ada di sekitar Srinagar.
- Dinner Mr Basheer served indian foood (kami request)
Selamat sampi di Delhi pukul 10 malam, terus queue di kaunter imigresen. Sebelum ke India jangan lupa apply visa. Masa di kaunter dapat fast lane sebb pegawai kat situ nampak si kecik zahraa, maybe doa kesian sebab ada anak. Nasib baik
Shikara yang bawa kami ke houseboat..macam sampan, kira pengangkutan awam sekitar Dal Lake, cuaca mendung lepas hujan renyai masa kami smpai,makin sejukk.
Houseboat kami yang sebelah kiri, haaa tu la Mr Basheer dah tunguu?. Akan ada houseboat sepanjang Dal Lake dengan pelbagai saiz, yang tempat kami stay ada 4 bilik, luas dan selesa… ada heater yang akan Mr Basheer handle setiap waktu,termasuk lepas subuh..dia akan ketuk pintu untk panaskan heater. Houseboat ni kira macam hotel dalam air. Di Kashmir memang ada yang tinggal tetap dalam houseboat, jadi ada yang komersialkan untuk tujuan pelancongan. Kalau mai Kashmir, wajib try stay sini, barulah Kashmir
Jeti ‘shikara’ dan antara pekerja -pekerja kat situ. Baju yang seakan jubah tu baju tradisional Kashmir, memang akan nampak di mana- mana sahaja. Katanya material kain sangat sesuai untuk musim sejuk,dan depa akan masukkan tangan dalam jubah bertangan luas tu.
Pemandangan di balkoni houseboat kami. Nampak kan, banyak houseboat yang lain sekitar tu..dekat2 saja jaraknya.
Seni ukiran dalam houseboat, kata Mr Basheer ukiran tu semua dengan kayu almond..kalau saya x salah dengar dan houseboat ini boleh bergerak ya. Bila ada orang stay dia ‘tambat’ so kekal la xbergerak. Jadi xdak rasa goyang-goyang jangan risau,sebab tasik ni tenang.
Yang di tengah tu heater, nanti bila kami cakap sejuk,Mr Basheer akan masukkan la kayu-kayu dalam tu, yang macam tiang tu untuk salurkan asap keluar.
Ok, ni situasinya bila stay di houseboat.. akan ada peniaga yang jual macam2. Pakcik ni jual pashmina, saya terbeli jugak 1.. walaupun xpernah plan untuk shopping di Kashmir, memang nak jln2 saja?. Dia siap kata kalau xcukup cash boleh guna credit card. Advance na pakcik? siap bawak benda alah tu. Depa akan keluarkan segala macam benda yang ada. Tips pembeli bijak dan berhemah;Cakap elok-elok kata nak berapa2 kuantiti saja..kalau x,hmmmm. Kalau bajet banyak teruskan..
Time for dinner, sup dia sedap..kena pulak dengan roti yang lembut..tengok Mr Basheer dah salin baju chef dia..formal sgt rasa?. Dia tengah dok tengah perosah heater tu..
Sup untuk dinner kami..sedap, semua sup saya makan di Kasmhir kena dengan tekak. Cuma dia punya dessert saja xberapa serasi dengan selera.
Ikan masala,sup rebus dengan kari ayam kot. Sedap
Ni tea time, sedap biskut dengan tea masala..kena dan nikmat sangat setiap hirupan di waktu yang sejuk.
Umi letakkan juga untuk kenang-kenangan Zahraa sebab uncle AJ, kak Husna (tourist guide Kashmir and Malaysia), Mr Basheer semua berkomplot buat birthday surprise untuk Zahraa.. sekali. Umi pun terkejut. Patut depa xberapa layan umi request nak singgah bakery. Zahraa terharu sangat.
Pemandangan sekitar di luar houseboat
Shalimar Garden, sebabkan winter time.. xda la pokok-pokok yang colourful..lepas ni cantik la garden ni, kalau sesiapa yang nak gambar yg cantik warna -warni kehidupan boleh mai time spring n summer. Mesti lagi cantik.
Di Shalimar Garden
Yang naik sampan x berbumbung tu peniaga-peniaga, malam nanti depa la yang akan mai bentang jualan.
Kedai sekitar houseboat kami.
Sebelum checkout ada peniaga juai batu-batu untuk cincin, nampak x di belakang dia ada bakul? Haaa tu portable heater..untuk keep warm sebab sejuk sangat tambah pagi-pagi.
Suasana pagi, kami dah check out dari houseboat nak ke Pahalgm. Dah nak menuju ke jeti, lepas ni dah check in hotel.
Kalau musim lain lagi cantik Dal Lake ni,dengan suasana biduk berlalu kiambang bertaut.
Best sebenarnya stay di houseboat feel like home sgt.. luas, ada dining hall & service 5 bintang.
Info
- Ke india kena apply visa.
- Kashmir ada 4 musim.
- Most of Kashmiri adalah muslim.
- Time departure di Srinigar airport agak strict, ada lebih kurang 4 checkpoint untk check barang dan individu sampai yang terakhir depan pintu flight. Handcarry / bagpack pun dia akan check. Masa arrival x da checkpoint ni semua. Tapi pekerja dia ramah dan senyum terutama kat budak-budak.
- Jangan lupa apply borang kebenaran ke luar negara untuk government staff.
- Beli insurance travel. Kali ni saya guna etiqa lepas baca review dan tanya orang yang selalu travel.
- Activate akaun unUtk overseas withdrawal in case ada masalah tak cukup fulus..hihi
- Minum mineral water sahaja, dan roti kami beli di bakery shop yang proper, tapi kalau ada rasa nak try streetfood kat Kashmir pun boleh.
- Jangan lupa bawa segala ubat-ubatan penting senang kalau sakit demam nanti
Kami ke Kashmir under travel agent Malaysia ( Husna Shuib) yang sangat2 best dan travel buddy yang sporting. - Biasa untuk pekerja di sana akan ada tip, ayat depa biasanya “you happy im happy” tapi yang bagusnya depa xkisah kita bagi berapa pun..kita anggap sedekah jariah kannn❤️
Sumber: FB Ainul Farhaan Harun
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Simptom Dan Tip Untuk Hindar Jet Lag Daripada Berlaku Dalam Perjalanan Jauh
Masalah jet lag sering dialami oleh sebahagian besar pelancong yang melakukan perjalanan ke luar negara di mana perbezaan waktu yang amat ketara di antara negara asal dengan negara yang ingin dituju.
Akibatnya, pergeseran waktu tidur, waktu makan dan waktu berehat akan terus berubah sehingga badan kita tidak biasa dengan keadaan tersebut.
Tubuh terasa lemah, kepala terasa berat dan pening, hilang nafsu makan, mengantuk di siang hari dan berjaga di waktu malam
Gejala inilah yang disebut jet lag dan jika dibiarkan boleh berlarutan hingga beberapa hari. Biasanya, perbezaan zon waktu yang panjang seperti 11 jam dari waktu asal lebih berisiko untuk terkena jet lag.
Untuk mencegah atau sekurang-kurangnya meminimakan risiko terkena jet lag, kami ada beberapa tip yang boleh anda cuba:
Atur Jam Mengikut Destinasi
Apabila anda menaiki pesawat, atur jam tangan anda mengikut zon waktu destinasi anda. Sesuaikan dengan jadual makan dan tidur dengan zon waktu yang baru. Sebagai contoh, apabila jam anda menunjukkan waktu tidur, cuba untuk tidur walaupun anda belum mengantuk.
Jika anda tidak mengubah jam anda mengikut zon waktu destinasi yang dituju, aktiviti anda akan terganggu. Waktu siang yang sepatutnya anda keluar berjalan tetapi anda tidur pula. Apabila anda terjaga pada waktu malam dan ingin keluar berjalan, kebanyakan bangunan sudah banyak tutup.
Perbanyakkan Cairan Dalam Tubuh
Banyakkan minum air putih sekurang-kurangnya dua liter setiap jam walaupun anda tidak merasa haus. Kelembapan udara yang rendah di dalam pesawat akan membuat tubuh kekurangan cecair.
Adalah penting untuk menggantikan cairan dalam tubuh yang semakin berkurangan. Jangan lupa bawa botol kosong untuk diisi semula dari dispenser yang ada disediakan di dalam pesawat.
Jauhi Kafein Dan Makanan Berlebihan
Elak mengambil minuman berkafein seperti kopi atau beralkohol sebelum penerbangan. Jika anda beranggapan kafein dapat membuatkan anda terjaga lebih lama, hakikatnya ia akan membuatkan anda sering bangun ketika mahu tidur.
Jika anda dihidang makanan, pilih menu tinggi protin kerana akan menstimulasi tubuh menjadi aktif. Menu tinggi karbohidrat pula akan menstimulasi tubuh untuk tidur.
Ambil Udara Dan Bersiar-siar
Setelah sampai ke destinasi, cubalah keluar berjalan-jalan dengan menghabiskan waktu di bawah sinar matahari. Aktiviti ini dapat membantu tubuh anda menyesuaikan diri dengan waktu dan suasana baru.
Ramai juga yang beranggapan untuk memilih tiket penerbangan pada waktu malam supaya anda boleh tidur saja di dalam penerbangan berbanding penerbangan waktu siang. Sebenarnya, terpulang pada kekuatan mental dan fizikal anda. Yang pasti, anda tidak sepatutnya terlepas momen-momen indah ketika melancong. Jika pramugara dan pramugari boleh atasi jet lag, anda juga boleh.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI