Jerami Padi Ala-Ala Texas, US Jadi Hotspot Instagram Di Perlis Indera Kayangan

Share

Negeri Perlis walaupun hanya satu negeri yang paling kecil di Malaysia, dan pembangunan di sana tidak serancak negeri-negeri yang lain, ia tetap terkandung pelbagai keunikkan tersendiri yang tak ada di mana-mana tempat sekalipun.

Sebagai contoh, jerami-jerami padi yang disusun dan diletakkan di kawasan bendang sawah di kawasan Masjid Behor Mentalon, Arau ini cukup menarik perhatian kepada peminat fotografi untuk mengambil gambar.

? TRIVIA
Kawasan sawah padi yang terdapat di negeri Perlis ini adalah lebih kurang 20,000 hektar – MADA, 2016

Ini kerana keadaannya sama seperti jerami yang ada di Texas, Amerika Syarikat apabila lepas sahaja musim menuai gandum di sana. Jadi tak terkejut sekiranya lokasi ini mendapat jolokan sebagai Texas Malaysia.

Dengan teknik dan komposisi gambar yang betul, ditambah dengan talaan cahaya semula jadi saat matahari terbenam, betul-betul membuatkan panorama di sana sangat menarik untuk dikunjungi. Memang sama dengan keadaan di luar negara, padahal gambar-gambar ini hanya di ambil di Perlis sahaja.

? TRIVIA
Jerami yang ada di sini agak sukar untuk ditemui kerana akan dibakar oleh pesawah selepas dikumpulkan

Yang datang mengambil gambar di sini bukan sahaja individu perseorangan atau berkeluarga, malah ada yang datang untuk mengambil gambar kahwin sebagai kenang-kenangan di dalam album perkahwinan mereka.

Membuatkan gambar-gambar di sana menjadi lebih unik adalah, pemandangan gulungan jerami yang banyak ini hanya dapat dilihat ketika musim menuai, dan bergantung kepada nasib sekiranya jerami ini masih belum dialihkan atau dibakar oleh pesawah.

PRO TIP
Cari jerami padi ini ketika hari petang kerana cahaya matahari akan membantu anda mendapatkan gambar yang lebih cantik berbanding waktu-waktu lain

Jadi kepada anda yang memang gila untuk mengambil gambar-gambar jerami padi seperti ini, dapatkan sedikit infomasi berkenaan lokasi serta musim menuai di Perlis. Libur ucapkan, happy hunting your hay!

Oleh
Epul