
Perdana Menteri Shinzo Abe memutuskan untuk mengisytiharkan darurat di seluruh Jepun dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.
Kerajaan mendapat kelulusan untuk mengisytiharkan darurat daripada pasukan petugas khas yang diwujudkan bagi melaksanakan pemantauan berhubung situasi kesihatan semasa. Perintah darurat ini sekali gus memberi kuasa kepada gabenor di wilayah yang terbabit untuk meminta penduduk kekal di rumah dan menggesa operasi perniagaan ditutup dalam tempoh berkenaan.

Pada 7 April, Jepun mengisytiharkan darurat di tujuh daripada 47 wilayah di negara itu termasuk Tokyo, Osaka, Kanagawa, Saitama, Chiba, Hyogo dan Fukuoka. Pengisytiharan itu membolehkan dan memberi kuasa kepada gabenor wilayah berkenaan untuk mengambil langkah pencegahan lebih berkesan untuk mengekang penularan virus. Bagaimanapun, gabenor di wilayah lain mahu darurat diperluaskan apabila virus itu sudah merebak ke kawasan lain. Ada beberapa wilayah mengambil pendekatan sendiri dengan mengeluarkan perintah darurat lebih awal.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Camping Suhu Sejuk Di Laman Gasing Bukit Fraser. Lokasi Ideal Tenangkan Fikiran & Bersantai

Tahun 2020 bagaikan satu permulaan merangka pelbagai hal termasuk melancong, mengembara dan melakukan aktiviti menarik di destinasi dalam Malaysia.
Jika anda antara yang sering melancong sepanjang 2019 atau mungkin masih belum sempat menikmati percutian tahun lalu, tahun ini mungkin akan memberikan anda percutian lebih menyeronokkan dengan melakukan sedikit kelainan ketika bercuti walaupun ketika pandemik. Antaranya melakukan trip perkhemahan keluarga di kawasan tanah tinggi.
Bukit Fraser di Pahang, terletak di Banjaran Titiwangsa. Ia adalah kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk sekiar 17 hingga 24 Celsius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut. Jangan tidak tahu, Bukit Fraser juga ada kemudahan untuk berkhemah tersedia menanti si pecinta alam.
Sumber: Badrule Hizar via FB Family Camping Malaysia
Frust punya pasal sebab susah sangat nak dapat tapak camping di Sungai Pauh, Cameron Highlands terus cuba nasib camping di Laman Gasing Bukit Fraser, janji nak rasa cuaca sejuk. Search Google, Youtube, FB untuk info pasal tempat ni tapi tak banyak yang orang review, yang ada pun tapak-tapak camping yang percuma macam dekat SmokeHouse dan kawasan-kawasan gazebo di Bukit Fraser yang dibenarkan pacak khemah.
So terus call Pejabat Tourism Pahang tanya untuk booked tapak. Katanya, masih ada lagi tapak yang kosong daripada 15 khemah yang boleh didirikan di sini. Jadi terus booked RM40 untuk semalam. Kita orang ambil dua tapak untuk 2 family. Tapak khemah ni sentiasa berkunci kalau takda orang sewa, bila dah bayar baru staff pejabat tourism akan datang buka kunci pintu.
Asalnya ada group 8 khemah yang booked sekali dengan kita orang tapi last minit cancel, jadinya tinggal kita orang 2 family je. Masa kita orang datang sini masih dalam musim hujan, kata staff sini hujan di Bukit Fraser ni ‘jahat’ sikit (lebat + angin agak kuat maksudnya kot). Lepas peringatan staff tu, kita orang pun ambil keputusan pasang khemah dalam ‘dewan’ gasing sebagai langkah berjaga-jaga, memang betul lah malam tu hujan lebat, at least boleh la berteduh bawah bumbung tanpa guna fly sheet.
Malam di sini waktu kita orang datang memang sejuk, suhu jatuh sampai 18 degree, sejuk dia memang tak boleh bawa bincang. Kawasan khemah sentiasa berkabus je, cakap pun keluar asap dari mulut macam kat obersea lah pulak. Makanan masak je cepat sejuk.
Selain berkhemah, boleh juga naik menara tinjau yang ada dalam kawasan tapak khemah untuk lihat alam semula jadi yang sangat cantik, tapi kena berhati-hati sikit sbb tangganya licin dan sedikit berlumut, kalau kanak-kanak nak naik better ada orang dewasa temankan.
Dekat luar pagar pintu masuk pun ada spot pemandangan bukit yang cantik, boleh juga ambil gambar sini. Waktu ni air terjun Jeriau masih tutup sebab diselanggara, frust sikit.
Kemudahan:
- Plugpoint (dalam tandas)
- Tandas
- Kawasan berpagar
- Lampu jalan
- Lampu dewan
- Tempat makan dan memasak
- Gazebo
- Paip air
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Cara-Cara Mudah Dan Tip Untuk Anda Bercuti Ke Pulau Perhentian

Melihat keindahan hidupan marin di Pulau Perhentian pasti meruntun sesiapa jua khasnya buat penyelam untuk mengintai kehidupan dasar laut yang mempesonakan. Jadi untuk anda yang ingin berkunjung ke sana, entri ini ada beberapa guide yang boleh anda ikuti apabila ke Pulau Perhentian.
- Aktiviti utama pelancong ke sini tentulah snorkeling dan selam skuba. Selebihnya menghayati pemandangan semula jadi di sekitarnya yang masih terjaga.
- Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.
⭐TRIVIA
Pulau Perhentian diliputi hutan hujan tropika dan mempunyai keindahan laut yang memukau - Perjalanan bermula di Jeti Kuala Besut, Terengganu di mana pelancong boleh menaiki bot laju menuju ke Pulau Perhentian Kecil yang terletak kira-kira 21km dari Kuala Besut, mengambil masa kira-kira 30 minit.
- Jangan lupa bawa sedikit makanan untuk anda makan dalam perjalanan ke sini terutamanya roti. Takut anda lapar sepanjang perjalanan.
- Paling penting, bawa air mineral botol besar dan bajet dalam 3 hari anda perlu minum air mineral berapa liter. Cuaca di Pulau Perhentian agak panas dan anda perlu minum air secukupnya.
⭐TRIVIA
Diberi nama Pulau Perhentian kerana dahulunya pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan oleh pedagangView this post on InstagramA post shared by Pakej Pulau Perhentian Murah (@perhentianeyzaa) on
⭐PRO TIP
Pastikan anda menempah bilik dahulu sebelum ke Pulau Perhentian kerana khuatir bilik-bilik resort yang murah penuh - Kawasan penempatan hanya tertumpu di Pasir Hantu atau dipanggil Perhentian Permai terletak di Pulau Perhentian Kecil.
- Musim bagi percutian di Pulau Perhentian bermula pada bulan Februari hingga Oktober dan selebihnya ditutup kerana angin monsun yang melanda pulau setiap hujung tahun.https://www.instagram.com/p/Bt-AF_iBa2o/
⭐TRIVIA
Cuaca yang panas dan matahari yang terik memancar sebenarnya membuatkan laut biru di Pulau Perhentian bertambah cantik - Alatan untuk snorkeling dan jaket keselamatan boleh disewa.
- Jika mahu melihat ikan dan terumbu karang dengan lebih jelas, pengunjung boleh melakukan aktiviti snorkeling pada waktu tengah hari.
⭐PRO TIP
Jangan lupa menyapu losyen sun block supaya tidak rentung terbakar seperti udang bakar - Biasanya pengunjung akan dibawa snorkeling di sekitar Pulau Perhentian Kecil dan Besar. Terumbu karang di laut Perhentian sememangnya cantik dan menakjubkan.
⭐TRIVIA
Semasa melakukan aktiviti snorkeling, antara ikan yang dijumpai ialah ‘Ikan Nemo’ - Para pengunjung disediakan dan diberikan dengan kelengkapan snorkeling yang selengkapnya supaya keselamatan pengunjung terjamin di samping dapat menikmati keseronokan snorkeling sepuasnya.
- Antara lokasi snorkeling yang dikunjungi oleh pengunjung ialah Turtle Point, Shark Point dan Lighthouse.
⭐TRIVIA
Tahukah anda? Penyu cepat menyedari kehadiran anda lalu pantas sahaja melarikan diri dan dikatakan makhluk yang sangat pemalu - Selain snorkeling, aktiviti selam skuba juga disediakan. Aktiviti ini juga jadi kemestian buat penyelam skuba. Pastinya akan memberikan pengalaman seumur hidup bila dapat menyaksikan sendiri tukun kapal, tukun konkrit yang terletak di dasar laut, selain daripada melihat kehidupan laut dan batu karang.
⭐PRO TIP
kebanyakkan kedai di Pulau Perhentian Besar tutup pada pukul 10 malam dan pulau itu lebih sesuai untuk pengunjun yang berkeluarga - Salah satu tarikan pelancongan dan lokasi wajib ketika anda bercuti di Pulau Perhentian ialah Kincir Angin Perhentian.
- Kincir Angin ini terletak di Pulau Kecil dan untuk sampai ke lokasi ini, anda perlu mendaki lebih kurang 20-30 minit bergantung kepada kelajuan pergerakan anda.
- Naik ke kincir angin dalam pukul 17:00 – 17:30 kerana pemandangannya lebih cantik dan tidak panas.https://www.instagram.com/p/Bt2IssTli1d/
⭐TRIVIA
Aktiviti ini menggunakan sedikit kekuatan fizikal dan mental namun, sebaik sahaja para pengunjung tiba di puncak, penat dan lelah pasti akan hilang begitu sahaja sebaik melihat pemandangan yang begitu indah pada ketinggian 150 meter daripada paras laut - Long Beach panoramanya seumpama berada di pantai luar negara. Ramai pelancong asing tertumpu di sini.
- Waktu malam, bagi para pengunjung yang masih merasakan masih awal untuk pulang tidur berehat dan inginkan suasana malam yang lebih meriah boleh lah berjalan ke Long beach.
⭐TRIVIA
Terdapat pelbagai hiburan muzik dan persembahan api yang di adakan di Long Beach.https://www.instagram.com/p/BskP6GZF1IB/
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pusat Akuarium Tokyo Ajak ‘Chatting’ Dengan Belut ‘Murung’ Guna FaceTime

Bukan manusia sahaja boleh murung atau sunyi jika tidak dapat berinteraksi dan berjumpa dengan orang ramai, ada haiwan juga yang mengalami tekanan jika tidak melakukan rutin harian berjumpa manusia.
Setelah sekian lama tidak menerima kunjungan daripada manusia, penjaga sebuah akuarium di Jepun mula bimbang jika belut spesies ‘Grass Eel’ peliharaan pusat tarikan itu mula lupa atau takut berjumpa dengan orang ramai.
Kebiasaannya, belut-belut kecil itu akan muncul dari permukaan tanah di akuarium itu dan menggoyangkan tubuh badannya ketika diperhatikan manusia. Namun, akibat lama tidak berjumpa dengan manusia, kira-kira 300 ekor belut itu mula menunjukkan perubahan menjadi ‘murung’.
Oleh itu, Pusat Akuarium Sumida di Tokyo, memohon orang ramai agar berinteraksi dengan belut menerusi panggilan video FaceTime. Lima buah iPad diletakkan di luar tangki bagi memudahkan orang ramai melihat ke dalam ruang habitat buatan spesies belut berkenaan.
Akhirnya selepas berpeluang membuat panggilan FaceTime bersama manusia, kesemua belut mula menampilkan diri secara beransur-ansur dan tidak murung dan sepi seperti sebelumnya.

Interaksi spontan antara ikan dengan pengunjung pusat berkenaan sudah menjadi kebiasaan selama ini, sama seperti kisah sesetengah haiwan di zoo yang sudah terbiasa berhubung dengan manusia. Perintah darurat atau sekatan pergerakan akibat penularan COVID-19 telah membuatkan kebiasaan itu terhenti secara mendadak.

Ada sesetengah haiwan yang selesa dengan ketiadaan manusia, namun bagi haiwan tertentu yang mempunyai naluri mahu berinteraksi, situasi tanpa manusia boleh menyebabkan sebaliknya.
Sumber: astroawani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI