JAPAN(1)

Beberapa minggu lalu tular mengenai kerajaan Jepun bercadang untuk mewujudkan kempen membiayai separuh kos pelancong yang melancong di Jepun.

Khabar tersebut membuatkan ramai warga dunia termasuk dari Malaysia yang gemar melancong ke negara matahari tersebut teruja dan gembira. Mereka dikatakan tidak sabar untuk mula merancang kembara ke Jepun setelah wabak COVID-19 berakhir. Namun keseronokkan tersebut tidak lama, kerana berita tersebut dikhaskan untuk kempen melancong buat rakyat Jepun sahaja.

Jepun Hanya ‘Sedia’ Terima Pelawat Dari Thailand, Vietnam, Australia & New Zealand. TIDAK Dari Malaysia!

Ads

Terbaru, Kerajaan Jepun sedang mempertimbangkan untuk melonggarkan larangan masuk kepada pelawat dari Thailand, Vietnam, Australia dan New Zealand, menurut sumber lapor KYODO News.

Jepun Hanya ‘Sedia’ Terima Pelawat Dari Thailand, Vietnam, Australia & New Zealand. TIDAK Dari Malaysia! Jepun Hanya ‘Sedia’ Terima Pelawat Dari Thailand, Vietnam, Australia & New Zealand. TIDAK Dari Malaysia! Jepun Hanya ‘Sedia’ Terima Pelawat Dari Thailand, Vietnam, Australia & New Zealand. TIDAK Dari Malaysia! Jepun Hanya ‘Sedia’ Terima Pelawat Dari Thailand, Vietnam, Australia & New Zealand. TIDAK Dari Malaysia!

Ads

Manakala, Jepun tetap mengenakan larangan masuk terhadap pelawat 111 negara dan wilayah termasuk Amerika Syarikat, seluruh Eropah dan sebahagian besar negara Asia. Malaysia juga termasuk di dalam larangan negara yang boleh berkunjung ke Jepun buat masa ini.

Menarik balik larangan perjalanan itu disifatkan sebagai langkah pertama dan Tokyo akan berunding mengenai syarat-syaratnya dengan empat negara berkenaan. Pelawat dari Thailand, Vietnam, Australia dan New Zealand ini akan dibenarkan masuk ekoran penularan wabak COVID-19 semakin pulih di negara tersebut selain mempunyai hubungan perniagaan dengan Jepun. Langkah menarik balik sekatan yang pertama mungkin akan dilaksanakan pada musim panas ini.

Ads

Vietnam, Australia dan New Zealand antara 11 negara pakatan perdagangan bebas di bawah Perkongsian Trans-Pasifik yang disemak semula, menyaksikan Jepun menjadi sebahagian daripadanya. Thailand, pula menjadi tuan rumah kepada banyak syarikat Jepun, termasuk pembuat kenderaan.

 

Sumber: Bernama | Foto: FB Visit Japan International

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI