Tidak semua orang berpeluang untuk melancong ke luar negara. Selain kosnya yang bukanlah murah, pelbagai lagi persiapan lain perlu dilakukan dengan sebaiknya. Daripada hal menencari tiket penerbangan, penginapan hinggalah merancang itenari perjalanan.
Tapi ada juga yang pergi melancong ikut secara membuta-tuli. Tanpa sebarang perancangan dan main redah sajaha. Hasilnya perjalanan itu jadi sia-sia sebab banyak sekali masalah yang mendatang.
Berikut LIBUR kongsikan beberapa kesilapan utama yang selalu orang Malaysia lakukan bila melancong ke luar negara. Semoga pandemik ini berkahir dengan segera agar kita boleh jana semua industri pelancongan sama ada dalam dan luar negeri.
Ikuti perkongsian kami di bawah!
Travel ke tempat jauh waktu siang
Ini adalah kesalahan yang pertama. Korang sepatutnya melakukan perjalanan jauh dari lokasi A ke lokasi B pada waktu malam, bukannya pada waktu siang. Sepanjang perjalanan yang dilakukan pada waktu malam memberikan masa dan peluang untuk korang berehat di dalam kenderaan. Tambahan pula, ia menjimatkan sedikit kos penginapan. Pada waktu siang, gunakan masa sebaiknya untuk meneroka lokasi yang korang tiba.
Tak ambil walau satu travel insurance
Ini kesalahan yang paling besar. Travel insurance adalah satu kepentingan yang paling utama semasa korang mengembara kerana ia adalah backup untuk diri sendiri sekiranya berlaku apa-apa kemalangan atau kejadian yang tak diingini. Dah banyak kes yang terjadi di kalangan pengembara dari Malaysia yang menghadapi masalah dan tidak dilindungi oleh insurance.
Gagal ambil tahu modus operandi pencuri/penyeluk saku
Pengembara Malaysia lebih suka bergaya daripada mementingkan ciri-ciri keselamatan pada diri mereka. Korang kena ambil tahu apa bagasi yang sesuai digunakan semasa travel. Kalau boleh, dapatkan bagasi yang mempunyai ciri-ciri anti pencuri yang sukar untuk dikoyakkan mengguna apa-apa peralatan seperti pisau dan sebagainya.
Terlalu cerewet soal makan
Ini pun antara kesalahan yang perlu dielakkan sebab bila kita mengembara, kita kena letakkan segala ruang selesa kita di rumah dan bersedia untuk segala cabaran yang bakal kita tempuhi semasa berada di tempat baru. Ada dikalangan pengembara dari Malaysia yang rasa jijik untuk mencuba makanan di jalanan tetapi tahukan korang, bahawa makanan di jalanan itu kadang-kala lebih berkualiti daripada makanan yang kita dapat di restoran.
Tak maklum pada bank
Jarang kita jumpa dengan pengembara dari Malaysia yang memaklum kepada bank bahawa mereka akan keluar negara untuk sekian-sekian masa. Tapi cuba korang bayangkan sekiranya terjadi apa-apa kepada diri kita semasa pengembaraan tersebut. Bukan ke benda tu akan menyusahkan ramai pihak. Tak salah sekiranya korang ambil inisiatif memaklumkan kepada bank yang korang tak ada di dalam negara untuk sekian masa.
Itu adalah senarai kesalahan yang kerap pengembara dari Malaysia lakukan. Jadi, kalau boleh korang elakkan lah daripada terjebak dengan kesalahan-kesalahan yang sama. Selamat bercuti!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI