Beg adalah peneman dan pembantu paling setia sewaktu kita keluar travel. Beg akan bawa apa sahaja kelengkapan dan keperluan ke mana sahaja yang kita pergi.
Tak kisah apa jenis travel trip yang kita buat seperti business trip, backpack trip, leisure trip, hiking atau trip ke pulau, pemilihan beg perlu disesuaikan mengikut keadaan kerana setiap rekabentuk dan saiz mempunyai kelebihan serta kekurangan mengikut keadaan.
Ada empat perkara yang kita perlu tahu sebelum pemilihan beg untuk travel:
1. Jangka masa percutian
Adakah kita akan bercuti untuk jangka masa yang lama atau trip percutian kita hanya memakan masa selama sehari?
2. Pengangkutan apa yang digunakan
Menaiki kapal terbang? feri? kereta api? berbasikal? menaiki kereta? jenis beg biar bersesuaian dengan kenderaan yang kita naiki.
3. Tahap kesukaran percutian
Adakah percutian kita akan statik di satu tempat atau kita akan hopping ke tempat-tempat yang lain.
4. Aktiviti apa yang dilakukan
Adakah sesuai membawa luggage empat segi beroda mendaki gunung?
Di sini ada beberapa contoh beg dan kesesuaian untuk digunakan:
Rolling Luggage
Sesuai untuk: Travel jangka masa lama
Siapa yang rasa nak ‘lari’ dari rumah, wheeled suitcase macam ni sesuai sebab boleh bawa perkakas rumah bersama. Ciri-ciri beroda, mempunyai pemegang dan permukaan luaran yang keras menjadikan ianya versatile dan mudah untuk di bawa ke mana-mana.
Backpack / Beg Sandang
Sesuai untuk: trip adventure
Backpack sesuai untuk mereka yang menjalani gaya hidup travel yang aktif. Selalunya backpack dicipta dengan bahan yang tahan lasak dan pemakaiannya cepat selain mudah dipikul dan dibawa ke mana-mana. Sesuai untuk pelancong yang sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Beg Duffel
Sesuai untuk: Trip santai
Duffel bag sesuai untuk orang yang suka bersukan atau mempunyai hobi sewaktu travel trip mereka. Walaupun ia tidak fleksibel seperti wheeled suitcase atau dibuat untuk trip lasak seperti backpack, beg duffel ini sesuai untuk perjalanan kasual di luar bandar atau pulau. Reka bentuk silinder yang ringkas dan saiz yang pelbagai menjadikan beg ini boleh dijadikan beg sampingan bagi pakaian dan item yang lebih kecil jika beg utama anda penuh.
Beg Day-Pack
Sesuai untuk: Kawasan urban dan mahukan beg yang kecil
Beg kecil ini mempunyai ruang yang selamat untuk melindungi komputer riba anda sekiranya dibawa sewaktu travel, ditambah dengan poket yang banyak untuk menyimpan kabel, peralatan, botol air, snacks dan kerja kertas. Selain daripada itu, anda boleh gunakan untuk trip yang tidak lebih daripada sehari. Malah, beg ini kecil dan boleh dibawa masuk ke tempat duduk dalam penerbangan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI