Berita

Jemaah Haji Bedepan Suhu Panas Mencecah 50 Darjah Celsius Tahun Ini

Share

Jemaah haji dinasihatkan untuk menjaga kesihatan dan minum air yang banyak kerana tahun ini cuaca panas dijangka mencecah 50 darjah Celsius. Selain minum air,  jemaah juga diminta tidak terlalu dedah di bawah cuaca panas bagi mengelakkan berlaku strok haba.

Pihak Tabung Haji juga menyediakan khemah di Arafah dan Mina yang dilengkapi pendingin hawa sebagai langkah persediaan dalam menghadapi keadaan tersebut.

Penyediaan Makanan & Minuman Jemaah Haji

Tabung Haji memperkenalkan pembaharuan dalam aspek sajian pemakanan buat jemaah Malaysia yang akan menunaikan fardu haji. Pembaharuan yang dimaksudkan beliau ialah, makanan sedia dimakan atau ‘food ready to eat’ akan diperkenalkan buat 30,200 jemaah haji Malaysia. Kaedah penyediaan ‘food ready to eat’ itu ialah dengan melalui cara dengan makanan diletakkan air panas sebelum dijamah.

Ketika jemaah berada di Mina dan Arafah, sebanyak tiga menu daripada 15 menu makanan seperti nasi beriani dan nasi arab akan disediakan menerusi kaedah ini. Ini merupakan projek perintis kerana setiap tahun di kawasan perkhemahan jemaah, Tabung Haji perlu menggunakan kayu api untuk memasak setiap sajian, tetapi menerusi cara sebegini ia dilihat lebih mudah dan dijamin kualiti serta bersih.

Tip

Bagi yang pertama kali ke tanah suci Madinah, manfaatkan tempoh lapan hari atau 40 waktu solat di masjid. Pastikan anda memerhati keadaan sekeliling Masjid Nabawi bagi mengelak sesat untuk mencari jalan pulang ke hotel penginapan. Walaupun keadaan di Madinah pada awal musim haji ini tidak sesak, elok bergerak secara berkumpulan sekurang-kurangnya berdua. Bawa kad nama hotel sepanjang masa supaya jika sesat, ia boleh digu­nakan untuk mencari jalan pulang.

Sumber:Astro Awani

Oleh
Husna