Jeddah ‘Lockdown’ Semula! Selepas Sekatan Dilonggarkan, Terus Ada Peningkatan Kes COVID-19

Share

Arab Saudi mengambil keputusan melaksanakan semula perintah ‘lockdown’ di Jeddah yang menjadi pintu masuk utama ke Mekah, bermula 6 Jun hingga 20 Jun 2020 depan.

Selepas pelonggaran perintah berkurung pada Mei 2020 lalu, tindakan lockdown terbaru itu terpaksa diambil susulan adanya peningkatan bilangan kes jangkitan Covid-19 di Jeddah selepas meneliti keadaan epidemiologi dan kadar tinggi pesakit di bahagian rawatan rapi. Ia juga sebahagian langkah kerajaan Arab Saudi untuk mengekang penularan wabak daripada tersebar semula.

 

Arab Saaudi memutuskan untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang ketat di bandar Jeddah selama dua minggu. Berikutan pelaksanaan semula perintah berkurung itu:

  • Penduduk dilarang melakukan pergerakan bermula jam 3 petang hingga 6 pagi termasuk ke tempat kerja tidak kira di sektor awam mahupun swasta.
  • Penangguhan solat di masjid dan perintah duduk di rumah untuk pekerja sektor awam dan swasta di bandar Laut Merah.
  • Selain itu, penduduk juga dilarang makan dan minum di dalam restoran atau kafe serta menunaikan solat berjemaah melebihi lima orang di dalam masjid.
  • Pengangkutan darat dan udara untuk masuk dan keluar dari Jeddah masih dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh berkenaan.
  • Semua pekerja dan kumpulan penting yang terkecuali, tetapi perlu mematuhi peraturan dan prosedur pencegahan.
Foto: bloomberg.com
Foto: straitstimes.com

Ketika ini, tiada sekatan di semua bandar dan wilayah lain tetapi ada kemungkinan kementerian memperbaharui peraturannya sekiranya keadaan bertambah buruk. Arab Saudi mengumumkan 96,000 jangkitan COVID-19 dengan 642 kematian, tertinggi dalam kalangan negara Teluk. Keadaan itu juga menyebabkan ibadah umrah dilarang dilaksanakan dalam tempoh setahun.

 

Sumber: astroawani | HMOnline

Oleh
Husna