
Juara Piala Malaysia 2017 dan juara empat kali berturut-turut liga Malaysia Super League, Johor Darul Ta’zim, akan menyumbangkan duit kemenangan Piala Malaysia baru-baru ini kepada mangsa banjir Pulau Pinang.
“Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Johor, antara polisi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan sepertimana sebelum ini kepada mangsa bencana banjir di Pahang dan Kelantan serta mangsa bencana gempa bumi di Sabah.”
“Banyak bantuan yang telah kami berikan kepada kerajaan negeri dan JDT akan terus melakukan perkara yang sama. Kelab JDT dan para pemain telah membuat keputusan untuk memberi duit kemenangan Piala Malaysia yang kami menangi kepada mangsa bencana banjir di Pulau Pinang.”
Demikian petikan YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim, Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Ada Saman, Kena Setel Di Airport Sebelum Balik” – Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Sewa Kereta Di Tanah Arab!

Bagi pengembara pengalaman travel secara memandu di negara luar sangat berbeza dan memberi pengalaman tersendiri.
Namun keseronokannya dapat merasai pengalaman yang lain daripada lain, apatah lagi pemeriksaan di sana lebih ketat.
Seperti pengalaman Marzuki Mustaffa yang memandu dari Madinah ke AIUla. Menurutnya agak sukar untuk menyewa kereta di sana jika tidak mempunyai ID pekerja Arab Saudi.
Namun mereka berjaya lepasi halangan ini dengan bantuan kenalan rakyat Malaysia yang bekerja di sana.
Lebih mencabar kerana pemanduan adalah di sebelah kiri berbeza dengan tempat kita yang memandu dari sebelah kanan.
Perjalanan mengikut arah google map dan agak bosan sedikit kerana pemandangan hanya pasir dan bukit berbatu.
Malah jika disaman, kadarnya lebih tinggi berbanding di Malaysia dan harus membayar di lapangan terbang sebelum dibenarkan menaiki penerbangan ke Malaysia.
1 Feb 2020. Perjalanan dari Madinah ke AlUla. Lebih kurang 400km ke utara Madinah. Sempena EcoTrail AlUla semasa Winter at Tantora Festival.
Kami sewa kereta pandu sendiri untuk perjalanan ni. Sepatutnya kami sewa kereta di Airport Madinah tetapi di sana kereta semua dah habis.

Masalah timbul apabila hendak sewa kereta luar daripada airport. Mereka tidak terima orang luar tak ada ID pekerja Arab Saudi. Masalah selesai dengan bantuan kenalan rakyat Malaysia yang bekerja di Saudi.
Kami sewa kereta di Alwefaq Rent A Car. Antara syarikat sewa kereta yang besar di Arab Saudi. Keperluan kami adalah kereta yang besar atau 4×4 tapi tak ada.
Kami hanya mampu sewa kereta sedan yang sederhana besar. Kereta Chang’An model Aslvin 1.5L buatan China. Untuk pengetahuan, Chang’An Automobile (Group) Co., Ltd. merupa antara syarikat kereta terbesar di China. Ia ditubuhkan pada 1862, maknanya 159 tahun dahulu.
Harga sewa kereta ni 130SR sehari untuk maksima 300km sehari. Dengan deposit 2000SR. Kami sewa 10 hari bermakna kami dapat 3000km perjalanan. Untuk sewa kereta di Saudi, pemandu perlu ada International Driving Permit.
Dengan pemanduan sebelah kiri, mulanya terasa jangal semasa hendak tukar gear dengan tangan kanan. Kalau di bulatan atau simpang tiga, saya hanya mengikut kereta di hadapan untuk menyesuaikan diri dengan jalanraya. Berhati-hati memandu di Arab Saudi.
Banyak kamera had laju serta kamera di simpang lampu isyarat. Saman kerana memandu melebihi had laju antara 1000-2000 SR.
Manakala saman kerana melanggar lampu isyarat pula lebih tinggi lagi. Kalau kena saman, masalah timbul bila kita nak balik ke Malaysia. Semuanya harus dibayar di lapangan terbang.
Perjalanan ke AlUla, kami guna google map serta papan tanda. Entah betul atau tidak jalanraya yang kami guna tu kurang kenderaan, tetapi mengikut google, ianya menuju ke AlUla.
Perjalanan amat baik, kiri kanan adalah padang pasir. Jalanraya pun bagus cuma terasa bosan kerana pemandangan hanya pasir dan bukit berbatu. Sempat singgah di kedai makan tepi jalan untuk sarapan. Kami pilih menu roti dengan kari ayam.
Sambung perjalanan, kali ni pemandangan cantik sikit tapi jalanraya bertambah kecil. Unta, unta. Nampak di hadapan unta melintas jalan. Maklum le di Malaysia hanya nampak lembu melintas jalan.
Di sini unta yang melintas. Teruja rasa dan kami terus berhenti untuk merakam memori. Sambil menikmati pemandangan padang pasir dan bukit berbatu yang tak sama di Malaysia.
Perjalanan mengambil masa 5 jam termasuk berhenti rehat untuk makan. Apabila sampai di Sahary Resort Al Ula, cantiknya lebih lagi. Penginapan yang di bina antara bukit berbatu. Kiri kanan hanya nampak bukit.
Kami sampai waktu tengahari, tapi suhu di sana amat nyaman. Tidak panas walaupun ada matahari. Suhu dalam 20°c. Waktu pagi dalam 10°c. Waktu malam lagi sejuk. Bahagian Al Ula akan dicerita dalam bab lain.
#madinah #AlUla #winterattantora #ecotrail #ecotrailAlUla
Artikel Berkaitan:
Wanita Ini Kongsi Itinerari 7 Hari Perjalanan Penuh Mencabar, Demi Melihat Keindahan Kashmir, India
‘Camping Ala Hispter’, Tarikan Terbaru Di Perlis Cetus Kelainan. Lepas PKP Korang Patut Cuba!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Indonesia Larang Semua Penerbangan Komersial Bawa Penumpang Nak ‘Balik Raya’

Indonesia mengumumkan larangan terhadap semua penerbangan komersial dan persendirian dalam negeri dan antarabangsa, berkuat kuasa sehingga 1 Jun 2020 nanti.

Ia selaras dengan perintah Presiden Indonesia Joko Widodo yang melarang semua aktiviti bermudik atau balik kampung bagi menyambut Aidilfitri 1441 Hijrah.
Kebiasaannya sebelum ini (aktiviti bermudik) melibatkan pergerakan berjuta-juta orang terutamanya dari Kota Jakarta dan kota-kota berhampirannya, ke wilayah-wilayah lain ke seluruh Indonesia, sama ada melalui pengangkutan darat, udara dan laut, bagi menyambut Aidilfitri.
Bagaimanapun berlaku pengecualian larangan itu kepada penerbangan yang membawa pemimpin tertinggi negara itu, atau pemimpin negara luar, selain pesawat yang membawa pulang rakyat Indonesia dari negara luar dan operasi penerbangan yang membawa warga negara asing di Indonesia untuk pulang ke negara mereka.

Indonesia menutup kemasukan pelawat luar dan menghalang rakyatnya keluar negara bagi membendung penularan virus COVID-19, berkuat kuasa 20 Mac 2020 lepas sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
WTC19 – Industri Pelancongan Malaysia Ke Arah Teknologi Digital

Malaysia sedang mengorak langkah ke arah pendigitalan yang komprehensif bagi mengubah industri pelancongannya dengan inisiatif pelancongan pintar, sejajar dengan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada ucaptama semasa melancarkan Persidangan Pelancongan Sedunia 2019.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan percaya, menerusi keterangkuman spektrum digitalisasi, ia dapat menyediakan keperluan buat para penggiat pelancongan ke peringkat antarabangsa selain meluaskan perniagaan dan memendekkan tempoh rantaian bekalan.
“Untuk menjadikannya satu kenyataan, satu iklim pelaburan baru diperlukan untuk satu persekitaran kondusif bagi membolehkan industri pelancongan berpusatkan teknologi bergerak ke hadapan. Pelaburan dalam infrastruktur keras dan lembut perlu diseimbangkan.
“Dasar kebangsaan diperlukan untuk membenarkan insentif pelaburan dalam produk yang lebih tidak ketara seperti data pemerolehan, penciptaan kandungan dan kewujudan platform dalam talian,” katanya
Turut hadir Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Mohamaddin Ketapi dan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pelancongan Sedunia (UNWTO) Zhu Shanzhong.
Sumber: Bernama | pmo.gov.my
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI