Jauhi Pantai & Kawasan Berisiko, Fenomena Air Pasang Besar Landa Empat Negeri Minggu Ini

Share

Fenomena air pasang besar dijangka melanda Kedah, Perak, Selangor dan Johor selama empat hari mulai 4 Nov depan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Ir Nor Hisham Mohd Ghazali berkata fenomena tersebut akan menjadi lebih buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak.

Katanya, ia berisiko mengakibatkan banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.

Menurut Nor Hisham kawasan terbabit di Kedah adalah Kuala Muda; Perak (Bagan Datuk); Selangor (Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor) serta Johor (Batu Pahat dan Pontian).

"Orang ramai terutama penduduk di pesisir pantai dinasihatkan supaya berwaspada berdepan dengan fenomena air pasang ini selain memantau keadaan cuaca," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Selain itu, pengunjung pantai dinasihatkan lebih berhati-hati dengan tidak menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh tersebut. Sumber: BERNAMA

Dalam pada itu,seorang pengguna Tik Tok @simatasyepet memuat naik kejadian air pasang besar yang berlaku di Tanjong Karang yang sering menjadi tumpuan cuti bagi warga Selangor pada 1 November lalu yang mana fenomena ini berlaku lebih awal dari jangkaan. Jelas ia bukan berlaku di tepi pantai saja sebaliknya berlaku di tengah bandar kerana dari video dikongsikan air sudah menaiki kawasan tersebut hingga kenderaan rendah berisiko meredahnya.

https://www.tiktok.com/@simatasyepet/video/7025711794081582362?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&q=simatasyepet&t=1635834217042&sender_device=pc&sender_web_id=6973624686812366338

Oleh
almaswa Haji Che Ros