Jatuh Cinta Pandang Pertama, Wanita Kongsi Short Trip Singgah Ke Belgium. Ternyata Bukan Hanya Sekadar Kota Terkenal Dengan Coklat!

Share

Peluang menjelajah ke seluruh dunia atas sebab berkerja atau bercuti menjadi satu medium untuk pengembara berkongsi keistimewaan setiap tempat yang dikunjungi. Berkesempatan berkunjung ke lebih 70 negara, kali ini Ayu Hasman menjejakkan kaki ke bandar Belgium yang ternyata membuatkan dirinya jatuh cinta pandang pertama.

Jika sebelum ini hanya melalui sahaja kota ini tanpa menyinggah, kali ini dia bertekad untuk bermalam di Belgium selama 3 hari 2 malam. Tidak terlalu padat, tenang dan cantik, wanita ini merasakan kunjungannya ke Belgium selama 3 hari itu tidak cukup.

Nak tahu apa yang menarik ada di Belgium, jom ikuti perkongsian Ayu Hasman!

Jatuh Cinta Pandang Pertama

Negara ke-71, Belgium

Kalau sebelum ni hanya pass by sahaja di Belgium. Namun kali ini dah nekad untuk singgah dan stay selama 3 hari 2 malam.

Sangat tak sangka rupa-rupanya banyak benda yang menarik di Belgium ni selain daripada the finest belgian chocolate

3 Perkara ini yang membuatkan saya jatuh cinta pandang pertama di Belgium:

  1. Pengangkutan awam sangat bagus (terutamanya train). Perjalanan diantara Brussels dan Ghent yang jaraknya 54km hanya mengambil masa kira-kira 47 minit dengan menaiki train. Jadi, korang tak perlu nak sewa kereta. Boleh lepak dalam train & enjoy!

2. Penggunaan basikal & scooter elektrik agak meluas. Turut disediakan, lane khas untuk basikal dan scooter elektrik. Agak-agak kalau rasa malas nak jalan, korang boleh sewa basikal dan kayuh ke lokasi yang korang nak pergi tu. Bila dah sampai, boleh drop di parking area dan tinggalkan sahaja disitu. Tak perlu return di tempat yang sama. Cuma, korang kena la download apps basikal tu. Semalam saya turut berpeluang mengayuh basikal di sekitar canals di Ghent. Besttttt

3. Tenang, tak crowded dengan tourist. Nak tangkap gambar pun syok!

Kesimpulannya, menyesal pulak underestimate Belgium. 3 hari memang tak cukup. Patut tambah lagi hari untuk explore Bruges & Antwerp

InsyaAllah petang nanti saya akan fly ke Casablanca untuk meneruskan pengembaraan di Morocco. Doa-doakan cuaca tak terlalu panas ye. Ghisauuu

Kredit:Ayu Hasman

 

 

Oleh
SAHR