
Pantai yang cukup bersih dengan pasir putih dan air laut jernih, Aseania Beach Resort Pulau Besar jadi tumpuan ramai penduduk sekitar Johor.
Aseania Beach Resort Pulau Besar
Lokasi yang terletak di Pulau Besar, berhampiran Mersing ini menawarkan percutian yang tenang dengan pemandangan laut yang indah.
Resort bertaraf 3-bintang ini sempurna untuk pencinta alam dan anda yang ingin bersantai di tepi laut.
Dengan 47 bilik berkonsepkan gaya Kampung yang santai, resort ini memberikan suasana yang selesa dan menenangkan.
Owh ya, pengunjung juga boleh menikmati aktiviti seperti snorkeling, island hopping, dan sukan pantai.
Resort ini mudah diakses dengan perjalanan darat selama 4 jam dari Kuala Lumpur ke Jeti Mersing, diikuti dengan perjalanan bot selama 30 minit.
Jadi, kalau anda sudah sampai Mersing wajiblah singgah pantai cantik ini. Barulah ‘afdhal’, masuk negeri Johor!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Day Trip Di ‘Pulau Rahsia Langkawi’. Tak Mahal, Sangat Privasi & ‘Kita-Kita Je Tahu’

Pernah dengar atau tidak ada sebuah pulau rahsia dan privasi berada di Langkawi?
Pulau yang dikenali sebagai 'Paradise 101', merupakan pulau persendirian untuk anda lakukan pelbagai aktiviti air atau pantai. Pulau ini hanya boleh diakses menggunakan perkhidmatan bot khas di Jeti Telaga Harbour Marina bermula dari jam 10 pagi hingga tengah malam setiap hari.
Tidak basah, tidak sah lah percutian anda di Pulau Lagenda ini. Antara pakej dan aktiviti yang disediakan di pulau ini adalah mencuba permainan air di Aqua Park, Banana Boat Ride, Parasailing, snorkel atau hanya beristirahat. 'Pulau Syurga' ini juga bersedia menerima tetamu yang ingin mengadakan majlis sambutan hari lahir, perkahwinan atau majlis berskala besar.
Dikongsi oleh Laina Anuar
Paradise 101 Langkawi”, exclusive private island experience in Langkawi. Harga ticket promo Jom Lepak Chill RM30/pax. Nanti tiket voucher RM30 boleh bayar untuk restaurant/activity on the island. Harga termasuk shuttle boat to island. Banyak lagi pakej menarik. Boleh refer di website paradise 101. Aktiviti yang boleh dibuat:
- Mandi laut (free)
- Parasailing
- Banana boat
- Zipline
- Kayak
- Sofa boat
- Jetski
Saya pegi tak buat activiti pon, just lepak, chill, take photo dan makan-makan. Duduk 3 jam pon tak rase sebab angin memamg sepoi-sepoi je! Toilet bersih, banyak shower, don’t worry senang nak tukar baju dan mandi. Surau pon disediakan. Weekend memang ramai org, better book awal sbb slot limited. Disarankan datang weekdays kalau nak selesa. Tak payah menunggu turn nak amik gambar. Saya sertakan spot amik gambar dan view di Paradise 101 Langkawi.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selami Erti Kemerdekaan Di 5 Tempat Bersejarah Di Selangor Pada Cuti Hujung Minggu Ini!

Kedatangan bulan Ogos setiap tahun menggamit imbauan sejarah pahit getir pejuang Tanah Melayu dalam mempertahan ibu pertiwi. Bulan ini adalah saksi terbitnya semangat kemerdekaan yang sebenar!
Bukanlah sesuatu yang sukar untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam diri setiap daripada kita. Tidak perlu air mata, keringat atau tumpahan darah seperti generasi sebelum merdeka, generasi masa kini boleh menyemai semangat kemerdekaan dengan hanya menyelusuri dan meneroka tempat tinggalan sejarah dan tempat-tempat yang sarat dengan cerita sejarah yang boleh dijadakan teladan untuk semua. Apa kata, sempena dengan cuti hujung minggu ini, anda luangkan masa melawati 5 tempat bersejarah di sekitar Negeri Selangor.
- Bangunan Tan Boon Chia

Bangunan Tan Boon Chia.
Bangunan ini merupakan hak-milik kepada seorang pengasas industri perlombongan berbangsa Cina bernama Tan Boon Chia dan terletak di Rasa, Kuala Kubu Bharu di daerah Hulu Selangor. Tempat bersejarah ini mempunyai kira-kira 51 buah bilik dan telah siap dibina pada tahun 1918. Ketika Perang Dunia Kedua, bangunan ini telah dirampas oleh tentera Jepun dan menjadi tempat penderaan terhadap kaum Cina, yang mana merupakan satu tempoh getir yang sangat pahit untuk dikenang. Tentunya tempat ini merintis semangat kemerdekaan yang jitu kerana setelah Jepun menyerah kalah, aktiviti penderaan yang kejam telah dapat dihentikan dan pemilikan bangunan tersebut telah dikembalikan kepada Tan Boon Chia. Namun setelah episod hitam tersebut, mereka tidak berpindah masuk semula ke dalam bangunan itu, dan ia tersergam megah sebagai bangunan simbolik jerih-perih semasa zaman pra-kemerdekaan dahulu.
- Kota Raja Mahadi

Kota Raja Mahadi.
Kota ini gah dibina di puncak Bukit Kota oleh Raja Mahadi pada tahun 1866. Bangunan yang berusia lebih 100 tahun ini telah menjadi saksi kepada perang saudara pada pertengahan kurun ke-19 antara Raja Mahadi Ibni Almarhum Raja Sulaiman dan Raja Abdullah Ibni Almarhum Raja Jaafar bagi merebut hak pemilikan Sungai Klang dan tebing-tebingnya. Bagi memudahkan pemantauan pergerakan musuh di Sungai Klang sebagai laluan utama, tempat bersejarah ini telah ditempatkan pada ketinggian yang strategik. Kini, Kota ini telah diselenggara dengan baik di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Klang dan beberapa kemudahan telah disediakan untuk kegunaan para pengunjung seperti kawasan parkir kereta yang luas dan tandas awam juga turut disediakan.
- Bukit Malawati

Untitled design.
Kota Malawati tersergam megah di puncak Bukit Malawati, Kuala Selangor. Anda akan dapat menikmati pemandangan yang mengasyikkan meliputi hampir keseluruhan Kuala Selangor terutamanya pada waktu matahari terbenam. Semasa Belanda menakhluki daerah Kuala Selangor, Kota ini telah ditukar nama kepada ‘Fort Altingburg’ kerana kedudukannya yang strategik. Pada hujung minggu dan cuti am, terdapat kemudahan trem disediakan bagi memudahkan pergerakan pengunjung dari satu tempat ke tempat menarik lain yang terdapat di sekitar Kota warisan ini.
- Bukit Belanda

Bukit Belanda.
Bukit Belanda yang terletak di utara Bukit Selangor ini merupakan kubu pertahanan Belanda yang pertama. Tempat bersejarah ini digelar Bukit Belanda kerana pada suatu ketika dahulu, kerajaan Belanda yang diketuai oleh Van Brac telah menjadikan bukit ini sebagai kubu pertahanan dalam usaha untuk menewaskan Raja Hadi di Teluk Ketapang. Pada asalnya, bukit ini diberi nama Utrecht bersempena dengan nama bahtera yang dikemudi oleh Van Brac namun ia kemudiannya ditukar kepada nama Bukit Belanda kerana rekaan kotanya yang merupakan ilham dari Sultan Ibrahim menerapkan unsur-unsur kebaratan (Belanda).
- Muzium Kuala Selangor

Muzium Kuala Selangor.
Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor terletak 40 km dari Bandar Diraja, Klang. Terdapat banyak jenis maklumat menarik boleh diperoleh yang berkaitan dengan kronologi sejarah di Kuala Selangor. Muzium ini pada asalnya merupakan kediaman rasmi bagi Pegawai Daerah Kuala Selangor, namun telah diubah menjadi galeri bagi peminat sejarah yang ingin mengkaji tentang daerah Kuala Selangor. Menyedari pentingnya sejarah Kuala Selangor untuk dikongsi bersama, Lembaga Muzium Selangor mengambil inisiatif bersama Kerajaan Negeri untuk menubuhkan Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor di Bukit Malawati.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Rakyat Malaysia Di AS Maut Akibat COVID-19 Kemungkinan Berjangkit Di Kereta Api Bawah Tanah

Amerika Syarikat terus kekal kedudukan negara paling banyak kes COVID-19 di dunia, sejak ianya mula dikesan di negara itu pada 20 Jan. Setakat ini, angka kes sudah meningkat melebihi 1,768,346 kes dengan lebih 103,330 kematian
Persatuan Malaysia Amerika (MAA) melaporkan seramai 10 rakyat Malaysia yang tinggal di New York, Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia akibat COVID-19. Presidennya, Kim Bong berkata, dua daripadanya ialah ahli jawatankuasa persatuan tersebut antara 30 rakyat Malaysia yang dijangkiti virus itu. Beliau berkata, antara mangsa lain ialah pasangan Malaysia yang tinggal di Brooklyn.
"Seorang daripadanya adalah pemilik restoran, sementara yang lain dijangkiti di kereta api bawah tanah. Kami mendapat panggilan memaklumkan kematian mereka minggu lalu," katanya.
Kim Bong yang mengendalikan perusahaan perkapalan dan elektronik berkata, MAA membantu dengan mengatur perkhidmatan pengebumian untuk rakyat Malaysia tersebut. Tambah beliau, MAA turut membantu dengan menyumbangkan topeng muka ke hospital dan juga menghantar makanan yang dimasak kepada kakitangan barisan hadapan. Sementara itu, Pengerusi Bersama MAA, Jack Liaw yang menjalankan perniagaan perakaunan di wilayah Queens berkata, kematian rakyat Malaysia sangat menyedihkannya.
"Masalahnya di New York adalah sangat sedikit orang yang mengambil langkah berjaga-jaga pada awal pandemik seperti memakai topeng muka. Kerana perintah berkurung juga, kami tidak dapat menghadiri pengebumian mereka untuk memberi penghormatan terakhir. Sangat menyedihkan bahawa mereka kehilangan nyawa mereka di tanah asing yang jauh dari rumah," katanya.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI