‘Jarang Tengok Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Sunyi Macam Sekarang’

Share

Semua penerbangannya dari Sabah ke Wuhan, China telah dihentikan berikutan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) yang melanda wilayah berkenaan. Setiap minggu terdapat 14 penerbangan ke Wuhan, China.

Walaupun hanya penerbangan ke Wuhan dihentikan dan penerbangan ke wilayah lain di China masih berjalan seperti biasa namun kesan virus itu menyebabkan penumpang kelihatan kurang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). Ada juga sesetengah syarikat penerbangan membatalkan sementara waktu penerbangan dari negara China ke Sabah sehingga keadaan terkawal.

Seorang kakitangan yang berkhidmat di KKIA, Zaid Hanafi Zulkifli Zhz ada kongsikan beberapa keping gambar keadaan di lapangan terbang itu ketika ini.

Sepanjang bekerja di sektor penerbangan dalam kawasan KKIA ( pax handling ), tidak pernah sekali melihat keadaan KKIA sunyi pada waktu-waktu ‘peak hours’. Melihat keadaan ini baru tersedar besar pulak KKIA ini yaa.

Penggantungan sementara 117 penerbangan dari China ke Sabah ( Kota Kinabalu International Airport ) amat dirasai terutama di sektor-sektor pelancongan. Untuk rekod, negara China sahaja melangkaui paras setengah juta ketibaan pelancong dengan rekod seramai 593,623 datang ke Sabah tahun lepas.

Berikut sekitar keadaan KKIA selepas penggantungan beberapa penerbangan dari China berkuatkuasa. Semoga kita semua dijauhkan daripada dijangkiti virus tersebut, semoga Sabah dilindungi, Amin. Kita akui bahawa warga China banyak menyumbang dalam sektor pelancongan di Malaysia khususnya di Sabah, tapi tiada yang lebih bernilai melainkan nyawa warga kita sendiri.

Oleh
Husna