Boleh dikatakan rata-rata daripada kita semua mesti pernah mengalami satu pengalaman lampu amaran tangki minyak menyala, kan? Kita sebagai pemandu yang kadang-kadang panik kadang-kadang tak ini pun akan lekas segera ke stesen minyak untuk elak sebarang masalah yang bakal menimpa.
Malah, ada antara kita yang mungkin sedikit ‘professional’ akan memulakan prosedur lampu minyak bernyala dengan memandu dengan perlahan atau RPM rendah, membuka tingkap dan menutup penghawa dingin, hanya untuk menjimatkan penggunaan minyak kalau stesen minyak berada jauh lagi daripada lokasi.
Kalai bercerita tentang kes lampu minyak bernyala ni, banyak kejadian dan reaksi menarik pemandu dan penumpang yang boleh diceritakan tapi tahu tak sebenarnya tangki minyak kenderaan tersebut ada simpanan minyak yang mencukupi untuk anda berjalan beberapa kilometer lagi?
Disini anda boleh lihat anggaran jarak kilometer dengan minyak petrol atau diesel beberapa kenderaan yang biasa didapati di Malaysia dan jadual ini hanyalah anggaran sahaja kerana situasi sebenar bergantung kepada beberapa faktor iaitu kelajuan, kondisi enjin kenderaan, laluan yang digunakan dan beberapa fakor lain lagi.
Cuba anda tanya kepada mana-mana pemandu, mesti rata-rata daripada mereka akan dibayangi rasa takut apabila sedang memandu dan tiba-tiba lampu E menyala sebelum sampai ke destinasi.
Ads
Rasa seram sejuk perut walaupun dalam aircond kerana dek memikirkan tangki minyak kereta dah nak kering dan hampir kosong. Tak pasal-pasal ada yang menolak kereta tengah jalan.
Sebenarnya, anda tidak perlu rasa khuatir. Kalau anda tahu berapa kapasiti tangki minyak reserve sewaktu lampu E anda menyala, mesti anda tidak akan kalut lagi. Jadi berapa kapasiti tangki minyak reserve yang ada dalam tangki minyak anda sebelum ianya betul-betul habis? Di sini disediakan sedikit panduan untuk anda.
Ads
Amaran baki minyak kurang
Lampu amaran tangki minyak simpanan akan mula menyala memberikan amaran apabila baki minyak dalam tangki kurang daripada 7.5 liter.
Berkelip makin laju
Ada sesetengah kenderaan, lampu E akan berkelip-kelip sebagai tanda amaran. Mulanya ia akan berkeli secara perlahan-lahan dan menjadi lebih laju apabila baki minyak dalam tangki kurang daripada 6.0 liter.
Bila melepasi E
Tangki minyak kereta mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi E tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh lebih kurang 60 kilometer.
Ads
E bukan bermaksud empty
Ia bermaksud enough. Jika penghawa dingin dipadamkan, ia mampu memberi tambahan lagi lebih kurang 10 kilometer. Tambahan lagi 10 kilometer sekiranya anda memandu sekitar kelajuan 50km/h secara konsisten.
P/s: Simpanan minyak sebanyak 4.5 liter adalah piawaian yang dikeluarkan oleh standard antarabangsa. Sekarang anda boleh bertenang jika lampu E anda menyala ya!
Sumber: Dato’ Ir Hj Mohamad Bin Dalib, Pengarah Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan kerajaan sejak 14 Oktober 2020 lalu sehingga hari ini di Kuala Lumpur tidak hanya memberi kesan kepada orang persendirian sahaja, tetapi juga organisasi bukan kerajaan (NGO).
Antara organisasi yang turut menerima tempias ialah Zoo Negara, kerana sebahagian daripada pendapatan mereka datang daripada hasil jualan tiket. Zoo Negara memerlukan lebih banyak sumbangan bahan mentah dalam bentuk daging, sayur-sayuran dan buah-buahan bagi menampung keperluan bekalan makanan di taman haiwan itu. Makanan utama iaitu daging, sayur dan buah amat diperlukan dengan jumlah yang banyak untuk bekalan makanan haiwan jenis herbivor dan karnivor di zoo ini. Zoo Negara sangat mengalu-alukan sumbangan pihak luar pada ketika ini.
Entah makan entah tidak la haiwan-haiwan ini sekarang di zoo. Mungkin juga makanan mereka perlu dicatu ketika ini. Untuk menjamin kelangsungan hidup haiwan di situ, Zoo Negara masih meneruskan kempen haiwan angkat atau adoption sebagai salah satu usaha untuk memastikan bekalan makanan, perubatan dan pengurusan haiwan-haiwan akan berterusan. Kempen ini mula dilakukan ketika PKP pada bulan Mac 2020 dan diteruskan sehingga hari ini.
Antara haiwan yang boleh dipilih untuk dijadikan haiwan angkat ialah Kayla (harimau Malaya), Sibol (gajah) , Flash (cheetah) dan banyak lagi.
Menerusi kempen ini, orang ramai boleh memilih sama ada mahu memberi sumbangan secara one off atau secara bulanan, mengikut pakej yang tersedia. Mereka yang memberi sumbangan akan dihadiahkan e-sijil yang akan turut dicatitkan dengan nama haiwan yang dipilih, malah nama mereka juga akan dipamerkan di laman web Zoo Negara.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Zoo Negara di talian 03-4108 3422 atau menerusi emel di pr@zoonegaramalaysia.my.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
“Kedah Best Street Food 3.0” adalah karnival yang diadakan dengan tujuan untuk mengumpulkan pengiat industri makanan jalanan terbaik negeri Kedah dan bakal berlangsung pada 26 Oktober sehingga 29 Oktober 2017 bertempat di perkarangan Stadium Darul Aman.
Memasuki siri ke-3, program ini ialah initiatif FORWARD KEDAH (Persatuan Pembangunan dan Kemajuan Masyarakat) yang bergiat aktif di dalam usaha mempromosikan industri pelancongan di Kedah dan mendapat sokongan penuh dari kerajaan Negeri Kedah.
Karnival ini menyajikan hampir 500 pilihan makanan dari 100 pengusaha makanan jalanan yang mengambil bahagian dan didatangkan dari ke semua 12 daerah di dalam negeri Kedah. Kategori makanan yang akandisediakan termasuklah, makanan tradisi negeri Kedah, makanan barat, hybrid dan fusion yang mana sudah pasti mampu menarik minat setiap pengunjung yang hadir. Antara makananyang disajikan ialah Cucur Udang Dua beradik, Teh Ais Gajah, Pisang Goreng Sarung, Cendol Raja, Gulai Batang Pisang, Kerabu Daging Mentah, Satay Semeling dan Nasi Lemak Lan.
Karnival yang ditaja oleh Millennial Gen SdnBhd –sebuah syarikat pengeluar makanan tambahan turut akan dimeriahkan dengan pelbagai acara sampingan seperti persembahan kesenian negeri Kedah, Charity Ride oleh beberapa kelab permotoran untuk membantu beberapa buah Sekolah Tahfiz dan Rumah Orang Tua di sekitar negeri Kedah.
Di karnival ini juga, majlis pelancaran produk Millennial Gen Sdn Bhd iaitu “HarumMalam, Moeder dan yang terbaru Jolie” bakal diadakan.Syarikat millennial Gen Sdn Bhd juga sedang rancak mencari agen dan stokis di seluruh Malaysia.Selain itu ruang ilmiah seperti Forum Perdana, Bual Bisnes oleh Amanah Ikhtiar dan tip kawalan penggunaan media sosial pada kanak-kanak juga disediakan oleh Pusat Internet 1 Malaysia.
YB Dato Hj Mohd Rawi Abd Hamid selaku Exco PelanconganNegeri Kedah berkata “Kerajaan negeri yakin dengan adanya program seperti ‘Food Trail’ ini pasti mampu menarik minat lebih ramai pelancong tempatan untuk berkunjung ke negeri Kedah serta dapat mencuba dan merasai sendiri makanan yang terdapat di negeri Kedah ini”
Menurut beliau lagi, kerajaan negeri sangat komited dalam membangunkan industri pelancongan di negeri Kedah dan yakin program seperti ‘Karnival Best Street Food 3.0’ adalah satu usaha bertepatan bagi membantu merancakkan lagi industri pelancongan, sekaligus dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.
Pengerusi FORWARD KEDAH,Encik Khairil Hanafi berkata, ‘Kami yakin Karnival Best Street Food 3.0’ini bertepatan dengan usaha Kementerian Pelancongan Malaysia dalam mempromosikan pelancongan dalam negara melalui kempen #dekatje. Karnival ini juga bersesuaian buat mereka yang ingin mengetahui dengan lebih dekat lagi sejarah makanan di dalam negara terutamanya negeri Kedah. Berdasar kepada penganjuran sebelum ini, kami di pihak FORWARD KEDAH percaya program pada kali ini dapat menarik lebih dari 30,000 pengunjung sepanjang empat hari karnival ini dijalankan”
Selainitu, pihak FORWARD Kedah juga telah bekerjasama dengan Hotel Fuller dan Hotel Holiday Villa dengan menyediakan pakej cuti sambil makandi Kedah dengan kadardari RM 150 semalam untuk seisi keluarga yang diuruskan oleh Ikhlas Holiday sempena Karnival Best Street Food 3.0.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi yang merindui suasana seronok melancong ke Australia, kini boleh menikmatinya mulai 21 Februari ini apabila Australia membuka kembali pintu sempadannya kepada pelancong luar selepas dua tahun menutupnya.
Sama seperti kebanyakan negara lain, negara yang terkenal dengan kanggaru ini mensyaratkan semua pelancong mesti lengkap di vaksin dua dos.
Menurut Perdana Menteri Australia, Scott Morrison semalam, dirinya mengalu-alukan kedatangan pelancong luar untuk datang ke Australia sejak menutup sepenuhnya pintu sempadan pada Mac 2020. Dengan syarat mesti lengkap di vaksinasi sepenuhnya.
Jelasnya, pertimbangan membuka pintu sempadan ini dibuat selepas melihat perkembangan Covid-19 di negaranya di mana kes harian dilihat menurun selepas kadar kematian yang rendah selepas bergelut dengan virus ini.
“Kerajaan sedar bahawa ekonomi negara ini terus tertekan termasuk sektor penting seperti pelancongan.
“Sama seperti pengendali perkhidmatan pelancongan di seluruh negara, kami ingin melihat pelancong luar kembali ke negara ini sebaik sahaja situasi disahkan selamat,” katanya.
Dalam pada itu, selepas mengawal ketat pintu sempadannya, kerugian sektor pelancongan antarabangsa dan domestic negara itu sebanyak AS$72 bilion menurut Tourism Research Australia.
Jadi korang bolehlah merancang perjalanan ke Australia ya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!