Cuba anda tanya kepada mana-mana pemandu tidak kira lelaki atau perempuan, mesti rata-rata daripada mereka akan dibayangi rasa takut apabila sedang memandu dan tiba-tiba lampu E menyala sebelum mereka sampai ke destinasi.
Rasa seram sejuk perut walaupun dalam aircond kerana dek memikirkan tangki minyak kereta dah nak kering dan hampir kosong. Tak pasal-pasal ada yang menolak kereta tengah jalan. Haru
weyhh..Sebenarnya, anda tidak perlu rasa khuatir. Kalau anda tahu berapa kapasiti tangki minyak reserve sewaktu lampu E anda menyala, mesti anda tidak akan kalut lagi. Jadi berapa kapasiti tangki minyak reserve yang ada dalam tangki minyak anda sebelum ianya betul-betul habis? Di sini Libur sediakan sedikit panduan untuk anda.
Amaran baki minyak kurang
Lampu amaran tangki minyak simpanan akan mula menyala memberikan amaran apabila baki minyak dalam tangki kurang daripada 7.5 liter.
Berkelip makin laju
Ada sesetengah kenderaan, lampu E akan berkelip-kelip sebagai tanda amaran. Mulanya ia akan berkeli secara perlahan-lahan dan menjadi lebih laju apabila baki minyak dalam tangki kurang daripada 6.0 liter.
Bila melepasi E
Tangki minyak kereta mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi E tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh lebih kurang 60 kilometer.
E bukan bermaksud empty
Ia bermaksud enough. Jika penghawa dingin dipadamkan, ia mampu memberi tambahan lagi lebih kurang 10 kilometer. Tambahan lagi 10 kilometer sekiranya anda memandu sekitar kelajuan 50km/h secara konsisten.
P/s: Simpanan minyak sebanyak 4.5 liter adalah piawaian yang dikeluarkan oleh standard antarabangsa. Sekarang anda boleh bertenang jika lampu E anda menyala ya!
Sumber: Dato’ Ir Hj Mohamad Bin Dalib, Pengarah Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan.