Masih ramai lagi yang tertanya-tanya apa yang perlu kita buat bila hilang pasport ketika berada di luar negara? Hilang ni boleh terjadi dengan dua sebab utama; sama ada tercicir atau hilang kena curi.
Kalau hilang tercicir, biasanya pasport sahaja yang hilang tapi kalau kena curi, akan hilang sekali dengan duit. Jaranglah pencuri nak curi pasport saja, mestilah dia nak ambil sekali dengan duit. Kan?
Di Malaysia
1. Ambil gambar pasport dan simpan dalam smartphone. Simpan dalam cloud storage untuk lebih selamat dan mudah akses di mana sahaja. Kalau tak ada cloud storage, tricknya adalah email pada diri sendiri.
2. Photostat sehelai dua pasport asal dan simpan dalam bagasi. In case pasport asal hilang, kita ada evidence yang membuktikan kita warganegara Malaysia selain daripada kad pengenalan.
3. Asingkan sikit duit daripada travel budget untuk emergency. Lipat dan selit di mana yang kita rasa selamat. Sekarang ada jual tali pinggang travel yang boleh selit duit dalam tu, cuba dapatkan satu. Sangat membantu.
Tip pilihan. Nak buat boleh, tak buat pun tak apa. Email Wisma Putra dan maklumkan keberadaan kita di negara yang dituju. Lampirkan maklumat seperti berapa ramai ahli rombongan, nombor contact waris, nombor kad pengenalan, nombor pasport, itinerary, dan aktiviti di sana. sekiranya terjadi sesuatu, Wisma Putra boleh trace warganegara malaysia yang terkandas mereka boleh hulurkan bantuan.
1. Bila hilang pasport di luar negara, JANGAN PANIK. Bertenang.
3. Pergi ke kedutaan atau konsulat Malaysia yang berhampiran. Waktu ini persediaan awal kita research lokasi kedutaan atau konsulat memainkan peranan.
4. Mohon sijil pasport sementara daripada kedutaan atau konsulat Malaysia. Bawa bersama salinan laporan polis. Bawa juga dokumen yang membuktikan kita adalah warganegara Malaysia yang sah.
6. Jangan hilangkan sijil pasport sementara ini. Sebab nanti kena bawa semula ke pejabat imigresen di Malaysia.
Tiba Di Malaysia
2. Then pergi ke pejabat imigresen. Bawa semua salinan repot dan sijil pasport sementara ke pejabat imigresen dan buat pasport baru.
So ini tip untuk mereka yang hilang pasport ketika bercuti ke luar negara. Berhati-hatilah ketika bercuti dan ‘sediakan payung sebelum hujan’.
Semoga tip ini bermanfaat dan selamat bercuti.