Jika pergi travel tak lengkap rasanya jika tidak ambil gambar dan bergambar. Kalau boleh semua tempat kita nak ambil gambar untuk dijadikan kenangan.
Yela, bukan selalu pun dapat pergi ke negara orang, lebih-lebih lagi ke luar negara. Tapi, sebelum nak ambil gambar, anda perlu tahu dulu beberapa tempat atau negara yang menjadi kesalahan untuk mengambil gambar.
KOREA SELATAN
Jangan sesuka hati nak ambil gambar perempuan di Korea Selatan. Ini kerana ambil gambar perempuan tanpa persetujuan mereka dianggap satu kesalahan serius.
EMIRIAH ARAB BERSATU (UAE)
Di negara ini ada beberapa tempat yang dilarang untuk ambil gambar seperti di istana, bangunan kerajaan dan jambatan tertentu menjadi kesalahan kalau ambil gambar kat 5 tempat ni tau
KOREA UTARA
Korea Utara adalah negara yang sangat ketat dari segi peraturan dan undang-undang. Segala tindak-tanduk anda diperhatikan. Jadi berhati-hati jika ambil gambar bila ke sini. Silap hari bulan anda boleh dipenjarakan.
ENGLAND
England antara tempat idaman untuk pergi melancong. Kalu boleh setiap ceruk nak ambil gambar. Tapi jika anda ingin mengambil gambar di Trafalgar Square dan Parliament Square, anda perlu mendapat kebenaran daripada Datuk Bandar London terlebih dahulu.
JEPUN
Di Jepun, anda tak boleh ambil gambar di kuil atau patung-patung sesuka hati. Menurut kepercayaan masyarakat disana, perbuatan itu boleh mengganggu semangat patung tersebut.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gereja, Tokong & Kuil Di Kawasan Zon Hijau Dibenar Operasi Bermula Jun 2020
Selepas surau dan masjid, rumah ibadat bukan Islam seperti gereja, kuil dan tokong juga dibenarkan beroperasi hanya di zon hijau mulai 10 Jun 2020 depan.
- Setiap penganut perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk bilangan yang hadir tidak melebihi 30 orang dan tertakluk kepada saiz dan keluasan rumah ibadat berkenaan.
- Kebenaran menggunakan rumah ibadat itu hanya untuk warganegara Malaysia sahaja, dan hanya untuk hari-hari penting bagi agama masing-masing.
- Warga emas berumur lebih 70 tahun dan kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan hadir ke rumah ibadat berkenaan.
- Saringan suhu badan, penyediaan cecair pencuci kuman dan pemakaian pelitup separuh muka juga adalah sebahagian daripada SOP yang ditetapkan.
Setakat ini kerajaan telah membenarkan 174 rumah ibadat beroperasi di seluruh negara iaitu 84 kuil, 15 tokong, 67 gereja dan lapan gurdwara. Kebenaran itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan setakat ini ia melibatkan kira-kira satu peratus rumah ibadat seluruh negara. Manakala urusan perkahwinan di semua rumah ibadat masih ditangguhkan sambil menyatakan kelonggaran yang diberikan akan ditarik balik serta-merta jika terdapat sebarang pelanggaran SOP ditetapkan. Bagaimanapun, kesemua rumah ibadat itu masih perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
(Foto: Google Image)
Berikut adalah garis panduan yang perlu diikuti:
UMUM
- Bilangan kehadiran penganut agama hendaklah tidak melebihi 30 orang, tertakluk kepada saiz keluasan rumah ibadat tersebut.
- Penganut yang berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan hadir.
- Saringan suhu badan, penyediaan pensanitasi tangan dan pemakaian pelitup muka mesti dipatuhi setiap masa.
- Kebenaran ini hanya untuk warganegara Malaysia.
- Kebenaran ini juga hanya untuk satu hingga dua hari sahaja dalam seminggu bagi hari-hari keutamaan keagamaan masing-masing.
SEBELUM MASUK
- Pembersihan premis dan saringan kesihatan.
- Menyediakan kaunter saringan kesihatan dan buku rekod.
- Pakai penutup hidung dan mulut.
- Penganut dilarang berkumpul di luar rumah ibadat.
DI DALAM
- Penganut sentiasa berada di tempat yang ditandakan.
- Dilarang berkumpul.
- Wajib memakai penutup hidung dan mulut.
SELEPAS TAMAT ACARA IBADAT
- Pastikan semua penganut keluar dan rumah ibadat ditutup tanpa berlengah.
- Penganut terus bersurai dan elakkan bersentuhan.
- Jangan berkumpul.
Sumber: astroawani | hmetro
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
SACC Walk Retail Container Bakal Jadi Sebuah Tarikan Pelancongan Baharu Di Shah Alam
Semalam Tourism Selangor telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama PKNS Real Estate (PREC) dalam usahasama membina dan membangunkan projek “SACC Walk Retail Container”.
Menerusi memorandum tersebut, ia merupakan langkah strategik dalam mengukuhkan lagi sinergi dan kerjasama dinamik untuk merancakkan kembali bidang peruncitan dan pelancongan negara.
Majlis pemeteraian yang berlangsung di Black Box@SACC Mall yang turut disiarkan secara atas talian telah disempunakan oleh Tuan Encik Azrul Shah bin Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif,Tourism Selangor dan Tuan Sr. Fakru Radzi bin Ab Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif PREC.
Selain penyediaan tapak untuk kontena runcit, pelan perlaksanaan turut menyokong kerja pemasangan penuh kontena, keperluan teknikal, perlesenan dan perkara berbangkit.
Sokongan kewangan turut disediakan kepada bakal penyewa dan atau mana-mana syarikat yang berminat untuk membeli kontena atau menjadi sebahagian daripada kandungan Kontena Runcit SACC Walk. Pemasangan sebanyak 10 kontena runcit ini dijangka siap menjelang bulan Ramadan 2022.
Bagi menyokong usaha tersebut, pihak Tourism Selangor akan bertanggungjawab menyalurkan maklumat atau hebahan kepada pihak berminat untuk tujuan pembelian atau penyewaan, selain mengadakan acara atau aktiviti mempromosikan SACC Walk kepada orang ramai dalam mewujudkan kesedaran tentang daya tarikan di kawasan ini.
Tuan Azrul Shah Mohamad dalam sebuah kenyataan berkata, “Memorandum Persefaham atau MoU yang dimeterai pada hari ini menandakan sebuah lagi pencapaian pihak Tourism Selangor, terutamanya dalam pemerkasaan sektor peruncitan yang merupakan antara elemen terpenting dalam sektor pelancongan Negeri. Pihak Tourism Selangor sedia maklum tentang potensi besar sektor ini, serta mengalu-alukan idea-idea baharu serta di luar kotak, yang disambut-baik oleh orang awam”.
“Inisiatif ini juga adalah bertepatan dengan visi Kempen “Pusing Selangor Dulu” yang mengajak orang ramai ke tempat-tempat tumpuan seperti ke SACC Walk bagi merasa sendiri inovasi kepada pengalaman runcit dan beli-belah di sini”, tambah Tuan Azrul Shah.
En. Sr. Hj. Fakru Radzi Ab Ghani, dalam ucapannya berkata “Majlis ini menjadi saksi kepada kesepakatan kami untuk membangunkan “SACC Walk Retail Container” bertempat di SACC Walk, Shah Alam. Fenomena kontena terpakai yang dikomersialkan untuk tujuan “homestay”, ruang pejabat, kedai makan, dan peruncitan bukanlah sesuatu yang baharu.
“Justeru, kami percaya bahawa kolaborasi bersama Tourism Selangor dalam mengadakan kontena terpakai ini di tapak yang strategik seperti SACC Walk mampu menjadi daya tarikan tambahan kepada para pengunjung. Apatahlagi dengan kepelbagaian dan kelainan produk dan perkhidmatan yang bakal ditawarkan, kami percaya ia mempunyai kelebihan daya saing yang mampu memenangi hati orang ramai.”
Sebagai salah sebuah usaha proaktif dalam menetapkan semula atau “reset” industri pelancongan domestik Negara khususnya di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor telah melancarkan Kempen Pusing Selangor Dulu”” pada Disember tahun lalu. Seorang selebriti tempatan; Che Puan Juliana Evans telah dilantik sebagai Duta Kempen ini yang digerakkan menerusi landasan digital, terutamanya laman media sosial rasmi Tourism Selangor; Facebook, Instagram, Twitter, aplikasi TikTok dan saluran YouTube.
Apa yang membanggakan, sejak dilancarkan, tandapagar #PusingSelangorDulu telah menerima sebanyak 22 juta reach di laman media sosial. Dalam masa yang sama, sasaran Kempen “Pusing Selangor Dulu” bakal diperluas dalam mencapai objektif menjadikan SACC Walk sebagai kawasan nukleus pelancongan baharu bagi Negeri Selangor.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aktiviti Pendakian Di Semua Hutan Simpan Kekal Selangor Ditutup Mulai Esok Hingga 31 Januari 2022, Ini 72 Lokasi Kena Tahu
Bagi mereka yang gemarkan aktiviti pendakian di terdapat banyak di negara ini khususnya yang berada di dalam Hutan Simpan Kekal Negeri Selangor akan ditutup mulai esok, berkuat kuasa serta merta.
Notis penutupan ini bagi aktiviti pendakian ini akan ditutup mulai 1 Disember 2021 sehingga 31 Januari 2022 atas arahan Pengarah Perhutanan Negeri.
Tidak sebab jelas dinyatakan mengapa pendakian di hutan kekal simpan ditutup sebaliknya ia hanya dikongsikan di fb rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.
Dalam pada itu, larangan memasuki dan menjalankan aktiviti di kawasan Gunung Nuang juga telah dikeluarkan dan ianya berkuat kuasa pada 26 November lalu.
Penutupan dan larangan ini adalah disebabkan masalah tanah runtuh dan musim tengkujuh. Pelanggaran ke atas NOTIS akan menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 47(1) dan 81(1) (g), Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.
Bagi pendaki yang gagal mematuhi notis ini, pihak Jabatan Perhutanan Negeri Selangor akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang ingkar arahan tersebut.
LOKASI HUTAN SIMPAN KEKAL NEGERI SELANGOR YANG PERLU KITA TAHU
1 HUTAN SIMPAN AMPANG PECHAH
2 HUTAN SIMPAN BATANG KALI
3 HUTAN SIMPAN BUKIT BELATA
4 HUTAN SIMPAN BUKIT BELATA TAMBAHAN
5 BUKIT TUNGGAL
6 HUTAN SIMPAN BUKIT BELATA (TAMBAHAN II)
7 HUTAN SIMPAN BUKIT CHERAKAH
8 HUTAN SIMPAN BUKIT KUTU
9 HUTAN SIMPAN BUKIT LAGONG
10 HUTAN SIMPAN BUKIT TAREK
11 HUTAN SIMPAN BUKIT TAREK TAMBAHAN
12 HUTAN SIMPAN BUKIT TAREK (TAMBAHAN II)
13 HUTAN SIMPAN GADING
14 HUTAN SIMPAN HULU SELANGOR
15 HUTAN SIMPAN KANCHING
16 HUTAN SIMPAN RANTAU PANJANG
17 HUTAN SIMPAN RANTAUPANJANG TAMBAHAN
18 HUTAN SIMPAN SEMANGKO
19 HUTAN SIMPAN SEMANGKO(TAMBAHAN)
20 HUTAN SIMPAN SERENDAH
21 HUTAN SIMPAN SUNGAI DUSUN
22 HUTAN SIMPAN RAJA MUSA
23 HUTAN SIMPAN TEMPLER
24 HUTAN SIMPAN AMPANG
25 HUTAN SIMPAN BUKIT CHERAKAH TAMBAHAN
26 HUTAN SIMPAN AYER HITAM
27 HUTAN SIMPAN AYER HITAM TAMBAHAN
28 HUTAN SIMPAN BUKIT SUNGAI PUTEH UTARA
29 HUTAN SIMPAN BUKIT LAGONG
30 HUTAN SIMPAN BUKIT SUNGAI PUTEH SELATAN
31 HUTAN SIMPAN SUNGAI BULOH
32 HUTAN SIMPAN KOTA DAMANSARA
33 HUTAN SIMPAN SUNGAI JELOH
34 HUTAN SIMPAN SUNGAI LALANG
35 HUTAN SIMPAN SUNGAI LALANG TAMBAHAN
36 HUTAN SIMPAN HULU GOMBAK
37 HUTAN SIMPAN HULU GOMBAK TAMBAHAN
38 HUTAN SIMPAN HULU GOMBAK TAMBAHAN 1
39 HUTAN SIMPAN HULU LANGAT
40 HUTAN SIMPAN BANJAR UTARA
41 HUTAN SIMPAN BANJAR UTARA TAMBAHAN
42 HUTAN SIMPAN BUKIT JUGRA
43 HUTAN SIMPAN BUKIT JUGRA TAMBAHAN
44 HUTAN SIMPAN JUGRA KOMPOK 1
45 HUTAN SIMPAN JUGRA KOMPOK 2
46 HUTAN SIMPAN KAPAR
47 HUTAN SIMPAN KAPAR TAMBAHAN
48 HUTAN SIMPAN KUALA BERNAM
49 HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT SELATAN
50 HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT SELATAN TAMBAHAN
51 HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT SELATAN TAMBAHAN
52 HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT UTARA
53 HUTAN SIMPAN KUALA SEPANG
54 HUTAN SIMPAN PUALAU KETAM
55 HUTAN SIMPAN PULAU CHE MAT
56 HUTAN SIMPAN PULAU CHE MAT ZIN TAMBAHAN
57 HUTAN SIMPAN PULAU KELANG
58 HUTAN SIMPAN PULAU KELANG TAMBAHAN
59 HUTAN SIMPAN PULAU PINTU GEDONG
60 HUTAN SIMPAN PULAU RUSA
61 HUTAN SIMPAN PULAU SELAT KERING
62 HUTAN SIMPAN PULAU SELAT MAHANG
63 HUTAN SIMPAN PULAU SELAT MERIAM
64 HUTAN SIMPAN PULAU TENGAH
65 HUTAN SIMPAN PULAU TENGAH TAMBAHAN
66 HUTAN SIMPAN PULAU TONGGOK
67 HUTAN SIMPAN PUlAU SELAT KERING TAMBAHAN
68 HUTAN SIMPAN SUNGAI KARANG
69 HUTAN SIMPAN TELOK GEDONG
70 HUTAN SIMPAN TELOK GEDONG TAMBAHAN
71 HUTAN SIMPAN SEPANG KECHIL
72 HUTAN SIMPAN SEPANG KECHIL TAMBAHAN
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI