Lagi dua minggu ni dah nak cuti panjang sempena tahun baru cina. Siapa yang ambil cuti hari Isnin, dapat cuti lima hari bermula dari hari Sabtu sampai hari Rabu.
Tapi jangan
excited sangat nak bercuti tau. Sebelum anda keluar rumah untuk bercuti panjang, pastikan anda buat lima perkara ini dulu.?? Pastikan semua plug elektrik dah dicabut dari socket (kecuali peti ais)
?? Pastikan kepala gas dicabut dari tong gas
?? Periksa dan tutup semua kepala paip air (Tutup
maincock)?? Hantar haiwan peliharaan anda ke pet hotel atau tumpangkan di rumah jiran/kawan/keluarga
?? Pasang lampu di kawasan rumah yang gelap
Lima perkara ini tak wajib anda ikut tapi sebagai peringatan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini seperti masalah litar pintas, rumah banjir, haiwan mati atau kediaman anda dikotori najis atau dimasuki perompak. Paling takut, berlaku kebocoran gas dalam rumah, kan?
Jadi, malang tak berbau. Sebelum terkena, sediakan payung sebelum hujan.