Usah Percaya Cakap Pemandu Pelancong Bulat-Bulat. Jangan Jadi Mangsa ‘Jualan Murah’ Di Negara Orang.

Share

Aktiviti membeli-belah memang menyeronokkan. Apatah lagi apabila kita mempunyai wang yang banyak yang membolehkan kita membeli apa-apa sahaja barangan atau produk yang disukai. Malah ada orang yang menjadikan aktiviti membeli-belah sebagai aktiviti mesti dilakukan jika melancong ke luar negara.

Kadangkala kita rasa semua tempat yang kita tuju sudah menawarkan harga yang murah, tiba-tiba apabila ke lokasi lain atau balik ke negara sendiri harga barang yang dibeli sebenarnya jauh lebih murah. Pasti rasa menyesal tidak sudah!

Jangan Percaya Cakap Pemandu Pelancong Bulat-Bulat

Kalau anda memilih percutian bersama agensi pelancongan, selalunya jadual perjalanan telah ditentukan oleh mereka. Percutian anda memang akan menjadi mudah dari a to z. Tetapi, kebanyakkan kedai-kedai yang di bawa pemandu pelancong bukanlah antara kedai terbaik untuk memberi harga yang murah. Kedai tersebut dipilih kerana mereka akan memberikan komisen yang setimpal kepada pemandu pelancong kerana membawa pelanggan. Oleh itu dapatkan info sebaik mungkin premis berbelanja mana yang menawarkan harga rendah kepada pembeli. Jika ada masa terluang atau free & easy anda boleh terus ke lokasi tersebut sendiri tanpa mengharapkan bantuan pemandu pelancong anda.

Pertimbangkan waktu dan kos perjalanan

Mungkin barang yang anda inginkan terdapat di dalam jualan murah di sebuah pasaraya terkenal. Malangnya pasaraya tersebut terletak agak jauh dari tempat tinggal anda hingga anda memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk ke sana seperti petrol, tol dan bayaran letak kereta. Jika dalam keadaan begini adakah anda masih bersusah payah untuk mendapatkan barangan tersebut, kerana kemungkinan besar harga barang yang dijual berdekatan rumah anda akan menjadi lebih murah berbanding di lokasi jualan murah tersebut dek faktor kos sampingan yang diperlukan.

Bandingkan harga

Sejumlah pusat membeli belah mungkin akan menyamakan atau bahkan melebihi harga yang ditawarkan oleh pesaing mereka. Sebelum membeli barang yang dikatakan ditawarkan dengan harga yang murah, buat perbandingan terlebih dahulu. Tidak semua barang yang ditawarkan dengan harga diskaun. Berhati-hati ketika membeli belah. Lebih baik jika anda mengambil gambar produk yang mendapat potongan harga kemudian tunjukkan kepada juruwang ketika proses pembayaran. Ini bagi mengelakkan harga promosi dan harga ketika produk dibayar berbeza.

Cari maklumat

Cari maklumat dalam beberapa laman web pasaraya tentang perbandingan harga barang yang dijual secara online. Mungkin harga yang ditawarkan untuk sesuatu barangan yang anda inginkan tidak sama di setiap pasaraya. Apabila anda memutuskan untuk membeli secara online, perhatikan perbelanjaan yang terpaksa anda keluarkan atau waktu penghantarannya.

Pertimbangkan tawaran yang diberikan

Misalnya ‘buy one get one free’ atau ‘free gift with purchase’. Apabila anda tidak memerlukan barangan yang dikatakan diberi secara percuma apatah lagi barang percuma itu membuatkan harga barang anda menjadi lebih mahal, sebaiknya batalkan sahaja hasrat anda untuk membeli barang tersebut. Lebih elok anda membeli barang yang lebih anda perlukan.

Oleh
Husna