Tandas awam banyak disediakan di dalam negara kita untuk kemudahan bersama.
Namun sayangnya, ada setengah-setengah tandas awam yang tidak diselanggara dengan baik, menjadi mangsa vandalism, malah terlalu kotor untuk digunakan.
Oleh itu, orang ramai disarankan agar tidak menggunakan tandas awam yang kotor bagi mengelak terkena jangkitan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata masyarakat perlu sentiasa mengutamakan kebersihan diri memandangkan jangkitan wabak pandemik ini boleh berlaku di kawasan yang tertutup dan tidak bersih.
“Kita nasihatkan kepada semua supaya mengambil tindakan iaitu meningkatkan kebersihan diri. Kalau tandas awam itu kotor, kalau boleh jangan guna tandas awam tersebut. Pilihan atas kita tetapi kita juga (mahu) memastikan para majikan yang mengelola tandas awam tersebut untuk sentiasa melaksanakan tindakan-tindakan kebersihan nyah kuman dan nyah kebersihan di kawasan tersebut. Ini penting sebab jangkitan boleh berlaku di tempat yang tertutup dan kawasan-kawasan yang tidak bersih,” katanya
Kerjasama semua pihak sangat penting dalam memastikan kebersihan sentiasa diutamakan bagi mencegah penularan jangkitan pandemik tersebut dalam kalangan orang ramai. Anda dinasihatkan untuk membawa pembasmi kuman sendiri ke mana sahaja anda pergi.
Sumber: astroawani