Setiap negara ada undang-undang yang perlu kita patuhi untuk menjaga ketenteraman awam dan menggunakan lesen sebagai seorang pelancong tidak membuatkan kita kebal daripada sebarang tindakan undang-undang sekiranya kita melakukan kesalahan.

7 Benda Korang Jangan Buat Kalau Travel Ke Thailand. Salah Besar Ni!

Jadi entri ini Libur kongsikan kepada pembaca apa perkara yang perlu anda elakkan daripada disaman oleh pihak berkuasa Thailand saat melancong di negara gajah putih ini.

Jangan Bawa Dadah! 

Sama seperti Malaysia kerana Thailand juga memperuntukkan hukuman mati kepada mana-mana pesalah yang didapati menyeludup dadah. Anda boleh dapatkan rujukan anda di laman sesawang ini.

7 Benda Korang Jangan Buat Kalau Travel Ke Thailand. Salah Besar Ni!Hukuman mati tau. Jadi jangan jadi bodoh nak bawa dadah masuk ke Thailand ya. Jangan beli, guna atau bawa apa sahaja jenis dadah merbahaya sepanjang masa anda berada di sana.

Tidak Menghormati Kerabat Diraja Thailand 

7 Benda Korang Jangan Buat Kalau Travel Ke Thailand. Salah Besar Ni!

Ada satu undang-undang yang digunakan di Thailand sejak 1908 iaitu Lese Majeste dan undang-undang ini sangat tegas mengenai sebarang perbuatan yang mencemar nama baik kerabat diraja Thailand seperti memijak wang kertas Baht sebab ada muka raja mereka di atas kertas tersebut.

Dasyat kan? Kalau anda didapati melakukan perbuatan tersebut, percutian anda mungkin berakhir di dalam tirai besi secara percuma. Percakapan yang menghina kerabat diraja mereka juga boleh menyebabkan anda dipenjarakan.

Fotografi & Penggunaan Dron

Anda bebas untuk mengambil gambar di mana-mana sahaja tetapi ada beberapa tempat yang dilarang daripada berbuat demikian. Ada sesetengah kuil buddha yang langsung tidak membenarkan anda mengambil gambar. Ada sesetengah yang lain memberikan kelonggaran asalkan tidak mengambil gambar patung-patung buddha mereka.

Ads

7 Benda Korang Jangan Buat Kalau Travel Ke Thailand. Salah Besar Ni!Jadi perhatikan, dan pastikan terlebih dahulu adakah sesuatu kawasan yang anda lawati itu membenarkan anda mengambil gambar atau tidak, dan sebaiknya, anda tidak mengambil gambar orang yang sedang bersembahyang atau berdoa di kawasan kuil.

Tips: Jika anda ingin mengambil gambar bersama sami buddha di sana, sebaiknya minta izin dahulu. Jangan lupa untuk senyum dan berikan wai (tundukkan hormat) selepas itu sekiranya mereka lebih tua daripada anda.

Selain kuil, ada kawasan bar dan kelab malam yang tidak membenarkan anda mengambil gambar seperti red light district seperti Patpong dan Cowboy.

Elakkan daripada memberikan duit kepada kanak-kanak sekiranya anda ingin mengambil gambar bersama mereka. Ini bertujuan untuk menghindari budaya meminta-minta dalam masyarakat Thai. Selain itu, mengambil gambar kerabat diraja Thailand, gambar angkatan tentera dan gambar di perbatasan juga adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Dron

Ads

Memang menjadi trend sekarang untuk ambil gambar ariel view sebab cantikkan? Tapi di Thailand, tidak semudah itu untuk anda menerbangkan dron kerana dron mempunyai kamera.

Tidak kira sama ada digunakan untuk tujuan rekreasi atau komersial, anda perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa di sana. Anda perlu memohon permit dan insurans daripada Civil Aviation Authority of Thailand (CAAT) sebelum tarikh pelancongan anda ke Thailand.

Membuang Sampah Merata-Rata Di Thailand 

Sejak Februari 2018, pihak berkuasa Thailand telak menguatkuasakan larangan membuang sampah merata-rata kepada individu berusia 24 tahun ke atas terutama di kawasan-kawasan pantai pelancongan akibat kadar pencemaran yang meningkat saban tahun.

Jika didapati bersalah kerana melakukan kesalahan ini, anda boleh dihukum dengan denda maksimum sebanyak 100,000 Baht atau dipenjara selama setahun. Anda boleh didenda 2,000 Baht jika membuang sampah di kawasan kaki lima.

Larangan Merokok & Rokok Elektronik

Merokok sekarang dilarang di 24 pantai yang popular seperti Phuket, Pattaya, Koh Samui, Prapchuap Khiri Khan, Chon Buri dan Songkhla. Larangan ini dikuatkuasakan kerajaan Thailand bagi mengurangkan impak alam sekitar terhadap hidupan laut dan kerosakan kepada sistem peparitan mereka yang dipenuhi puntung rokok. Larangan ini juga diperluaskan kepada bot yang membawa warga tempatan atau pelancong.

Ads

7 Benda Korang Jangan Buat Kalau Travel Ke Thailand. Salah Besar Ni!Dekat Malaysia pun ada larangan yang sama dan siapa yang didapati melanggar peraturan ini akan dikenakan denda sebanyak RM10,000. Sama juga seperti di Thailand apabila anda akan dikenakan denda sebanyak 100,000 Baht, satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Merokok juga tidak dibenarkan di kawasan-kawasan rekreasi, kompleks sukan dan taman permainan, zoo dan kawasan pasar. Pelancong yang melancong secara berkumpulan diharap dapat mengikut peraturan ini.

Ada yang bertanya, vape macam mana? Rokok eletronik pun tak dibenarkan juga ke? Jawapannya, ya. Rokok eletronik dah diharamkan di Thailand sejak 2014 dan ramai pelancong yang datang ke Thailand telah ditangkap kerana mengabaikan larangan dan didenda atau dipenjara.

Walkie-Talkie

Sewaktu Libur buat research berkenaan perkara-perkara yang dilarang di Thailand ni, Libur ada terjumpa satu benda yang menarik dengan kes warganegara Malaysia yang ditahan di Thailand baru-baru ini kerana memiliki walkie-talkie.

Walkie-talkie sememangnya tersenarai dalam larangan yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa Thailand dan di sini Libur sertakan sekali senarai-senarai untuk barangan yang lain.

7 Benda Korang Jangan Buat Kalau Travel Ke Thailand. Salah Besar Ni!

Jadi ini antara tips yang dapat Libur kongsikan kepada para pembaca. Kalau ada apa-apa yang ingin dikongsikan, feel free to message Libur dan Libur nasihatkan kalau melancong di negara orang, ikutlah peraturan di sana. Kita jauh dengan saudara-mara dan kawan-kawan yang boleh datang tolong. So be safe and have fun.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI