Jambatan Victoria (juga dikenali sebagai Jambatan Enggor) adalah sebuah jambatan kereta api yang terletak di Pekan Karai, Kuala Kangsar, Perak. Jambatan yang merentangi Sungai Perak (sungai kedua terpanjang di semenanjung) ini mula dibina pada tahun 1897 dan siap pada 1900. Ia merupakan jambatan kereta api tertua di Malaysia. Usia jambatan ini sehingga artikel ini ditulis, ialah 120 tahun.
VIDEO dron Jambatan Victoria oleh MMC Garuda
Perasmian jambatan tersebut dihadiri oleh Sultan Perak, Sultan Idris Mursyidul Azam Shah dan Raja Perempuan Perak, Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Sir Frank Swettenham, Residen Perak, J.P. Rodger dan isteri, serta orang-orang kenamaan pada tahun 1900.
Pembinaan jambatan ini melengkapkan laluan keretapi dari Enggor ke Kuala Kangsar. Dalam tahun 1910, jambatan ini telah digunakan sepenuhnya untuk laluan keretapi dari Perai ke Johor Bahru. Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W. Fryer, Jurutera Divisyen dan C.R Hanson dan disiapkan oleh Perak Goverment Railway bagi memudahkan proses mengambil timah dan pengangkutan awam. Nama jambatan ini diambil sempena Ratu Victoria yang memerintah England pada ketika itu. Dianggarkan panjang jambatan ini sekitar +- 600.
Mengikut cerita penduduk tempatan, pembinaan jambatan ini sedikit tertangguh oleh banjir besar di Sg Perak waktu itu. Air naik sehingga 17 meter dari paras air biasa iaitu + – 6 meter.
Ads
Seperti jambatan keretapi lain yang dibina British, jambatan dibina menggunakan besi padu (yang dilombong dari Tanah Melayu) dan disalut cat hitam tebal, seni reka tetulang bersilang yang kukuh, dan penggunaan bata merah yang tahan lasak. Enam tiang pasak yang besar dibina menampung landasan besi padu ini.
Foto: lite_imej
Kesemua enam tiang ini dibina menggunakan bata merah yang memang kita pun tahu lasak dan kukuh. Tiang pasak ini ditanam pada kedalaman lebih enam meter dari dasar (kedalaman Sungai Perak +- enam meter). Jambatan ini juga pernah dimusnahkan sendiri oleh British ketika Jepun mara. Namun ia dibina pulih sementara oleh Jepun dan penduduk setempat.Kubu pengawal British lama di penghujung jambatan. Foto: thriftytraveller
Ads
Menariknya, plak asal pembinaan, disimpan baik oleh individu yang tidak mahu dikenali selama 7 tahun, dan diserahkan semula pada pihak pengurusan jambatan. (Lihat video)
Ads
Jambatan ini diguna pakai sehingga tahun 2002. Di sebelah jambatan ini dibina jambatan konkrit baru yang lebih lebar dan mengambil alih laluan keretapi.Laluan pejalan kaki Foto: thriftytraveller
Kini jambatan ini masih diguna pakai pejalan kaki dan motosikal untuk menyeberang dan menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara. GALLERY VICTORIA BRIDGE juga telah dibuka bagi memberi maklumat informasi tentang sejarah jambatan tersebut.Kini menjadi lokasi tumpuan pengamal fotografi. Foto: thriftytraveller
Jambatan Victoria ini juga pernah menjadi lokasi penggambaran filem terkenal, Zombi Kampung Pisang pada 2007 yang diarahkan oleh anak jati Perak sendiri, Mamat Khalid.
Seperti biasa, ada kisah yang dipercayai penduduk tempatan. British akan mengorbankan seorang wanita dan mayat itu disimen pada tiang pasak terpilih. Kisah ini seolah-olah sama macam cerita hantu British; The Conjuring yang hantu biasanya tertanam dalam simen rumah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Golongan Cina Peranakan boleh dikatakan ramai yang mengetahu tentang kewujudan mereka. Tetapi bagi masyarakat India Peranakan pasti ramai yang kurang mengetahui tentang keunikan kaum ini yang terdapat di Negara kita. Di Melaka, terdapat satu perkampungan India Peranakan yang diberi jolokan Perkampungan Chetti.
Di sini terletak sebuah muzium yang menceritakan segala sejarah awal hingga barang-barang tinggalan nenek moyang mereka. Pengunjung juga boleh melihat dan mengetahui lebih lanjut mengenai kebudayaan dan adat istiadat masyarakat Chetti dalam menjalani kehidupan seharian mereka.
Pelbagai artikel dan susur galur masyarakat Chetti boleh didapati di sini. Peralatan-peralatan bagi upacara perkahwinan, memasak, serta pakaian menjadi tarikan muzium ini turut dipamerkan selain memaparkan identiti dan jati diri masyarakat minoriti negeri ini.
Masyarakat Chetti wujud ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Semuanya bermula apabila terdapat perkahwinan campur antara pedagang dari India yang berkahwin dengan penduduk Melaka tidak kira Melayu atau Cina.
Oleh kerana pada ketika itu lelaki berkuasa, maka perempuan yang berkahwin dengan perdagang tersebut harus mengikut status agama yang dianuti suaminya.
Di perkampungan Chetti, majoriti kaum ini menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi. Walaupun ketika upacara keagamaan di kuil, mereka masih menggunakan Bahasa Malaysia sebagai komunikasi antara satu sama lain.
Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai komuniti ini boleh melawat ke muzium ini yang di buka dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang. Muzium ini dibuka setiap hari kecuali hari Isnin
Maklumat lanjut hubungi:MUZIUM CHETTI. PERSATUAN CHITTY. 14 KAMPUNG BUDAYA CHITTY.GAJAH BERANG 75200 MELAKA | TELEFON: 06-283 0926
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Melancong tidak semestinya untuk melihat sesuatu yang cantik dan indah sahaja. Ada individu yang gemar untuk travel semata-mata untuk merungkai kisah di sebalik misteri sesuatu destinasi.
Baru-baru ini tular dilaman sosial dan menjadi sedikit perbalahan apabila sebuah rumah banglo lama yang ditinggalkan bersama dua buah kereta mewah menjadi tanda tanya dimanakah lokasi sebenarnya. Ada yang teringin untuk melihat sendiri ‘keunikan’ yang ada pada rumah terbabit tidak kurang juga yang kongsikan misteri yang ada disebalik rumah tersebut.
Segelintir netizen mengatakan rumah terbiar tersebut terletak di negeri Johor. Tidak kurang juga yang mengatakan rumah terbabit berada di negara Indonesia. Namun melalui status perkongsiaan di page facebook Unit Sejarah irdk ternyata lokasi sebenar rumah ini adalah di Ketereh, Kelantan.
Baca perkongsian ini.
Unit sejarah irdk sempat meninjau rumah terbiar misteri diKetereh Kelantan. Nampak begitu menyeramkan krn ditumbuhi semak samun. Kelihatan 2 kereta mewah porsche & bmw dihalaman rumah dalam keadaan berhabuk & kusam.
Di luar pagar turut kelihatan 2 buah anak lori yg sudah pun diselaputi semak samun. Penulis menganggarkan rumah ini begitu lama ditinggalkan terbiar. Untuk mengupas sejarah rumah ini, penulis telah menemubual beberapa org penduduk kampung utk mengetahui kisah sebenar.
Mengikut cerita penduduk kampung, rumah ini pernah dihuni oleh seorang ahli perniagaan bersama keluarganya. Sepanjang tinggal disini beliau sgt baik dgn penduduk kampung. Setiap kali bulan puasa beliau selalu mengagihkan buah kurma utk penduduk kampung. Sampailah suatu ketika beliau menyatakan ingin berpindah. Selepas itu tiada lg khabar berita tentang pemilik rumah ini.
Pernah suatu ketika dipagar rumah ini ditampal kertas menyatakan rumah ini sdg dilelong oleh sebuah pihak bank. Tetapi kertas itu sudah lama tertanggal. Dan sehingga skrg, rumah ini masih lg terbiar sepi dgn sejarahnya yg tersendiri.
1 feb 2020Unit sejarah irdk sempat meninjau rumah terbiar misteri diKetereh Kelantan. Nampak begitu menyeramkan krn…
Jom bercuti ala Jepun di Pulau Pangkor. Cantik sangat penginapan di Tatami, harga pun sangat berpatutan.
Dikongsi oleh saudari Aula Mastura, tengok suasana dan tempatnya menarik juga. Simple tapi tenang. Sesuai lah nak bawa anak-anak.
Tatami Pulau Pangkor
Port OOTD pon cantik, betul-betul macam di Jepun. Villa Tatami ini terletak bersebelahan dengan Pasir Bogak dan sangat dekat ke pantai. Tatami tak ada pool tapi dekat dgan pantai Pasir Bogak.
Tak tahu nak cakap macam mana, staff sangat bagus. Booking je terus dapat inbox dan saya terus bertanya untuk double confirm.
Tengok design bilik memang cun! Anak-anak memang suka lah ya, dengan kartun-kartun macam yang dihias. Katilnya memang style Jepun lah, tilam terus. Ini selamat kalau anda bawa bayi. Tak jatuh!
Risau juga harga murah sampai Pangkor dapat bilik lain dari gambar yang booking tunjuk. Dengan harga RM 113 dapat bilik 1 Queen bed + 1 single bed (Staff Tatami bagi tahu bilik nombor 513, Japanese triple R) padahal dah pukul 11:40 malam dia balas dengan tenang.
Jadi kesimpulan, sepanjang menginap di sini, sangat puas hati. Suasana ala Jepun itu mahal! Untuk anda yang nak rasa kelainan masa bercuti, boleh lah ke sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!