Jalan Sekitar George Town Ditutup Jumaat hingga Ahad Ini
Mac 4, 2020
Share
Beberapa jalan di sekitar George Town akan ditutup sementara susulan penganjuran beberapa program di negeri ini pada Jumaat hingga Ahad ini (6 Mac -8 Mac 2020).
Majlis Bandaraya Pulau Pinang memaklumkan penutupan jalan akan bermula pukul 5 petang pada 6 Mac hingga 11 malam, 8 Mac sempena sambutan perayaan Penang Yasakoi, Hari Wanita Sedunia dan Pelancaran Projek Pusat Transit Gelandangan.
Antara jalan yang ditutup sempena sambutan perayaan Penang Yasakoi adalah:
Jalan Padang Kota Lama dan Lebuh Duke yang akan ditutup bermula pukul 5 petang (6 Mac) hingga 12 tengah malam (7 Mac)
Lebuh Light (dari Bulatan King Edward hingga Jalan Masjid Kapitan Keling)
Lebuh Penang (dari Lebuh Light hingga Lebuh Union) dan Lebuh King (dari Lebuh Light hingga Lebuh Bishop) masing-masing akan ditutup mulai 5 petang hingga 11 malam pada 7 Mac.
Jalan C.Y. Choy (dari Jalan Lim Chwee Leong ke Jalan Magazine) akan ditutup mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari pada 7 Mac sempena pelancaran projek Pusat Transit Gelandangan
Jalan Padang Kota Lama dan Lebuh Duke ditutup dari 12.01 tengah malam hingga 11 malam pada 8 Mac bagi sambutan Hari Wanita Sedunia.
Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Pulau Pinang di talian 04-259 2071, 04-259 2220 atau 04-259 2247.