Teluk Intan lokasi pertama di Malaysia menggunakan jalan tar yang dicampur getah. Secara keseluruhan, ada 3 jalan getah di Teluk Intan.
Teknologi buatan tempatan ini lebih senyap, lebih tahan lasak dan kos penyelenggaraan yang rendah. Inovasi ini juga akan meningkatkan permintaan dan penggunaan getah asli seterusnya menstabilkan harga getah demi kepentingan lebih 500,000 pekebun kecil dan penoreh getah.
KAJIAN PERCUBAAN TAPAK
Penggunaan getah sebagai bahan campuran bitumen bagi menurap jalan bukan sesuatu yang baharu. Malaysia sendiri telah memulakannya sejak tahun 1950an lagi melalui pembinaan tapak percubaan sepanjang 90 meter di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai.
Bagaimanapun penggunaan getah sebagai asfalt kurang berkembang di Malaysia antara lain disebabkan tiada kajian dan data menyeluruh yang dapat membuktikan penggunaannya lebih baik daripada kaedah konvensional.
Sumber getah yang paling banyak digunakan untuk asfalt biasanya diambil daripada tayar getah kenderaan terpakai yang kemudian dikisar halus menjadi serbuk getah yang akan dicampurkan dengan bitumen.
HASIL KAJIAN
Penggunaan getah beku mempunyai potensi yang lebih baik untuk mengatasi masalah teknikal jalan.
Campuran aspalt meningkatkan kelikatan bitumen yang memberi rintangan terhadap suhu yang tinggi.
Pada waktu panas terutama tengah hari, suhu jalan boleh mencapai sehingga 60 darjah celcius dan kebiasaannya ketika itu bitumen yang bercampur getah (CMB)) akan mencapai suhu titik lembut yang lebih tinggi daripada bitumen konvensional.
Keadaan ini akan membantu masalah jalan berlekuk terutama yang dilalui kenderaan berat.
Campuran yang terhasil mempunyai kelikatan tinggi dan ia membantu balutan bitumen yang lebih baik ke atas batu untuk menambahkan daya tahan selain menjadi lebih elastik yang akan memberi rintangan yang tinggi pada kenderaan.
Prosedur menghasilkan CMA seperti yang dibangunkan perlu melalui beberapa proses iaitu dimulakan dengan pengambilan gumpalan getah beku dari pokok melalui proses pengilangan dan kemudian dicampurkan dengan bitumen bagi menghasilkan Bituminous Cup Lumps (BC).
Selepas itu, BC akan dicampurkan ke dalam bitumen konvensional pada kadar tertentu bagi menghasilkan CMB.
Anggaran kos pembinaan CMA sekitar RM53.60 semeter berbanding kaedah aspalt konvensional RM29.90 semeter.
Bagaimanapun untuk jangka panjang pembinaan menggunakan CMA lebih ekonomik memandangkan kos kitaran hayat jalan berkenaan yang lebih panjang dengan kos penyelenggaraan yang lebih menjimatkan