Ramai yang menjadikan hobi membela haiwan peliharaan di rumah sebagai terapi diri. Antara haiwan yang paling popular untuk dipeliharan adalah ikan hiasan. Selain cantik, ikan hiasan jugak dikatakan antara haiwan yang mudah dijaga berbanding haiwan peliharaan di rumah. Namun ia bergantung kepada jenis ikan yang anda pelihara.

Dalam kalangan peminat ikan hiasan lembah klang, Jalan Pasar, Pudu Kuala Lumpur sudah semestinya menjadi tempat wajib untuk di kunjungi. Ini kerana terdapat pelbagai jenis ikan hiasan yang dijual pada harga yang murah dan mampu milik. Selain aktiviti penjualan ikan hiasan, di sini juga terdapat beberapa kedai yang menjual aksesori hiasan akuarium dengan harga yang ditawarkan jauh lebih murah daripada lokasi lain.

Paling menarik, setiap pagi di sekitar kawasan ini, ikan-ikan telah siap dibungkus dan dijual mengikut harga yang tertera di plastik. Selain ikan, terdapat juga haiwan lain yang dijual di sini seperti kura-kura, ketam, burung dan pokok hiasan. Jangan malu dan segan untuk tawar menawar ya!

Ads

Jalan Pasar Pudu KL, Port Popular Jual Beli Ikan Hiasan Murah. Dah Macam Pasar Lambak!Jalan Pasar Pudu KL, Port Popular Jual Beli Ikan Hiasan Murah. Dah Macam Pasar Lambak! Jalan Pasar Pudu KL, Port Popular Jual Beli Ikan Hiasan Murah. Dah Macam Pasar Lambak! Jalan Pasar Pudu KL, Port Popular Jual Beli Ikan Hiasan Murah. Dah Macam Pasar Lambak!

Ads

Ini perkongsian daripada Farizah Mohamed yang berkesempatan ke lokasi ini.

Ads
  • Ikan hiasan ye, bukan ikan untuk makan.
  • Guppy 80sen je yang kecil-kecil. Yang besar RM1, beli 10 free 1, ikan koi murah-murah, arowana pun murah. Macam-macam jenis ikan ada.
  • Siapa yangg minat ikan hiasan, memang wajib datang sini
  • Seawal 8.30 pagi dah buka, Sabtu Ahad banyak kedai buka. Hari lain banyak yang tutup. Dah bertahun-tahun dah wujud tempat ni.
  • Selain ikan, benda-benda untuk akuarium pun ada.
  • Waze je jalan pasar pudu nanti jumpa.
  • Tapi jaga-jaga kalau park tepi jalan memang selalu kena saman, ada tempat parking disediakan kat tanah lapang depan tu.

Jalan Pasar Pudu KL, Port Popular Jual Beli Ikan Hiasan Murah. Dah Macam Pasar Lambak! Jalan Pasar Pudu KL, Port Popular Jual Beli Ikan Hiasan Murah. Dah Macam Pasar Lambak! Jalan Pasar Pudu KL, Port Popular Jual Beli Ikan Hiasan Murah. Dah Macam Pasar Lambak! Jalan Pasar Pudu KL, Port Popular Jual Beli Ikan Hiasan Murah. Dah Macam Pasar Lambak! Jalan Pasar Pudu KL, Port Popular Jual Beli Ikan Hiasan Murah. Dah Macam Pasar Lambak! Jalan Pasar Pudu KL, Port Popular Jual Beli Ikan Hiasan Murah. Dah Macam Pasar Lambak! Jalan Pasar Pudu KL, Port Popular Jual Beli Ikan Hiasan Murah. Dah Macam Pasar Lambak!

INFO tambahan dari kawan-kawan:

  • Buka setiap hari. Buka 8.30 pagi, tutup 5-6ptg tp tgh hari dah byk kedai tutup. Jadi nak banyak kedai datang pagi
  • Masuk setiap kedai survey-survey harga dan jenis ikan dulu
  • Kalau pandai tawar boleh murah lagi
  • Nak naik LRT boleh, LRT Pudu dekat pastu jalan ikut map sampai ke jalan pasar (landmark dia bangunan biru kat gambar 1st tu: Market Hall)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI