Selalunya, kita memerlukan bot untuk jelajah pulau.
Namun fenomena unik air laut surut sepenuhnya di Pulau Pangkor pada Februari depan membolehkan orang ramai berjalan kaki merentas Pantai Teluk Nipah ke Pulau Giam untuk merasai pengalaman sangat unik ini.
Fenomena unik ini biasanya terjadi ketika cuti perayaan Tahun Baru Cina sekaligus menjadikan Pulau Pangkor diserbu oleh ramai orang untuk merasai pengalaman merentas lautan pada jarak 400 meter ini dengan hanya berjalan kaki sahaja.
Pada jarak 400 meter, orang ramai hanya memerlukan masa sekitar beberapa minit saja berjalan kaki di mana air laut hanya separas buku lali untuk merentas Pantai Teluk Nipah ke Teluk Giam.
Disebabkan fenomena ini agak luar biasa dan hanya berlaku setahun sekali, dapat dilihat pulau peranginan popular ini diserbu orang ramai bahkan ada penduduk setempat menggelar fenomena ini seperti laut terbelah kerana air surut ini hingga menampakkan beting pasirnya.
Namun sebelum itu kena rujuk jadual air pasang surutnya agar tidak tersilap hari.
Jadi, bagi korang yang nak rasai pengalaman unik ini jangan lupa terjah Pulau Pangkor bulan depan ya. Bolehlah plan siap-siap dari sekarang. Gambar : Perak Press