Banyak kali berjalan ke belah Utara tetapi belum tentu tahu tempat best. Okay jom baca itinerary ke Penang kejap, senang anda nak bergerak dan berhenti bila tahu tempat menarik.
Mestilah suka masuk negeri ini sebab makanan pun sedap-sedap, bak kata saudari NDream, kalau ingat balik rasa syahdu.
Dengan perkongsian ini, harap dapat membantu anda untuk berjalan-jalan sekitar Pulau Pinang.
Hari Pertama
Lunch @Penang Road Famous
-Char Kuey Teow
-Prawn 0melette
-Assam Laksa
*Teow Chew Cendol, Ais Tingkap, Fruitmade.
Explore Komtar
Komtar-jurassic.
* 9) Komtar-aquarium
Komtar- the top
Check in @Hotel Lone Pine
Dinner @Mohamad raffee nasi kandar (boleh grab kalau malas keluar)
Hari Kedua
Breakfast @Hotel
Explore Penang hill
child(4-12)- RM8
adult(13-59)- RM16
The habitat
Kopi hutan
Ice Kacang
1 Lunch @Kapitan Restaurant
Explore Armenian Street, Penang street art, Cheong fatt tze the blue mansion, Kapitan keling mosque, food museum
– Dinner @Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama
*Pasembur King (Hussain), kerang bakar, rojak buah, CKT,
Hari Ketiga
-eEntopia
1 Lunch @Sulaiman Nasi kandar.
Tutup pukul 3pm, burngkus makan di hotel.
Back to hotel, mandi pool dan lepak pantai
Hari Keempat
Breakfast @Hotel
Brunch @Hutton Lane Roti bakar (tutup 2pm)
Explore Homestay Kampung Agong
Haa… nampak best, bukan? Tempat menarik dan yang penting banyak makanan sedap yang anda boleh layan. Barulah betul-betul healing!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pertualangan Ke Puncak Gunung Rinjani ‘Bertemu’ Dewi Anjani
Perkongsian : Nadzirahata nadzirahata.blogspot.com
Berdasarkan kepercayaan masyarakat setempat, Dewi Anjani merupakan ratu dari kalangan jin Islam. Lagenda ini mempunyai sebuah kerajaan dan singgahsananya ada di Puncak Rinjani. Kerana tidak direstui untuk berkahwin dengan lelaki pujaannya, maka beliau menghilang ke alam ghaib. Hingga saat ini, Gunung Rinjani menjadi tempat yang begitu keramat bagi masyarakat setempat. Secara turun temurun, kaum setempat menjadikannya sebagai lokasi pelbagai ritual.
Nama Rinjani sudah lama terngiang di telingaku. Gunung Berapi Rinjani terletak di Pulau Lombok. Banyak yang mengatakan gunung tersebut sebagai gunung terindah di Indonesia. Gunung yang juga menjadi gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia selepas Gunung Kerinchi di Sumatera ini mempunyai banyak keistimewaan. Mulai dari keindahan savana Sembalun yang dimilikinya yang selalu saja membuat mata terpesona, disamping sejarah panjangnya hingga terbentuk Danau Segara Anak yang begitu cantik, keramahan porter-porter Rinjani yang punya langkah seperti kuda serta kekuatan seperti badang. Akhirnya terlaksana juga impianku untuk mendaki gunung dengan sejuta pesona ini.
Tanggal 5 Mei 2017 Aku bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) menaiki Air Asia. Dari KLIA2 aku menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok juga menaiki Air Asia dengan penerbangan yang mengambil masa selama 3 jam. Setibanya di Lombok barulah aku berjumpa dengan semua ahli ekspidisi group B88outdoors ni yang diketuai oleh Hafiq. Selain itu misi kali ni aku ditemani oleh adikku Arief, Meon dan isterinya Afifah, Deen, Riff, Atoq dan Wan. Setibanya di Lombok, kami dijemput oleh Pak Supir menuju ke Bandar Mataram iaitu ibu kota Lombok yang dikenali sebagai Bandar Seribu Masjid dan Pulau Sejuta Maling.
Masjid-masjid megah dan mewah akan mudah dijumpai di setiap desa di sepanjang perjalanan di Pulau ini. Dipanggil Pulau Sejuta Maling pula bukan bermaksud di Lombok ini ramai pencuri dan tidak aman, tetapi ia berkait dengan cara perkahwinan bagi Suku Sasak yang harus dilakukan dengan cara melarikan anak gadis orang! Mujur aku tidak diculik oleh Maling!
6 Mei 2017 Hari kedua di Lombok adalah hari kami mula mendaki. Pendakian kami bakal ditemani oleh dua orang guide iaitu Ali dan Hasan. Manakala porter pula akan membawa barang untuk kami seperti khemah, sleeping bag, carry mat, makanan, air, periuk, pinggan, cawan, dapur dan juga tong gas! Bayangkan beban yang harus dipikul dibahu mereka seberat 30kg sehingga 40kg menaiki gunung demi kelangsungan hidup!
Aku sangat kagum dengan kekuatan fizikal mereka dan juga berasa sedikit sedih dan insaf kerana ada yang berkaki ayam sahaja, berbaju koyak, lusuh dan ada pak cik yang sudah berusia lebih separuh abad masih lagi melakukan kerja berat dan memerah keringat demi sesuap nasi! Rinjani masih menjulang tinggi, menunggu untuk didaki dan para porter telah siap menanti! Terima kasih porter! Jasamu dikenang!
Kami memulakan pendakian pada pukul 10 pagi. Dari basecamp Sembalun sampai ke Pos 1 mengambil masa 3 jam dengan berjalan santai. Pesona Rinjani sudah mula kelihatan dari awalnya dengan pemandangan indah ladang lembu di kaki gunung. Cuaca memang amat terik namun menyejukkan mata dengan padang rumput yang luas dan jangan lupa sapu sunblock dan pakai topi!
Ladang lembu
Sementara kami sedang bergelut untuk mendaki, bertembung pula dengan ramai peserta yang sedang menuruni gunung dengan begitu pantas untuk ke garisan penamat! Pada tarikh ini terdapat acara tahunan ‘Rinjani 100’ iaitu larian marathon merentasi Taman Nasional Gunung Rinjani. Terdapat 13 check point dan tempat berhenti yang harus dilewati peserta untuk tamat dalam cut oftime dalam tempoh 36 jam. Bermula dari Desa Senaru ke Pelawangan Senaru, Danau Segera Anak, puncak Gunung Rinjani dan seterusnya ke Desa Sembalun! Fuhhh! Nak mendaki ke puncak pun kami sudah habis separuh nyawa apatah lagi mahu berlari naik gunung! Memang hebat! Bukang calang-calang peserta yang menyertai pertandingan ini! Terdapat juga wakil peserta dari Malaysia! Salute!
Kemudian kami sambung berjalan di padang savana indah nan panas menuju ke Pos 2. Akhirnya, 40 minit dari Pos 1 kami tiba di Pos 2. Kami beristirehat disini sambil makan tengahari dengan hidangan yang dimasak oleh porter iaitu nasi berlauk ayam goreng, buah nenas, sayur beserta air teh panas! Layanan yang diberikan oleh porter dan guide sangat baik kepada kami para pendaki persis seorang tetamu! Semuanya telah siap terhidang!
Selepas itu, kami meneruskan lagi perjalanan. Efek luasnya savana Sembalun membuat semua yang jauh kelihatan dekat. Awan teduh sesekali bergerak menghiasi langit di atas kepala kami. Jam 3.00 petang, kami tiba di Pos 3 Rinjani, untuk berehat sebentar dan melepaskan lelah sebelum melalui jalur yang ditunggu-tunggu iaitu Bukit Penyesalan!
Lebih kurang tujuh bukit harus didaki sebelum sampai di Pelawangan Sembalun, iaitu base camp di Gunung Rinjani. Saat pendakian di Bukit Penyesalan bermulalah trek tanah padat dan batu besar yang curam dan mencanak tanpa bonus sedikitpun! Disini kami merasakan pendakian yang panjang seperti tiada kesudahan dengan bukit yang sentiasa diselubungi kabus tebal! Trek ini benar-benar menguji kesabaran dan kekuatan fizikal kami! Inilah fatamorgana kecil yang biasanya di alami sang pendaki. Dan dengan keluh kesah, ketika ini memang terbit sedikit penyesalan yang memang bertepatan dengan namanya bukit penyesalan dengan sisa sisa tenaga yang masih berbaki sedikit.
Akhirnya pukul 6 petang kami semua selamat sampai di Pelawangan Sembalun pada ketinggian 2700Mdpl! Rasa lelah setelah melewati bukit penyesalan dibayar dengan pemandangan gunung Rinjani yang tersergam indah dari lereng tapak perkhemahan kami! Selepas makan malam, kami semua masuk ke dalam khemah masing-masing untuk tidur. Malam tu terasa begitu sejuk sekali walaupun telah diselubungi sleeping bag, baju sejuk tebal dan sarung tangan! Bolehlah lelap seketika sebelum dikejutkan pada pukul 1 pagi, bersiap sedia untuk summit attack!
7 Mei 2017, sedang kami bersiap, makanan pun sudah tersedia dihantar oleh porter terus ke dalam khemah kami sebelum mendaki! Roti bakar bersalut planta dicicah dengan teh panas terasa begitu nikmat dimakan dalam cuaca dingin di pagi hari!
Selepas mengisi perut, pada pukul 2.30 pagi bermulalah pendakian sebenar menuju ke Puncak Dewi Anjani! Trek yang dipenuhi batu kerikil kasar, debu dan berpasir merupakan cabaran terbesar yang perlu ditempuhi oleh kami! Satu langkah naik ke atas akan melurut 2 ke 3 langkah ke bawah disebabkan pasir gunung berapi. Trek pasirnya amat panjang dan cukup menyeksakan! Dengan cuaca yang begitu sejuk dan angin yang kencang, ia benar-benar menguji mental dan fizikal para pendaki! Disinilah pendaki akan berlawan dengan kekuatan emosi, mental dan kekuatan diri!
Aku hanya mampu melangkah beberapa tapak sahaja ke atas dan banyak berhenti berehat sambil melihat bintang-bintang yang bercahaya di langit! Semangat aku juga semakin goyah kerana terlalu penat mendaki dalam cuaca yang sejuk!
Sunrise yang aku impikan di puncak Rinjani tidak tercapai! Hanya mampu menikmati sunrise di lereng gunung sambil berfikir mahu atau tidak meneruskan pendakian yang berbaki hanya 500 meter lagi! Beberapa meter untuk sampai ke puncak inilah yang paling dewa treknya! Pacak dan mencanak! Dengan nafas yang tercungap, aku juga hampir berputus asa dan memaksa sahabatku, Hafiq untuk menarik tangan aku supaya aku terus melangkah ke atas untuk sampai ke puncak Rinjani!
Panorama hebat dari puncak Rinjani
Akhirnya pada tanggal 7 May 2017, setelah berhempas pulas hampir 5 jam pendakian, tepat pukul 7.00 pagi, aku berjaya menjejakkan kaki di Singgahsana Sang Dewi Anjani yang berketinggian 3726Mdpl! Syukur Alhamdulillah! Dikenali sebagai Atap/Bumbung bagi kepulauan Lombok, pemandangan di atas puncak sangat indah dengan Gunung Barujari berada di tengah-tengah birunya tasik Danau Segara Anak! Matahari di ufuk timur terik memancar menampakkan keseluruhan view tasik dan gaung yang curam dikiri dan kanan kami!
Pertualangan ke Puncak Dewi Anjani ni pastinya menjadi kenangan dan pengalaman yang tidak akan dilupakan! Terima kasih Rinjani kerana mengajarku supaya tidak mudah menyerah walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Terima kasih team B88outdoors kerana sentiasa memberikan semangat dan terima kasih juga kepada guide dan porter kerana banyak membantu kami di sepanjang pendakian ini! Semoga bertemu lagi Puncak Anjani yang dirindui!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Naik Feri Dari Langkawi Ke Satun & Koh Lipe, Seronok Makan-makan & Jalan-jalan Layan View Cantik, Kos Seorang Baru RM650!
Thailand antara negara jiran yang sering menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia. Tidak memerlukan kos yang banyak untuk bercuti ke sana, pemandangan yang ada kat sana juga cantik dan menarik.
Paling best makanan sedap dan murah untuk dicuba. Satun dan Koh Lipe yang terletak di Barat Daya Thailand antara destinasi negara jiran yang sering dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Boleh sampai ke sana melalui jalan darat dan air, yang tinggal kat Langkawi juga lebih mudah rupanya untuk ke sana.
Pakya Bidin berkongsi percutiannya ke Satun dan Koh Lipe pada Januari yang lalu dengan menaiki feri dari Pulau Langkawi. Berpeluang menikmati pelbagai jenis makanan dan juga melihat keindahan pulau di Koh Lipe, bajet yang digunakan untuk percutian dia dan isterinya hanya menelan belanja RM1300.
Seronok makan-makan dan jalan-jalan sambil menikmati percutian berdua, ikuti perkongsian Pakya Bidin:
Trip Langkawi – Pak bara (Satun @ Setoi) – Koh Lipe – Langkawi (14-17 January 2023)
Hari pertama:
-10.30 pagi check in dekat Jetty Kuah
-Naik Feri dari Kuah ke Tammalang Pier dekat Satun (1 jam setengah) (11.30 ferry jalan)
– 12 tengahari ( waktu tempatan) sampai di jeti
-1 tengahari lepas selesai beratoq di immi kami amik teksi dari pier ke Pakbara. Harga 1000 bath (RM145). Boleh jugak nak amik tuk tuk atau truck taxi. Kena tukaq 3 kali so decide amik taxi ja. (1jam)
-2.30 petang check in Marina inn Pakbara 900 bath 1 malam ( agoda). Chalet overall ok.. sangat recomended untuk short stay. Dekat dengan 7 Eleven dan masjid.
- Nava seafood (200 meter dari chalet)
– Teh Ais, Tomyam campur, nasi Pakapau & telor dadar (350 Bath). Sedap dan Portion besaq, boleh makan 3-4 org.
- Pasar Malam Pak Bara
– Hujung minggu sahaja tak silap. Sabtu dan Ahad ( peak hari ahad). Macam-macam ada juai makanan.
Hari kedua:
Bara Roti ( Breakfas) ( 50m dari chalet)
– sedap dan murah2 makanan dia. Menu pulut ayam nasi komok dan macam2 roti ada boleh pilih.
– 10.30 am Checkout dan amik motor taxi p Pak Bara Pier, harga 60 bath. Kalau nak jalan dalam 700m saja.
– Kos Speedboat untuk ke Koh Lipe lebih Kurang 550bath, 200bath untuk national park fee, dan jeti fee 20bath seorang.
-12 tengahari boat bertolak dari Pak Bara ke Koh Lipe ( dia berenti Tarutao 15 min n kena bayaq 10bath untuk fee)
-2 petang sampai Koh Lipe and check in dekat Z Touch Lipe Island Resort.
Papaya Mom walking street( Lunch) – Highly recomended
– Pulut Mangga n Ayam Bakaq sedap gila
Harga sini mahai sikit la tapi sedap, owner sama dengan Pakbara papaya mom.
Sri Lipe Halal Thai Food ( dinner) – makanan biasa biasa
– Makan Padthai ( manis) ngan Kue Teow Tomyam ( ceroi xkick)
– Harini banyak duduk duduk dekat pantai Pattaya beach sahaja. Orang putih kata Sun Bathing
Hari Ketiga:
– Breakfast dekat Hotel ( Not bad)
– Snorkeling depan hotel ( mask + life jacket 100b)
Lepak Depan Sita Beach Resort ( chilling)
Restaurant Staff sangat friendly- next time nak dok sini
– Snorkling depan Sita Beach ( Banyak gila Nemo , Parrot Fish ngan Kuda Laut- yang len xtau nama)
-Jalan ke Sunrise Beach ( overcrowded ngan taxi boat)
Papaya mom ( Lunch + dinner)
– Tomyam ngn somtam mangga paling kaw kat sini
Hari keempat:
-Breakfast kat Hotel
– Chill tepi pantai sampai pukul 1
– check in Ferry ke Langkawi 1.30
-2.30 cop kastam Thai
-3.00 bertolak p ke langkawi RM160/seorang sehala
Hangus semua skali RM1300 2 orang
Kredit: Pakya Bidin
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bajet RM4K Seorang, Puas Dapat Travel Pulau Selatan New Zeland. Wanita Ini Kongsi Itinerari Lengkap 12 Hari Tour!
Ketika ini hanya kenangan percutian yang boleh diingati memandangkan pintu sempadan ditutup ekoran pandemik Covid-19.
Dan bagi Ai Chan rakan dalam Grup Backpacker Buddies Malaysia mengenang kembali perjalanan ke Pulau Selatan New Zealand empat tahun lalu.
Jalan secara berkumpulan dan hanya membelanjakan sekitar RM5,000 seorang untuk travel selama 12 hari. Ayuh ikuti perkongsian itinerari sepanjang berada di sana.
Itinerari 12 Hari Ke Pulau Selatan New Zealand
Tiket flight AirAsia KL – Auckland (return) + 15kg baggage = RM1,500 (transit Gold Coast)
Jetstar Auckland – Christchurch (return) + 20kg baggage = RM462
Rental Car (Shoestring Rental Car) + insurance reduce = RM342/126NZD
Minyak kereta = RM255/94NZD
Kereta sewa kami jenis Nissan Wingroad Wagon. Gambar kereta sewa ada kat bawah. Kami deal dengan owner Mr.Cameron melalui email. Sangat recommended sebab senang nak communicate dengan dia dan dia sangat ramah. Plus office company shoestring ni sangat dekat dengan Christchurch airport. Lebih kurang 5 minit je perjalanan.
Milford Sound cruise (Jucy) = RM112/40NZD
Groceries shopping = RM158/58NZD
Kami shopping kat Countdown, Forth Square, New World dan Pak n Save. Antara banyak-banyak market ini harga kat Pak n Save paling murah.
Route
Christchurch – Lake Tekapo – Hooker Valley – Queenstown – Wanaka – Te Anau – Milford Sound – Invercargill – Bluff – Dunedin – Moeraki Boulders – Castle Hill – Christchurch.
1st Day
Tiba di Christchurch. Ambil kereta sewa dengan Mr.Cameron and terus check-in guesthouseyang dah book thru AirBnB
2nd Day
Gerak ke Lake Tekapo. Check-in di Lake Tekapo Motels & Holiday Park.
3rd Day
Gerak ke Mount Cook National Park untuk trekking ke Hooker Valley. Return ways lebih kurang 6 jam sebab banyak berhenti snap gambar dan lunch. Total distance dalam 10km return kalau tak silap.
4th Day
Habis trekking terus gerak ke Queenstown dan check-in. Book guesthouse thru AirBnB jugak.
5th Day
Gerak ke Glenorchy. Plan asal nk hiking kat Bob’s Cove tapi cuaca tak cantik sebab mendung dan hujan sepanjang hari, so tukar plan pusing bandar Queenstown cari souvenir dan makan ice-cream. Nak naik gondola dan luge rides pun tak jadi.
6th Day
Gerak awal ke Wanaka sebab nak hiking kat Roy’s Peak. So total hours lebih kurang 6 jam return jugak so whole day dah habis kat Roy’s peak. Start hiking dalam 10 am. Make sure datang awal kalau nak hiking dan pusing-pusing bandar Wanaka sebab kat sana cantik sangat.
7th Day
Gerak ke Te Anau. Perjalanan lebih kurang 2 jam lebih. Terus check-in di Red Tussock Motel. Sampai awal then pusing-pusing bandar Te Anau.
8th Day
Gerak awal ke Milford Sound. Perjalanan lebih kurang 2 jam jugak. Jalan curam dan licin sebab hujan lebat sepanjang hari. Naik cruise then terus gerak ke next pitstop di Bluff. Milford Sound ke Bluff lebih kurang 4 jam. Check-in di guesthouse Bluff yang dah book thru AirBnB.
9th Day
Dari Bluff gerak ke Dunedin tapi singgah ke Nugget Point dan Kaka Point dulu. Then petangnya singgah di Tunnel Beach. Perjalanan dari Bluff ke Dunedin lebih kurang 3 jam juga. Tapi disebabkan banyak pitstop so sampi di guesthouse kat Brighton pun dah malam.
10th Day
Packing up dan ready untuk ke Christchurch semula. Tapi singgah di bandar Dunedin dan Moeraki Boulders dulu.
11th Day
Gerak ke Castle Hill dari bandar Christchurch. Perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit. Dalam pukul 2 petang gerak semula ke Christchurch untuk pusing di bandar sana.
12th Day
Checking-out dan pulangkan kereta sewa. Naik flight dari Christchurch ke Auckland dan tunggu flight dari Auckland ke KL. Transit di Gold Coast jugak.
Ringkasan:
RM1,962 tiket flight return
RM342 car rental
RM255 minyak kereta
RM158 shopping groceries
RM80 shopping makanan dari Malaysia
RM1,041 accomodation
RM119 Milford Sound Cruise
RM80 digi Roaming
TOTAL RM4,037
Extra Notes
1. Kami pergi musim penghujung winter dan awal spring. So di kawasan pergunungan masih bersalji dan di kawasan bandar bunga2 dah start berkembang. Rezeki dapat merasa 2 musim sekaligus.
2. Lesen memandu di Malaysia boleh digunakan di New Zealand. Pastikan lesen memandu ada bahasa Inggeris.
3. Kastam New Zealand sangat ketat. So rajin-rajin la google makanan apa yang boleh di bawak masuk dan yang kena declare. Nanti ada declaration form so korang kena isi borang itu makanan apa yang korang bawak masuk. Kalau tak declare nanti kena denda 400NZD.
4. WAJIB patuh had laju masa memandu disana dan penumpang belakang kereta wajib pakai seat belt. Had laju di highway New Zealand maximum 100km/h dan di kawasan bandar lebih kurang 50km/h. Kalau boleh drive sebelum hari gelap sebab malam-malam gelap gelita dan jalan pulak berliku-liku. South Island ini view semua cantik-cantik kiri kanan depan belakang. Rugi drive laju-laju. So drive la sambil layan view.
5. Untuk isi minyak, sesetengah kawasan luar bandar guna self-service je so standby la credit card untuk isi minyak. Kat sini, stesen minyak tak smua ada tandas, so nk cari tandas senang je. Fokus pada signboard tandas kat sana. Banyak tandas awam. Don’t worry.
6. Parking kereta kat sini ada yang berbayar dan ada yang free. Pandai-pandai la cari. Parking untuk weekend pulak free. Mostly parking kat sini tepi jalan je.
7. Ok untuk groceries, kat sini ade daging ayam, kambing dan lembu yang halal. Mostly brand Brinks, Turks dan Tegel. Kami beli brand Tegel kebanyakkannya. Rajin-rajin la google makanan halal yang lain kat sini.
Ekstra Info:
Trip ke South Island, New Zealand (5 orang)
Total spend / person = RM4,037
Total km = 2500++km
Artikel Berkaitan:
Tangguh Hasrat Nak Ke New Zealand, Negara Ini Mungkin Tutup Sempadannya Sepanjang Tahun 2021
6 Aktiviti Menarik Pengunjung Boleh Buat Di New Zealand Malaysia ‘Desa Cattle Dairy Farm’ Kundasang
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI