Itinerary ke Ho Chi Minh – Dalat, 5 Hari 4 Malam Bajet Dalam RM1200

Share

Wow, best baca itinerary ke Ho Chi Minh – Dalat dengan bajet tak sampai dua ribu pun ke sana. Tetapi ini bajet untuk satu kepala lah ya!

Buat anda yang nak bercuti sambil layan makan-makan di Vietnam, jom baca perkongsian saudari Nur Syuhada ini. Memang best dan banyak makanan sedap, yang penting cari yang halal!

Itinerary ke Ho Chi Minh

Trip ini fully DIY, tak ada ambil agent ataupun driver. Kami pergi hanya dua orang dan total cost below RM1200.00 per pax termasuk semua kecuali membeli-belah. Sebab amount shopping bergantung nafsu masing masing.

Suhu HCM: Siang 32°/ Malam 26°
Suhu Dalat: Siang 20°/ Malam 12°
Transportation di HCM: Grab & jalan kaki
Transportation HCM- Dalat: Sleeper Bus
Transportation di Dalat: Sewa Motor
Total Expenses per pax:
Flight KUL-HCM-KUL & add on luggage 10kg: RM451.75
BookAway Sleeper Bus HCM-Dalat-HCM: RM173.60
Vyda Backpacker Hostel: RM17
Nam Xuan Premium Hotel:RM20.20
Sunny Saigon Hotel:RM20.05
Shopee Simcard 5days 25gb: RM13.64
Klook Datanla Alpine Coaster: RM41.90
Cash (Makan, Deposit hotel, duit minyak motor, entrance fees, parking, grab): RM378.70 / 2 juta VND
Sewa motor: RM19.16

VIP Bus. Selesa ada bantal, air mineral, charging port, plastik untuk letak kasut.

Nota kaki: Entrance fees dan details ada di caption gambar.

Hari Pertama

12:00pm -Arrived HCM
-Check in Vy Da Backpacker Hostel
-Survey Ben Thanh market, Lunch Restoran Jamilah, Layan sunset at The Cafe Apartment, HCM Statue
-Dinner Malaysian Street
-Balik hotel singgah Circle K
-Check out hotel
12:30am – Naik sleeper bas to Dalat

Hari Kedua

📍Halal Food Dalat Restaurant

7:30 am – Arrived Dalat
-Check in Nam Xuan Premium & sewa motor
-Datanla Alpine Coaster, Datanla Waterfall
-Brunch Restoran Halal Food Dalat
– Still Cafe & Instagram street spots (Jalan Cô Giang & Dốc Nhà Bò & Xuan Huong Lake)
– Mongo Land Dalat
– Cafe Hoa May Garden
– Dalat Night Market & Dinner

📍Dalat Night Market.
Susah cari makanan halal kecuali buah & sayur. Banyak jual baju panas & buah buahan.

Hari Ketiga

– Cau Dat Windmill
– Giac Mo Dalat Coffee

📍Cafe Giac Mo Dalat Coffee.
Takda entrance fees, beli air je dalam 70k.

-Lunch Halal Restoran Kampung Melayu

📍Halal Restaurant Kampung Melayu.
Melayu sangat ni makan nasi + sambal belacan setelah beberapa hari makan mi dan roti.

– Cafe Vuon Dia Dang

📍Cafe Vuon Dia Dang.
Entrance fees 100k VND include air manis. Cafe tepi sungai. Boleh spend berejam dekat sini sebab redup & sejuk. Serenity dengar air sungai & empangan.

– Tuyền Lâm Lake

📍Tuyen Lam Lake

– Cafe Túi Mơ To

📍Cafe Reply 1994
Cafe atas bukit. Lepak sini nak dekat maghrib, cuaca sejuk sangat.

– Dinner Fatimah Restaurant Halal

📍Fatimah Restaurant Halal

– Check out hotel
10:35pm- Naik sleeper bus to HCM

📍Mongo Land Dalat.
Entrance fees 100k dapat free mineral water. Aktiviti boleh main rainbow slide, ladang arnab, unta, alpaca, burung, dog for free. Boleh sewa baju mongolian.

Hari Keempat

6:00am -Arrived HCM
-Check in Hotel Sunny Saigon
– Lunch Restaurant Osman
-Shopping Saigon Square (baju)

📍Malaysian street.
Total shopping bawah Rm250
-3 helai baju kurung siap.
-5 helai telekung
-5 helai tudung

-Ben Thanh Market (kopi)
-Malaysian street (telekung, tudung, kain)
-Matsumoto (skincare & makeup)
-Dinner Restoran Musa Karim

📍Hoa May Garden
Beli air 60k VND dapat masuk. Time ni garden dia tak full bloom tapi still cantik.

Hari Kelima

6:00am – Pergi airport
9:35am – Flight to KUL

Jadi, itulah aktiviti dan lokasi sepanjang ada di Ho Chi Minh – Dalat. Buat anda yang ada plan nak pergi ke Vietnam boleh rujuk senarai kedai makan dan tempat ini untuk mudahkan pergerakan apabila berada di sana. Pastikan cari makanan halal!

Oleh
Nadia