Wow, best baca itinerary ke Ho Chi Minh – Dalat dengan bajet tak sampai dua ribu pun ke sana. Tetapi ini bajet untuk satu kepala lah ya!
Buat anda yang nak bercuti sambil layan makan-makan di Vietnam, jom baca perkongsian saudari Nur Syuhada ini. Memang best dan banyak makanan sedap, yang penting cari yang halal!
Itinerary ke Ho Chi Minh
Trip ini fully DIY, tak ada ambil agent ataupun driver. Kami pergi hanya dua orang dan total cost below RM1200.00 per pax termasuk semua kecuali membeli-belah. Sebab amount shopping bergantung nafsu masing masing.
Suhu HCM: Siang 32°/ Malam 26°
Suhu Dalat: Siang 20°/ Malam 12°
Transportation di HCM: Grab & jalan kaki
Transportation HCM- Dalat: Sleeper Bus
Transportation di Dalat: Sewa Motor
Total Expenses per pax:
Flight KUL-HCM-KUL & add on luggage 10kg: RM451.75
BookAway Sleeper Bus HCM-Dalat-HCM: RM173.60
Vyda Backpacker Hostel: RM17
Nam Xuan Premium Hotel:RM20.20
Sunny Saigon Hotel:RM20.05
Shopee Simcard 5days 25gb: RM13.64
Klook Datanla Alpine Coaster: RM41.90
Cash (Makan, Deposit hotel, duit minyak motor, entrance fees, parking, grab): RM378.70 / 2 juta VND
Sewa motor: RM19.16
Nota kaki: Entrance fees dan details ada di caption gambar.
Hari Pertama
12:00pm -Arrived HCM
-Check in Vy Da Backpacker Hostel
-Survey Ben Thanh market, Lunch Restoran Jamilah, Layan sunset at The Cafe Apartment, HCM Statue
-Dinner Malaysian Street
-Balik hotel singgah Circle K
-Check out hotel
12:30am – Naik sleeper bas to Dalat
Hari Kedua
7:30 am – Arrived Dalat
-Check in Nam Xuan Premium & sewa motor
-Datanla Alpine Coaster, Datanla Waterfall
-Brunch Restoran Halal Food Dalat
– Still Cafe & Instagram street spots (Jalan Cô Giang & Dốc Nhà Bò & Xuan Huong Lake)
– Mongo Land Dalat
– Cafe Hoa May Garden
– Dalat Night Market & Dinner
Hari Ketiga
– Cau Dat Windmill
– Giac Mo Dalat Coffee
-Lunch Halal Restoran Kampung Melayu
– Cafe Vuon Dia Dang
– Tuyền Lâm Lake
– Cafe Túi Mơ To
– Dinner Fatimah Restaurant Halal
– Check out hotel
10:35pm- Naik sleeper bus to HCM
Hari Keempat
6:00am -Arrived HCM
-Check in Hotel Sunny Saigon
– Lunch Restaurant Osman
-Shopping Saigon Square (baju)
-Ben Thanh Market (kopi)
-Malaysian street (telekung, tudung, kain)
-Matsumoto (skincare & makeup)
-Dinner Restoran Musa Karim
Hari Kelima
6:00am – Pergi airport
9:35am – Flight to KUL
Jadi, itulah aktiviti dan lokasi sepanjang ada di Ho Chi Minh – Dalat. Buat anda yang ada plan nak pergi ke Vietnam boleh rujuk senarai kedai makan dan tempat ini untuk mudahkan pergerakan apabila berada di sana. Pastikan cari makanan halal!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Itinerari Ke Phu Quoc Di Vietnam, Merasa Naik Cable Car Terpanjang
Memilih Phu Quoc di Vietnam, ini merupakan pulau terbesar dan bersempadan dengan Cambodia.
Sesuai untuk anda yang suka melakukan aktiviti pantai, tempatnya cukup cantik dan banyak boleh dirakam sebagai kenangan.
Menerusi perkongsian Eady MH, percutian selama 5 hari 4 malam di sana merupakan satu pengalaman indah dan tidak dapat dilupakan.
Hah, kalau nak ke sana, boleh ikut itinerari yang dikongsikan di bawah.
Itinerary Penuh Ke Phu Quoc Di Vietnam
Ini itinerary penuh ke Phu Quoc, dari 29 Julai hingga 2 Ogos 2023. Secara tepatnya, terletak di hujung selatan Vietnam.
Trip ini bermula dari Ho chi minh, Trip bersama keluarga di Ho Chi Minh dan berpisah di Airport Tan Son Nhat.
29 Julai, Sabtu
– Terbang pada 2:00PM HCM – 2:55PM PQC sampai di lapangan terbang (Vietjet)
– Grab ke hotel 110k vnd (kalau nak naik grab di airport untuk ke hotel make sure book dalam aplikasi Grab sahaja sebab di luar airport ramai yang mengaku driver grab, harga mgkin akan jadi mahal)
– Check in Lucky Phu Quoc Hotel (Long Beach – Duong Dong) Booking menggunakan aplikasi Agoda.
Restaurant Halal Foods Phú Quốc:
Sri Mutiara Restauran
Pantai Long Beach
Night market Phu Quoc
Kingkong mart
30 Julai, Ahad
– Sewa motor di hotel 150k vnd sehari.
– Sun World Hon Thom Cable Car Terminal.
– Tiket beli dekat Klook.
– Boleh bawa masuk makanan.
– Cable car terpanjang di dunia,merentasi lautan.
– Wajib cuba rollercoaster kayu.
– Sunset Town
– Pusing-pusing dengan motor baru puas hati, banyak tempat ootd
– Sejukkan diri dalam Starbucks
– Cau Hon – Kiss Bridge (tempat tarikan terbaru dan akan dibuka nanti)
31 Julai, Isnin
– Grand World Phú Quôc
– Free entrance and parking
– Muzium Teddy Bear
– Vinpearl Safari
– Sunset Sanato- Bäi biên Sunset Sanato
– Tiket beli dekat Klook
– Night market Phu Quoc
– Restaurant Halal Foods Phú Quốc ( Sri Mutiara Restaurant)
1 Ogos, Selasa
– Vinwonder (sehari dalam ni)
– Ticket beli dekat Klook
– Boleh bawa masuk makanan
– Grand World Phú Quôc (night view)
– Restaurant Halal Foods Phú Quốc ( Sri Mutiara Restaurant)
2 Ogos, Rabu
Check out dan grab ke airport (4:05PM PQC- KL 16:55PM)
Info tambahan:
1. Bekalan dari Malaysia nasi goreng sharifah, mi segera dan snack.
2. Souvenir, snack halal beli dekat King Kong Mart (dekat hotel)
3. Fridge magnet saya beli dekat King Kong Mart sebab banyak pilihan.
4. Tshirt Phu Quoc boleh beli di night market.
5. Sewa motor 150k sehari
6. Restaurant Halal Foods Phú Quốc (Sri Mutiara Restaurant satu2nya restaurant halal dekat Phu Quoc)
7. Servis tour guide, sewa motor, kereta dan lain-lain lagi juga disediakan.
8. Currency VND 1juta = RM198
9. Bawa motor di Phu Quoc selamat tak sesibuk di Ho Chi Minh.
10. Phu Quoc ramai pelancong korea.
11. Ticket flight, hotel dan lain-lain booking sebulan awal.
Total Hangus RM833
Tiket penerbangan dari Ho Chi Minh – Puo Quoc RM120
Tiket penerbang Puo Quoc – KL RM100
Lucky Phu Quoc Hotel 5H4M RM120 (Agoda)
Vinwonder RM167 (www.vinwonders.com)
Sun World Hon Thom RM110 (Klook)
Bãi biển Sunset Sanato RM18.00 (Klook)
Tukaran duit 1Juta VND/RM198
Nampak best dan cantik, bukan? Lepas ini boleh masukkan tempat ini dalam senarai percutian anda!
Sumber: Facebook Eady MH
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Isteri ‘Honeymoon’ Ke Phuket & Krabi Dengan Perlayaran Kapal Persiaran. Kena Try Ni!
Buntu atau kekeringan idea untuk percutiaan bulan madu? Anda dan pasangan boleh cuba percutiaan pelayaran mewah. Paling menarik, pakej dan harga yang ditawarkan sekarang banyak pada harga cukup berbaloi.
Trend percutian kapal persiaran semakin menjadi pilihan ramai merealisasikan percutian gaya hidup baharu apabila segala keriangan, aktiviti dan hiburan dinikmati sambil belayar. Pelancong yang beragama Islam tidak perlu was-was apabila seksyen dan dapur halal di situ turut memperoleh sijil pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Ikuti perkongsiaan trip daripada pasangan suami isteri bahagia ini ketika dalam pelayaran SuperStar Gemini.
Pakej:Port Klang-Phuket-Krabi-Penang-Port Klang
Sedikit sejarah tentang SuperStar Gemini, kapal ini hak milik Syarikat Star Cruises (Genting Hong Kong) dibina pada 1992 bernilai $240juta oleh Perancis. Pernah dinamakan Dreamward, Norwegian Dream sebelum dinamakan SuperStar Gemini pada 2012. Panjang kapal 229m, ketinggian hampir 18m dengan 10 tingkat yang boleh dikunjungi penumpang. Krew sebanyak 700 orang dan memuatkan penumpang sekitar 2000orang.
Hari Pertama
Check-in di Boustead Cruise Center, Port Klang 12tgh-230ptg. Big sized luggage perlu check-in, dan lain boleh hand carry. Dinasihatkan dtg awal, utk tak buang masa beratur dan sempat utk lunch atas kapal! Bila check in, akan diberi setiap seorang kad akses dengan nama dan nombor bilik dicetak atas kad. (Juga diguna utk makan dan semua belian sbb atas kapal semua cashless). Bila masuk pintu kapal, kad akses discan, dan passport disimpan pihak kapal. Fire drill hanya pada hari pertama, untuk kiraan penumpang sebelum kapal bertolak jam 4ptg. Mula2 naik, mestila jelajah sana sini, dari tgkat 5 hingga 12. Walaupun rasa jugak kapal bergoyang kadang2 tapi xperlu pun ubat pening/mabuk laut.
Hari Kedua
Turun di Phuket 3ptg-11mlm. Pakej boleh dibeli dalam kapal di Reception, lebih mudah sebab masa pejalanan diatur, bas dan bot disedia lebih cepat. Ada bnyk jenis pakej dengan harga berlainan. Hanya perlu bawa salinan passport utk turun ke Thailand, sebab passport dipegang oleh pihak kapal (mereka akan tolong copkan passport siap2). Utk sesiapa yang nak kekal di kapal pun xada masalah, makanan dan aktiviti tetap tersedia.
Hari Ketiga
Turun di Krabi 7pg-230ptg. Sama seperti di Phuket tapi Fa pilih utk free and easy tanpa pakej. Bot boleh booking awal di Reception tanpa bayaran cuma kena beratur lama jd buang masa sikit. Ada 1 malam yang kawasan Duty Free akan buat sale besar2an selama setengah jam. Masa pakej Fa ni 1015-1045 mlm ketiga.
Hari Keempat
Turun di Penang 7pg-3pm. Lebih mudah sebab xperlu bot. Hanya berjalan kaki macam di Port Klang. Nak jalan2 cuma guna Grab je. Petang dah boleh ambil balik passport dan buat bayaran semua bil. (Bayar siap2 nanti ramai sngt kalau last minute) Bagi yang nak check out luggage besar, bermula 11mlm dah boleh tinggal beg dimuka pintu bilik nanti pekerja akan ambil.
Hari Kelima
Boleh keluar bermula 8pagi. Kalau kad akses tu clear tanpa hutang, boleh terus keluar ke Port Klang. Luggage boleh diambil di sana ikut nombor bilik.
Bilik :
- Ada bilik tanpa tingkap, bilik tingkap hadap laut dan bilik VIP. Bilik Fa ada tingkap tapi nampak jogging track (Track ni hanya di tingkat 7). Bayaran bilik ikut jenis. Semua bilik ada 2 unit katil single yg boleh dirapatkan dan 1 sofa bed. (Max 4org 1 bilik)
- Kemudahan – TV, telefon, almari dgn hanger, kettle, towel, sabun shampo, berus gigi, ubat gigi, water heater, shower cap, hair dryer, air mineral, cawan, soket biasa dan universal.
- Tanpa – Iron (boleh anta utk iron 5 helai rm12), paip air jamban (guna sinki/shower), 3in1.
Makan :
- Cuma ada 3 restoran buffet Halal iaitu Oceana BBQ, Mariners (Indian and International) dan Bella Vista (Western). 3 restoran ni mmg dah xhabis makan tapi ada masa tertentu utk makan, boleh tgk jadual dalam Star Navigator. Makanan sedap2 sngt dan layanan sngt tip top! Setiap kali makan kena bawa kad akses utk scan.
- Lain2 ada yg ala carte dan bar. Mmg arak bnyk sngt dihidang di mana2 macam area pool, karaoke tp masih cruise ni muslim friendly. Ada macam kedai runcit jgk utk belian.
Pertunjukkan :
- Setiap hari akan dapat Star Navigator, utk jadual perjalanan, aktiviti kapal, waktu makan dan notis kapal. Boleh tgk aktiviti yg ada macam circus, magic show, dance class, movie, karaoke, jackpot binggo, loteri, party, cooking class dsb. Kebanyakkannya dibuat di Stardust Lounge.
Pakaian :
- Selalunya casual, tiada kod etika. Kalau ke Bella Vista, ramai jgk yg pkai cantek2 dengan dress sbb restoran ni serve mcm di hotel. Utk pool pun xada halangan pemakaian.
Kemudahan lain :
- Free – gym, pool (ada 4), smoking area,
- Berbayar – salon, spa, child care center, photo gallery, klinik, boutique, duty free shop, laundry, wifi
- Xpasti – mahjong room, snooker
- Utk warga tua dan yg guna wheelchair pun sesuai sbb ada semua kemudahan.
Harga:
- Bergantung kepada promosi, destinasi dan jenis bilik. Pakej yg Fa dapat adalah dari Matta Fair dengan sedikit penjimatan untuk kanak2 dan warga emas. Harga untuk dewasa sekitar RM2000 dan Fa ada upgrade utk bilik bertingkap sekitar RM200. Warga emas dan kanak2 sekitar RM1800 dan bayi bawah 2tahun sekitar RM1200. Setiap penumpang dikenakan bayaran gratuity RM60 (setiap org utk 1 malam) yang perlu dibayar sebelum check-out. Jadi utk keseluruhan seorang dewasa berjumlah RM2500.
Tips :
- Bawa lanyard, sbb ke hulu ke hilir kena bawa kad akses. (Kalau hilang org boleh shopping guna kad kita).
- Masuk Stardust Lounge show awal sbb berebut seat depan.
- Bayar bil, book boat dan pakej seawal boleh.
- Semak siap2 harga beauty products, skincase, perfume sbb akan bnyk sale. Mungkin xsemurah mana kan?
- Arah kiblat xde specific atas kapal, bnyk bergantung kepada kompas handphone, terbit dan terbenam matahari. Boleh jd setiap waktu solat arah kiblat berbeza.
Sememangnya kenangan yang xdapat lupa naik Star Cruise ni. Lain dari holiday biasa. Kalau ada yang minat, boleh bukak website Star Cruise, xpun ada bnyk ajen pelancongan yang ada pakej cruise jugak.
Sumber: Fatiya Nasir
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trip Suami Isteri Jejak Negara Eropah Untuk 23 Hari. Super Awesome!
Setiap percutian panjang perlukan perancangan rapi. Lagi-lagi kalau percutian tersebut melibatkan banyak negara untuk dilawati. Jika anda ingin melancong ke Eropah dalam tempoh yang panjang, boleh jadikan trip sepasang suami isteri ini sebagai info buat anda.
Pasangan suami isteri ini telah memulakan trip ke Eropah bermula dari Kuala Lumpur, Krabi, Oslo-Norway, Tromso-Norway, Abisko-Sweden, Stockholm-Sweden, Switzerland, Munich-Germany, Salzburg-Austria, Prague-Czech Republic, Berlin-Germany, Singapura dan kembali ke Kuala Lumpur selama 23 hari. Best kan?
Jom baca perkongsian ini:
Saya nak share percutian trip Eropah saya selama 23hari (1-23 nov 2019) bermula dari
KL – KRABI – OSLO (NORWAY) – TROMSO (NORWAY)- ABISKO (SWEDEN) – STOCKHOLM (SWEDEN) – SWITZERLAND – MUNICH(GERMANY) – SALZBURG(AUSTRIA) – PRAGUE (CZECH REPUBLIC) – BERLIN(GERMANY) – SINGAPORE(transit) – KL
KRABI-OSLO-TROMSO
- Tiket murah by Norwegian Airline bulan July. Terus grab sebab memang plan nak ke Norway untuk hunting Aurora and kebetulan tiket tengah murah terus grab.
- kalau naik Norwegian airline makesure bawak earphone yea. Boleh layan movie. Earphone saya tak boleh cucuk.
- Tak lepak Oslo just overnight di airport sebab esoknya flight awal ke Tromso.
- Di airport Oslo ada ruang khas utk solat di aras departure. Cari or tanya pekerja situ kat mana “chaplin”
- Di Tromso pakai apps utk beli ticket bus(sana ada bus sahaja) pekan kecil. Di setiap bus stop ada nama. So kalau nak ke tempat tinggal make sure tahu nama bus stop(berdekatan tempat tinggal) dan letak nama bus stop yg korang berada ketika itu di dlm apps,jadi boleh nampak bus nombor berapa yg perlu naik.
- Airbnb sgt recommended sbb boleh tengok aurora di balkoni. Stay sekali dgn owner(baik siap tunjukkan manual setting utk snap aurora)and ada traveller lain tapi dah check out.
- Hari pertama tak dpt tgk aurora sbb cloudy. Esoknya rezeki tuan rumah tunjuk ada aurora. So tengok di balkoni.
- Dekat pekan ada surau nama “al nor”. Boleh google dekat mana and pintu masuk kena letak password. Pintu depan belah perempuan and belakang utk lelaki;
*Password pintu perempuan: 1969#
*Password pintu lelaki : 1965#
TROMSO-ABISKO
- Naik bus awal pagi dari airbnb. Naik bus #100 dari Tromso pukul 6.25am( bus stop Tromsdalen Bruvegen) ke Narvik(bus sehari ada 3kali. Saya naik bus awal sebab nak kejar train di Narvik),then naik train dari Narvik ke Abisko Ostra.
- Train dari Narvik ke Abisko pukul 3.15pm sampai Abisko Ostra pukul 4.44pm. Sampai pun dah gelap. Mmg sunyi berjalan ke Abiskonet. Mcm pekan zombie pun ada.
- Suhu -17,18 tapi actually feels like -21,22 tertampar rasa muka dgn angin sejuk. Air hidung pon beku.
- Ticket train beli melalui apps.
- Stay di abiskonet. Take note toilet adalah share dan mandi open sesama gender. Para perempuan digalakkan bawa kain batik kalau malu mandi bogel dan juga ada sauna.
- Cadang datang ke Abisko nak tgk aurora. Tapi suhu sejuk gila. Ada satu malam tu terlepas nak tengok. Tapi dah cover di Tromso dpt tgk aurora jadi dah lepas hajat utama.
- Di Abisko hanya ada satu saja kedai utk beli barang makan nama Godis Fabriken supermaket.
ABISKO-STOCKHOLM
- Ambil night train ke Stockholm.
- Tak ramai yg naik train boleh kira berapa orang yg naik. Station pon takde pekerja jadi tunggu aje makesure ticket dah siap beli.
- Ticket beli guna apps yg sama.
- Jalan area old town,pergi masjid central mosque(jalan kaki sepanjang di Stockholm) kecuali nak ke airport.
- Di setiap train station Stockholm ada wall art tapi memandangkan berjalan kaki jadi tak tengok wall art kecuali nak ke airport. Baru nampak. Cool jugak.
- Di airport Arlanda stockholm ada ruang solat(campur-Ccampur agama solat nama chaplin juga)
STOCKHOLM-SWITZERLAND
-Naik Swiss airline dari arlanda airport.
- Dari stockholm central saya naik train kemudian tukar naik bus(ticket valid 2 jam) so cover sekali dgn bus) kalau direct naik train,di airport ada bayaran lain. So naik train dan tukar naik bus lagi jimat.
- Make sure beli ticket train(zurich-airbnb di interlaken OST)ke tempat tinggal awal2 sebab harga berubah mengikut masa. Kalau bukan sebab saver day price boleh cecah rm400++ lagi lewat beli lagi mahal. Masuk toilet menangis
- Cover Lauterbrunnen,Grindelward,Zermatt,lake Briz and beberapa tempat lain.
- Hilang rase penat tengok kawasan tenang di Swiss.
- Tempat stay pun recommended tapi utk family boleh juga cumanya toilet share. Saya amek bilik private utk 2 org. Toilet share and ada dapur.
- Saya beli siap2 dari malaysia SAVER DAY PASS utk 2 orang selama 2hari. Sama mcm STP tapi utk cable car kena bayar full. Itu sahaja perbezaan SDP dgn STP.
SWITZERLAND-MUNICH
- Di station bus Zurich ada kedai kebab halal harga CHF10 incase lapar boleh lah makan(pejam mata dgn amount kena bayar)
- Naik bus ke Munich. Masuk aja sempadan Germany akan berhenti satu tempat nie (mcm tempat parking) and polis akan naik atas bus and minta passport and bawa turun. Nanti dorang akan return semula.
- Bas ada wifi&toilet (flixbus)
- Sana ada kebab halal famous nama Mustafa Gemuse Kebab. Kena beratur.
- Stay dua tempat sbb baru perasan ade terlebih satu hari di munich.
- Di munich(dan mungkin seluruh German setiap hari ahad memang sunyi dah kedai banyak tutup. Mmg ada rules pada hari ahad tak boleh bising-bising).
- Hotel Im Bunker (studio room) tu mmemang best sesuai untuk couple & family. Toilet pun ada sekali. recommended! Actually bangunan tu bunker zaman dulu yg dah di ubah suai. Bersih dan lawa.
- Jalan sekitar marienplatz,newtown hall,odeonplatz,english garden,angel of peace and beberapa tempat(kebetulan sambil jalan kaki)
MUNICH-SALZBURG
- Naik Flixbus and turun kat tepi jalan. Seberang jalan ada bus stop so amek bus tu terus ke hotel.
- Pekan kecil yg best. Ramai juga muslim di situ.
- Sana banyak bus.
- Makanan halal pun senang cari kecuali di Hallstatt.
- Hotel recommended dkt dgn Salzburg HBF(bus&train station)
- Jalan dari hotel ke area Mozart birthplace and jenjalan sekitar situ.
- Ke Hallstatt naik bus direct terus ke kampung Hallstatt so takde naik ferry ke seberang or apa. Rasa lagi mudah. Route bermula dari :1)salzburg HBF #150 – Bad Ischl(tukar bus) / 2)bad Ischl #542 – Gosausee bus stop / 3)Gosausee bus stop #543 – Hallstatt bus stop. (Nak balik ikut nombor bus yg sama.) ticket beli guna apps and boleh tgk schedule bus pergi dan balik. Sgt mudah!
SALZBURG-PRAGUE
- -Beli ticket bus dgn flixbus include ticket train dari Salzburg train ke Linz central train station. Keluar dan jalan kaki cari bus stop flixbus utk ke Prague UAN Florenc.
- Last minute plan ke Prague. So far ke sana ok aje(risau pencopek actually)tapi tak tahu lah sebab satu hari sahaja di sana. Takde naik train ke apa just jenjalan walk in distance dari hostel.
- Trdelník mmg TERBAIK
- Hostel nie tak berapa nak recommended sgt sbb still baru dan dalam proses renovation. Nama hostel pun takde mmg cari tak jumpa. Kebetulan owner tgh hisap rokok dekat luar so dia tegur dan kami pun check in.
- Jalan area oldtown hall,prague astronomical clock and jenjalan di bangunan2 situ sahaja.
PRAGUE-BERLIN
- Ticket balik melalui Berlin naik Scoot. Transit di Singapore.
- Lagi sekali naik bus ke Berlin. Bus berhenti mcm RnR and polis dtg naik atas bus. Kali nie siap geledah bag & badan tapi Alhamdulillah bag saya dan husband tak kena dorg just tgk passport and return balik lepas tgk sambil senyum. Menggelabahlah juga. Yg lain bag kena geledah and check badan.
- Shopping di Primark Alexanderplatz. Get ready duit aje.
- Since saya bermalam di airport sbb flight pagi ke singapore,so segala bag saya letak beg dalam locker di Berlin central station harga €6 besar gak. Lepas 2 packpack besar,1 backpack kecil. Lagi satu saya akan ke airport dari Berlin Central Station jadi senang nak ambil bag dan terus gerak.
- Di Berlin saya beli day pass(guna sehingga jam 3am) include naik bus ke Tegel Airport.
Note:
- Ticket naik train/tram/bus mmg guna apps beli online. Mmg takda org check ticket. Terasa mcm rugi je beli ticket BUT di sana pekerja menyamar jadi orang biasa and akan perhati. So jgn tak beli ticket. Dari beli ticket murah nanti kena denda bayar mahal. Kenapa saya beli guna apps, sbb malas nak pegang ticket takut tercicir & malas nak check in ticket di mesin.
- Duit cash saya cuma bawa 40euro and duit Swiss 30CHF. Still ada balance sebab semua pakai card di sana.
- Banyak pakai bigpay sbb bigpay boleh letak no telefon simcard yg saya beli. So senang OTP boleh dapat direct. Malas nak roaming.
- Saya dan husband jalan santai tourist spot area and berdekatan dengan tempat tinggal sbb kami berjalan kaki(kecuali di Munich dan Berlin) kemudian balik ke tempat tinggal around 4-5pm sbb dah gelap.
- Di Berlin ada yang tegur ‘speak English?’ Tapi kami cakap “No” sebab yang tegur tu macam pegang kertas & pen macam nak minta sign (teringkat kisah orang share di Paris then kena copek (elak sebelum kena)
- Banyak refer apps utk timing train/bus/tram. Dah install siap2 dari malaysia(boleh refer ruang perbelanjaan saya utk tahu apps apa yg saya pakai)
- Mostly gambar baju/tudung yg sama sbb tak bwk banyak baju. Waktu sejuk nak senyum pun keras muka. Yg bwk pun ada yg tak pakai. (yg dah pakai saya basuh kat sana and ada yg pakai berulang kali sbb mmg tak berbau).2set long john,1seluar jalan,3 baju jalan,3helai tudung,1 winter jacket&1 sweater.
- Alhamdulillah setakat nie solat di luar tak ada yg ganggu. Paling senang solat di tempat locker. Di Swiss ade solat di bawah tangga. Sejuk kemain.
Terima kasih pada kawan-kawan yg saye pernah comment dan DM tanya macam-macam and sudi share pengalaman.
Sumber: FB Emily Ishak
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI