Travel

Itinerary Bercuti di Medan, Kos Dalam RM1k Pun Boleh Layan Banyak Tempat Best

Share

Buat anda yang merancang bercuti ke Medan bersama insan tersayang selama 5 hari 4 malam, anda patut tahu apa yang best di sana.

Itinerary Bercuti di Medan

Menerusi perkongsian Azura Noorun ini, bercuti ke Medan selama 5 hari 4 malam ini tidak mencecah RM1500 dan itu sudah tentunya berbaloi!

Bercuti ke Medan selama 5 hari 4 malam dan kos hanya RM1,121.50 seorang.

– Semua jarak tempat jauh jauh (1-2 jam perjalanan)
– Iron tak ada disediakan
– Kebanyakan homestay tak ada aircond
– Pakai baju tebal kalau dah sampai Brastagi – sejuk
– Makanan kena tanya pemandu halal atau tak

Jumlah kos penerbangan:

– Tiket pergi + (10kg) = RM 148
– Tiket pulang + (10kg) = RM 150

Kos penginapan:

– Camping bukit holbung = RM50 x 2
– Laster Johnny = RM 60 x 2
– ⁠Mountain View homestay = RM 80 x 2

Kos makanan:

– Dalam RM280.

– Makan ayam penyet 2 kali, nasi ayam bakar, minum jus, pizza dan lain-lain.

Kos pemandu pelancong:

– RM 1457x 2. (Dah termasuk airport transport, tol, minyak, guide dan servis lain).
– Pemandu kami sangat baik. Semua benda dia sediakan. Bangun solat subuh, masakkan mi segera, buatkan kopi, belikan mineral, bawakkan beg dan lain-lain.
– ⁠Harga boleh bincang ikut bajet.
– ⁠Dia akan ikut kemana anda nak pergi, keselamatan dan kebajikan terjaga.

Hari pertama

– Penerbangan Kuala Lumpur – Medan
– Bah damanik
– ⁠Kebun teh Damanik
– ⁠Parapat
– ⁠Naik feri ke Samosir Island (Lake Toba view)
– ⁠Bukit Holbung (Lake toba view)
– ⁠Tidur dekat Bukit Holbung

Hari kedua

– Bangun pagi dan pergi Elfrata waterfall.
– ⁠Selpas Elfrata Waterfall ke Tuk Tuk Village
– ⁠Huta sialagan

– ⁠Beli cenderahati
– ⁠Bukit Burung (Lake Toba view)
– Makan malam di Village Tuk Tuk
– ⁠Balik homestay

Hari ketiga

– Check out homestay
– ⁠Naik feri pergi Brastagi
– Makan tengah hari
– ⁠Peapira lake side (Lake Toba view)
– ⁠Sipiso piso waterfall
– ⁠Check in rumah di Berastagi
– ⁠Makan malam

Hari keempat

– Sarapan pagi
– ⁠Pergi ke kaki Gunung Sinabung
– ⁠Melawat ghost town di kaki Gunung Sinabung
– ⁠Sarune Cafe
– ⁠Jalan di bandar Medan
– ⁠Membeli belah dan balik hantar ke lapangan terbang

Hari kelima

– Seawal jam 5am dah boarding balik Malaysia.

Itu sahaja perkongsian mengenai bercuti ke Medan dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Sumber: Facebook Azura Noorun

Oleh
Nadia